Monday, January 30, 2012

Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

bantuanrakyat1malaysia Rayuan Permohonan Bantuan BR1M   Borang
Setelah keputusan permohonan bantuan BR1M diketahui mulai 15 Januari 2012, ramai juga yang gagal dalam permohonan tersebut. Namun pemohon yang gagal boleh membuat rayuan permohonan dengan mengisi borang permohonan BR1M.

Pemohon boleh menghantar borang rayuan sebelum 10 Februari 2012. So, hantarlah sebelum tarikh tutup tersebut. Untuk semakan permohonan BR1M seperti yang diketahui sebelum ini, boleh hubungi talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010. Waktu operasi adalah 8-5 waktu bekerja.

Borang rayuan yang telah diisi boleh dihantar ke pejabat lembaga hasil dalam negeri (LHDN). Untuk dapatkan borang rayuan BR1M, boleh didapati di laman web berikut:

Saturday, January 14, 2012

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Fakta yang korang perlu tahu berkaitan Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini ialah:
  1. Pembayaran akan bermula pada 15 Januari 2012 
  2. Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012
  3. Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012.
  4. Pembayaran BR1M akan diberikan dalam bentuk baucar tunai
  5. Penyerahan baucar BR1M kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara. 
  6. Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. 
  7. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.
  8. Baucar-baucar boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank diseluruh negara. 
  9. Kerajaan juga akan menyediakan kaunter-kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan tersebut. ( Bagi memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M)
  10. Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.
Lain-lain fakta berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) :
  • Sebanyak 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh Negara ( Sehingga 10 Januari 2012 )
  •  3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.
  • Sebanyak 3,102,054 permohonan yang telah diluluskan   ( Sehingga 10 Januari 2012 )
  • Baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari 2012.  
  • Tempoh penerimaan borang BR1M dilanjutkan selama satu bulan, iaitu sehingga 10 Febuari 2012.
  • Orang ramai masih boleh menghantar borang-borang permohonan BR1M di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.
Note : Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat. Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di:
  1. Pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, 
  2. Muat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
[souce: anamarza]

Friday, January 13, 2012

STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500

STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my

Sunday, January 1, 2012

My 2012 Resolution.

Bye-bye 2011. Welcome 2012. (^o^)丿

Banyak benda dalam kepala ni nak fikir. Preparation untuk praktikal kat hospital satu apa pun tak buat lagi. Macam-macam feeling ada; sedih sebab cuti dah habis, excited nak pergi praktikal, takut, etc. Wishlist pun dah semakin panjang.

Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan ;] 
* optimism di tahun baru*
enough said, THIS IS MY 2012 RESOLUTION:

#1 Have more "ME" time. Learn to relax and give myself a break.

#2 Organize, Organize, organize.

#3 Jadi Muslimah yang lebih baik dari semalam untuk family, masyarakat, agama dan negara. (^o^)

#4 Jaga kesihatan. Watch what you eat and more exercise!

#5 Increase OPTIMISM level.

#6 Study+Read more, more and MORE books.

#7..lastly, increase tahap kerajinan untuk berblog! yeah~

2012, PLEASE BE GOOD TO ME.
*fingers crossed*

note:..psst..lepas ni mesti entry aku banyak berkisarkan hospital. (-__-)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...