Lazada Malaysia

Tuesday, December 31, 2013

Kalendar Puasa 2014

Kalendar Puasa 2014 | 1435 : 1436 Hijriyah
Kalendar Puasa 2014
Selamat beramal! ;)

Monday, December 30, 2013

In The Womb #30weeks

Masa Baby Adam 30 weeks in the womb, I watch this tummy scan video over-over and over again. Celik mata waktu pagi tengok video ni, nak tutup mata waktu malam pun tengok video ni sampai tertidur. You know how it feel bila diri ni first time nak jadi ibu? I admit I'm SUPER DUPER excited. Even my mom takut tengok myself at that time, you know macam fanatik-sort of. I can't find any word to describe it.

Now, baby dalam video atas ni ada depan mata ibu and even after 6 months I still can't believe it: I'm a mother! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ibu doakan Adam jadi anak yang baik, dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat and diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kalau dalam perjalanan hidup Adam, Adam "tersesat", Ibu mohon Allah s.w.t. berikan Hidayah dan petunjuk kepada Adam supaya Adam kekal dalam jalan yang "lurus" InsyaAllah. I just want you to know that I love you, will always be by your side and tolong ingatkan ibu kalau ibu terlupa.

Feeling melancholy, so sudden.

Friday, December 27, 2013

You Walk The Talk First by Marina Mahathir

Friday, December 20, 2013

999 Chlorophyll Soap: The Effective Emollient Soap?

Pernah jumpa tak sabun ni?
Green in colour, wrap in paper and have strong smell. Made in Malaysia by Yoo Fung Hong soap factory in Kota Tinggi, Johor! Nak bangga jap, sebab mak asal Kota Tinggi juga.
Tetiba rasa macam nak beli sebab tengok ingredient dia. Coconut oil? That's weird cause most of commercial bars nowadays kan guna palm oil. Currently, I guna use pH5.5 shower foam tekan-tekan. Tapi yang ni rasa macam homemade sabun yang orang jual online pun ya juga kan?

Ingredients: Cocos Nucifera (coconut oil), Water, Sodium Hydroxide, Camphor, Eucalyptus Globulus leaf oil, Citronella oil, Chlorophyllin-copper complex.

Dah lama mandi tak pakai sabun buku. So far I love it smell :) and cheap, cost me RM1.50 and last longer tak macam most sabun yang will be squashy-like bila terendam air. 

Awak pernah try tak?
Note:
IngredientsBenefit
Coconut OilCocos nucifera oil. Rich emollient expressed from coconuts. It is naturally converted into a soap through a saponification reaction with an alkaline salt.
CamphorCinnamomum camphora. Tonic and freshener used in small amounts in lotions and creams for its cooling and soothing effects. Has anti-inflammatory and antiseptic properties.
EucalyptusEucalyptus globulus. Essential oil with powerful antiseptic, antibacterial and antifungal properties. Used in cleansers, massage formulations and bath soaks for its cooling, soothing effect on the skin.
CitronellaCymbopogon nardus. Aromatic essential oil often used in fragrance blends. Also used as a natural insect repellent
ChlorophylColourant, I guess.

Wednesday, December 18, 2013

PERMOHONAN BR1M 2014 BERMULA 23 DISEMBER INI

image
Berita ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan mula dibuka pada 23 Disember ini.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M) yang merupakan wang bantuan kepada rakyat Malaysia yang layak bakal diagihkan buat kali ketiga pada tahun hadapan. Mungkin ada yang masih samar-samar mengenai syarat kelayakan menerima bantuan ini dan cara memohon.  Melalui pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakmengumumkan pemberian BR1M3.0 dan BR1M4.0 akan diteruskan kepada kepada kumpulan penerima sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Syarat – syarat
a. Keluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia
b. Keluarga (RM450)
1. pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia*
*Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
c. Individu (RM300)
1. Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
2. Rakyat Malaysia
3.  Berumur 21 tahun ke atas. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
Cara memohon  ( permohonan masih belum dibuka sehingga kini. Berkemungkinan permohonan dibuka pada minggu hadapan atau awal Disember 2013. Akan diupdate dari semasa hingga semasa ) 
1. Muat turun borang melalui laman sesawang LHDNM http://www.hasil.gov.my/   atau http://www.treasury.gov.my/
2. Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang disini :
  1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
3. Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan salinan kad pengenalan (MyKad), Kad Polis atau Kad Tentera ( jika perlu disertakan semasa memohon secara manual ).
4. Sebarang semakan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat secara online, melalui pos atau secara dalam talian.
Sebarang soalan / pertanyaan 
1. Emel : br1m2@treasury.gov.my atau telefon talian hotline 1-800-222-500

Thursday, December 12, 2013

Resepi: Stew Ayam

Most of the time, I would cook simple dish for my family and me. Simple dish bermaksud, lauk yang dah cukup vitamin and protein in one pot. Tak perlu masak lauk berasingan. Just simply-simply cook dish macam tomyam campur, sup ayam etc with a lot of sayur OR kalau separate protein+vitamin dish sekalipun, another dish mesti ulam. Kalau lagi nak cepat, buat bubur lambuk pun OK. Save time, save energy. Hahaha.
     So today, I want to share this simple recipe: Stew Ayam. Senang je buat, campak-campak and siap. Sodap bertambah-tambah orang rumah makan sampai habis satu periuk.

Bahan-bahan A:
1/2 kg ayam [Potong kecil]
1 tangkai daun bawang
1 biji tomato potong 4
1 batang carrot potong sesuka hati anda
Bahan B: [Sila bancuh siap-siap dengan 1/2 cawan air]
1 sudu teh tepung jagung 
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan *optional
4 sudu besar Sos Tiram
Bahan C: [Sila hiris]
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Garam 
[Normally I don't put garam in my dish sebab dah ada bubuh sos tiram, Lin tak kuat masin. Tapi terpulanglah kan kat anda]
Minyak untuk menumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak and tumis bahan yang dihiris sampai naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masuk sedikit air.
3. Masak ayam sampai masak.
4. Masukkan air bancuhan tadi, biar sampai kuah pekat.
5. Masuk tomato and daun bawang kemudian kacau sikit-sikit.
6. Siap.

Try tau. Sayur boleh bubuh macam-macam, lobak, kobis, kobis bunga, sawi etc. Jimat, cepat, and paling penting sekali: sihat. OK? Till then, Salam.

Wednesday, September 4, 2013

Tukar Debit Card Maybank [VISA] baru!

debit card visa
Hari ni Lin pergi tukar debit kad baru, as Lin punya Debit kad dah nak expired. Lambat lagi sebenarnya as stated dekat kad tu expirednya next year, tapi takut tak sempat nak pergi so better pergi time masa terluang ni. Maklumlah, busy memanjang tak hengat kan. Even sekarang ni kad pengenalan rosak tak boleh nak baca pun tak sempat nak pergi JPN [Jabatan Pendaftaran Negara]. Last time ada pergi jengah-jengah juga dekat JPN dengan niat kononnya nak renew IC, tapi panjang sungguh orang beratur sampai they ask me to wait for my turn after 2pm. Itu Lin pergi pagi tau, 9 am! pfft~! so, tak jadi nak renew sebab kerja.
     Berbalik pada Debit kad Visa Maybank ni, memang patutlah renew cepat-cepat. Senang nak update detail pelbagai yang involve recurrent payment, paypal etc. Nanti tak payah kalut-kalut nak pergi bank, nak tukar detail lagi etc. Sekarang senang, nak bayar utiliti bil, shopping, paypal, order pizza domino, renew licence etc. kan as semua online je. Tak payah nak beratur panjang-panjang dekat pejabat pos/bank/TNB/Syarikat air. Lagi-lagi untuk orang busy tahap dewa gaban macam kita-kita ni. *batuk-batuk* 

So, awak-awak yang debit kad dah nak expired tu, dah tukar?

P/S: Alhamdulillah diberi rezeki, masa dan kesempatan.

Sunday, September 1, 2013

IKEA Catalogue 2014 / Katalog IKEA 2014

Read it online or download:
Malaysia

Baca secara online atau muat turun:
Malaysia

Friday, August 30, 2013

Cara Menjawab Adzan dan Doa Setelah Adzan

Jika kita mendengar Adzan, kita disunatkan menjawab Adzan.
Cara menjawabnya adalah dengan mengulang pelan - pelan setiap kalimat adzan itu.
Kecuali pada saat muadzin mengucapkan:
"Marilah kita didirikan shalat".
Dan
"Marilah kita menuju kemenangan".

Maka kita menjawab:
Artinya:
"Tak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah".

Pada adzan subuh, ketika muadzin mengucapkan:

Dan kita yang mendengarkannya menjawab:
Artinya:
"Engkau benar, engkau betul! dan saya termasuk diantara orang - orang yang menyaksikan hal itu"

Do'a setelah Iqamah
Artinya:
"Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, dan shalat yang didirikan! Limpahkanlah rahmat dan kedamaian kepada junjungan kami, Nabi Muhammad dan perkenankanlah permohonannya pada hari kiamat!"

Do'a setelah Adzan.
Artinya:
"Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, dan shalat yang akan didirikan! Berikanlah junjungan kami, Nabi Muhammad wasilah, keutamaan, kemuliaan, dan derajat yang tinggi! Dan angkatlah ia ketempat (kedudukan) yang terpuji, yang telah Engkau janjikan kepadanya. Sesungguhnya Engkau tak akan menyalahi janji.

Wednesday, July 31, 2013

Kita Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH, APA LAH NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Bila kita buat majlis kahwin besar, ada orang kata "NAK BERLAGAK LAH TU, KAHWIN BESAR ENTAH-ENTAH ESOK LUSA CERAI"

Bila kita buat majlis kahwin kecil, ada orang kata "EH, FAMILY BERDUIT, BELAJAR TINGGI BUAT MAJLIS KECIL JE? SOMETHING LAH TU"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula; perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati and we can't change other people melainkan dia berubah sendiri, right? Just be yourself and try jadi insan yang lebih baik, bukan sempurna. Tak ada orang sempurna pun dalam dunia ni.

P/S: Kita tak boleh puaskan hati semua orang, kita pernah puas?

Wednesday, July 3, 2013

Ikan Keli dan Haiwan al-Jallalah

Found this on Facebook, semoga bermanfaat :)

Susunan Ringkas berkaitan dengan Haiwan al-Jallalah (Haiwan yang diberi makan najis dan kotoran)

A) Maksud Haiwan al-Jallalah:

Menurut ad-Dumairi Rahimahullah binatang yang makan najis dan tahi dipanggil al-jallalah. Di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra beliau menyatakan:

Ertinya: dan al-Jallalah itu dalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan.

Menurut para ulama Hanafiyah: al-Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain. Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.

Manakala para ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah pula berpendapat bahawa maksud al-Jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis.

Dalam istilah sains, ia dikenali sebagai Koprofagia (Coprophagous). Koprofagia adalah haiwan yang memakan najis/kotoran, ia berasal dari bahasa Yunani; copros (najis) dan phagein (makan). 

Serangga Koprofagia memakan dan mencerna najis binatang yang lebih besar; najis ini mengandungi makanan yang setengah telah dicerna. Sistem pencernaan herbivor tidak terlalu efisien, jadi makanan yang sudah setengah dicerna ini lebih mudah dimakan oleh mereka.


B ) Hukum Memakan Haiwan Al-Jallalah

Ulamak khilaf tentang hukum memakan haiwan al-Jallalah, Ia bersandarkan pada hadis, Ibnu Umar Radiallahu anhuma meriwayatkan yang bermaksud:

“Rasulullah Shallallahu Alaihi wasallam menegah daripada memakan daing binatang al-jallalah (binatang yang makan najis) dan meminum susunya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Manakala para ulama Hanabilah mengharamkan daging al-Jallalah untuk dimakan. Ini seperti disebutkan di dalam kitab Kasyful Qhina’ dan al-Mughni li Ibn Qudamah al-Maqdisi.

Imam Nawawi berkata di dalam al-Majmuk, bahawa menurut pendapat al-ashah tegahan tersebut adalah bersifat makruh sahaja bila mana daging atau susu binatang al-Jallalah itu berbau seperti bau najis.

Para ulama Malikiyah seperti yang disebutkan di dalam kitab Syarhul Kabir dan Bidayatul Mujtahid mengharuskan untuk umat Islam memakan al-Jallalah.

Para ulama Hanafiyah, Syafieyah , Imam Malik sendiri, dan al-Imam Ahmad di dalam salah satu pendapatnya mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan.

Berdasarkan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006, ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

C) Kuarantin dan Al-istibra’ :

Sekiranya binatang itu dikurung (dikuarantinkan) untuk diberi makanan suci sehingga hilang bau dan kesan najis padanya, maka memakan daging binatang tersebut tidak haram malah tidak makruh.

Salah satu kaedah alternatif (selain sumber disepakati dan dipersilisihkan) ialah dengan menggunakan kaedah al-Istibra’. al-istibra’ dapat difahami sebagai satu keadah pengkuarantinan bagi yang dicemari najis. Di sisi lain ia juga merujuk kepada al-Habs, iaitu pengurungan dan penahanan. 

Dalam perbincangan fiqh klasik, al-Istibra’ merujuk kepada proses pengkuarantinan haiwan al-Jallalah seperti ayam, lembu, unta dan kambing yang diberi makan makanan najis dan kotoran. Haiwan ini dikuarantinkan bagi tujuan menghilangkan sifat najis yang terdapat padanya dengan diberi makanan yang suci dan bersih. 

Dalam hal ini juga, kaedah Istihalah boleh digunapakai kerana ia melibatkan proses penyucian, iaitu penyucian kotoran yang ada di dalam haiwan tersebut melalui proses kuarantin. Ia bertepatan dengan kaedah, "Benda najis apabila dibersihkan dengan pembersih (konsep istihalah) apapun maka menjadi suci"

Bagi tempoh masa kuaranti pula, ia tidak ditentukan kerana bergantung kepada kebiasaaan sahaja. Seperti 40 hari untuk unta, 30 hari untuk lembu, 7 hari untuk kambing dan 3 hari untuk ayam. Sekiranya tempoh masa ini tidak mencukupi untuk menghilangkan kesan najis, maka hendaklah panjangkan tempoh masa tersebut (Hasyiyah asy-Syarqawi)

D) Petua Orang Lama

Kebiasaan adat bagi orang tua, apabila membeli atau menangkap Ikan Keli, sebelum ia ‘dimatikan’, ia akan dikuarantinkan terlebih dahulu di dalam tempayan kerana ikan keli diketahui umum sebagai ikan yang memakan kotoran. Ikan tersebut dikuarantinkan untuk beberapa hari supaya dengan cara tersebut dapat membersihkan kotoran yang ada dalam Ikan Keli. 

Sumber:
1) Isu-isu Produk Halal, Jabatan Mufti Kerajaan Brunei. 2012
2) Halal dan Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, Universiti Putra Malaysia. 2013 
3) https://id.wikipedia.org/wiki/Koprofagia
4) http://www.astrodigi.com/2009/10/berpenampilan-marmut-bertubuh-seukuran_05.html
5)http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/08/hukum-memakan-haiwan-jallalah.html 6)http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-kesucian-ikan-yang-diberi-makanan-tidak-halal

Disusun oleh:
Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin 
Rantau Panjang, Kelantan 
(Bekas Mahasiswa Sarjana Muda Sains Bioteknologi Makanan, USIM)

Friday, June 28, 2013

Resepi Cocktail Custard Puding

Semenjak dua minggu jerebu melanda ni, suhu meningkat melampau tak agak-agak. Teguk air sejuk berkoyan-koyan, rasa macam nak mandi je dengan air sejuk tu. Untunglah siapa yang bercuti pi Cameron or Genting Highland. (+_____+)" So back to the topic, hari ni Lin nak share resepi puding koktel buah-buahan, whatever you call it.
Bahan untuk kastard:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air 
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya:
1. Larutkan gula bersama air di dalam periuk dan masukkan tepung kastard. Gunakan api kecil.
2. Kacau sampai likat dan berkilat.
3. Tuang dalam loyang yang dibasahkan sedikit dengan air, supaya senang nak keluarkan nanti dan biarkan seketika sehingga sejuk then barulah masuk dalam esbok.

Bahan untuk kuah puding:
1 tin susu cair [jenama Ideal sedap sikit, but this time tak guna sebab malas nak cari]
1 tin fruit cocktail*
1 tin laici *
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila

*bubuh suka hati

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga gula larut.
2. Sejukkan seketika then masuk dalam peti sejuk untuk disejukkan.
3. Bila custard dah set and kuah pun dah sejuk, bolehlah potong custard tu and campur dengan kuah.

Senang je kan? Bayangkan anda baru pulang kerja, dengan tekak rasa kering perit then pekena puding koktel, peh~! puas hati. #nomnomnom. 

Thursday, June 27, 2013

Ada sesiapa yang guna contact lense tak?

Nak share tempat yang korang boleh beli macam-macam BRANDED contact lenses murah, tanpa ragu-ragu:
buy contact lense online

Brand: Acuvue Tru Eyes, Acuvue Moist, Acuvue Oasys, Acuvue Oasys Astigmatism, Acuvue Define, Soflens 38, Soflens 59, Soflens Toric, Purevision 2, Purevision HD, Biomedics 38, Biomedics 55, Proclear, Definition, Focus Dailies Aqua Comfort, Focus Night & Day, Air Optix, Air Optix for Astigmatism, Freshlook One Day, Proclear 1 day, Sauflon Clariti 1 day, Soflens daily disposable, Acuvue 2, Acuvue Advance, Adore Dare, Adore Imagene, Adore Pure Eyes, Air Optix Multifocal, Biomedics 55 Evolution, Biomedics Toric, Blincon BB, Blincon Big Eyes, Blincon Classic, Blincon Elegance, Blincon Jazzy, Blincon Sweetie, Chameloen, Colorvue, Freshkon Alluring Eyes, Freshkon Color Fusion, Freshkon Dezigner, Freshkon Mosaic, Freshlook Colorblends, Maxim Color Blue, Maxim Colors Orange, Maxim Color Pink, Maxim Color Toric, Sauflon 55UV, Sauflon Bioclear, Saulfon Bioclear Toric, Sauflon Clear Comfort Aspheric, Soflens Multifoca and etc.

Contact Lenses and Solution: 
Daily Disposable
2-Week Disposable
Monthly Disposable
3-Monthly Disposable
Toric Lenses
Colored Lenses
Silicone Hydrogel
Multifocal Lenses

Ini serius~ korang boleh beli and save up to more than 25%! As for me, Lin guna monthly disposable lenses: Acuvue Clear [Harga Pasaran: RM60] and Freshkon Alluring Eyes [Harga Pasaran: RM65]. So this cost me for RM125 per month or two. Tapi kalau beli dekat MrLens Malaysia, both ni harga dia RM45 and RM48. Total RM98, dah berapa jimat tu? RM32! How savvy is that~! So, now you know. Apa lagi, pi check it out la, ngeh~:)

Tuesday, June 18, 2013

Review: Farmasi CC Cream - Medium to Dark

Review: Farmasi CC Cream - Medium to Dark | I’m not a fan of BB cream as it makes my skin more oily than usual. Selalu kita dengar tentang BB Cream, this and that, but now there’s new product in the market yang dikatakan lg best dari BB Cream iaitu: CC Cream.
Farmasi CC Cream - Medium to Dark
Farmasi All-In-One CC Cream Product Features and Benefits:

1. Produces a very natural, "untouched face” make up look

2. Provides coverage like a foundation would, but since it has ultra light formula, it doesn't clog the pores and gives an oil-free finish.

3. Contains Multi-Vitamins and ingredients that help improve skin over time:

Macadamia Oil - Moisturizes the skin all day long.
Vitamin B3 - Has the properties that creates a natural looking glow to your skin.
Oat Extract - Nourishes and encourages skin regeneration to maintain a youthful skin.
Silk Protein - Has healing properties that soften, smoothen and evens skin tone.
Collagen and Argan Oil - Improves skin surface & reduces the appearance of age spots and wrinkles.

Additional benefits:

SPF 25 - Protection against harmful effects of UVA & UVB rays

Vitamin C - A powerful anti-oxidant that improves appearance of sun damaged skin, reduce inflammation, promotes collagen production, lessen hyper pigmentation and boost the efficacy of sunscreen.

How to use: Apply cream on cleansed face by gently massaging in small circles.

Price: RM45.90

Variants: Medium to dark and Light to Medium

Made in Turkey

My Verdict:
Best and rasa macam tak pakai apa pun, teksturya ringan, warna kulit sekata; match my skin tones and doesn’t cause pimples/allergic reaction. Almost-matte finish kan. Coverage is so-so as I still can see red dots on my skin here and there. BUT I do believe, dengan pemakaian yang konsisten setiap hari boleh mencantikkan kulit anda as it contains a lot of good ingredient that great for your skin!

This CC Cream last for 3-4 hours. Well it depends on your skin condition and weather pun. Kulit Lin jenis combination and cuaca dekat JB ni kebelakangan ni panas membara even duduk depan kipas/aircond. So last but not least, I give this all in one product: 4 out of 5 stars and of course I will buy it again, siapa yang tak nak guna produk yang berkesan, convenient and multipurpose kan? Tak perlu SPF cream, moisturiser, foundation, primer etc. dah lepas ni dan yang paling penting sekali, product ni HALALAN TOYYIBAN. Alhamdulillah. Till then, Salam.

Friday, May 24, 2013

Updated: Idea for New House!

OK, fine. Dah berhabuk blog ni kena tinggal 2 weeks. (-______-)" Actually banyak benda Lin nak update and nak kongsi so expect entry berjujai-jujai after this. Tapi before tu let me update entry bermotifkan alasan sebelum proceed to next topic.
     Seriously~Lin super busy with everything. For the past 2 weeks, busy dengan prep last tuition class before cuti panjang, buat report, survey perabot/electrical appliances, organizing everything before MOVE OUT etc. Yep, you heard me right; moving out, again. Tapi this time to a house that I can call it my own :) Alhamdulillah. Rumah kecil, sesuailah untuk stay satu family nuclear for another 10 years. InsyaAllah.

Menarik betul sofa bed ni, boleh bubuh dekat living room. Tak payah beli sofa dah.
Lin dah decide, rumah baru ni theme dia modern and simple macam kita. ngeh~ Perabot minimalis macam dalam Tiny House Blog and tak semak. Cat rasanya kalau ikut dalam perancangan nak cat warna putih je dulu. Senang. Tak payah pening-pening kepala.
Living room macam ni pun OK.
     As rumah baru ni berlantaikan simen, ada tak idea budget nak mencantikkan-nya? Buat masa ni budget tak lah meriah sangat, tapi adalah perancangannya nak pasang tile/timber flooring in the future. Cuma kalau nak tunggu masa kumpul duit tu takkan nak biarkan je lantai kosong menyakitkan mata kan? Pasang tikar getah pun OK. Tapi nak pilih warna apa ya?
Simple tak?
     Untuk perabot Lin berkenan betul dengan perabot IKEA especially kitchen cabinet dia dengan dining table set. Tapi fikir-fikir balik, takkan nak beli perabot sampai ke KL kan? *nanges kempunan* Lin ada survey juga dekat Court Mammoth. Tak ada yang menarik, tapi dah chop fridge and washer machine. v(^_____^)v Mana lagi ek nak cari perabot dekat area JB ni? 
Nak kitchen macam dekat atas OR kat bawah ni, boleh tak?
Tak payah buat kabinet belah atas, buat storage macam ni pun cantik:
Apa-apa hal, slow-slow kayuh dulu and buat survey banyak-banyak. Budget pun setakat ni paras hidung je *batuk-batuk* excitednya je yang lebih. Hope boleh siap semua before 15th next month then boleh masuk rumah baru dengan tenang ;)

Friday, May 10, 2013

KATALOG AVON ONLINE

katalog avon malaysia online
Cuma nak share info, kalau kawan-kawan nak tengok current katalog Avon boleh pergi dekat link sini:
AVON CATALOG
atau
simply download Apps Avon Malaysia dekat link ni ;)
AVON APPS ON GOOGLE PLAY STORE
senang kan?

Thursday, April 25, 2013

Review: Maybelline Clear Smooth BB Stick

     Lin tak guna BB cream. I know, I know * redundant* BB cream tu bagus dan practical. Last time Lin ada try Maybelline Clear Smooth Minerals BB Cream, and other BB cream brand but my face tend to be oily berkilat-kilat lebih dari biasa. So, last-last I stick to my old makeup routine, guna compact powder je. So, bila Maybelline Clear Smooth BB Stick ni berada di pasaran last year and it claim sangat sesuai untuk kulit berminyak or kombinasi, Lin teruja lah nak try.
     
According to Maybelline, 8 kelebihan dalam 1 produk:
  1. Controls shine - Mineral clay formula helps keep skin shine-free all day
  2. Lasts all day - Powder finish resists sweat and sebum for up to 12 hours
  3. Clears - Reduces the appearance of dark spots, redness, fine lines, and wrinkles
  4. Refines - Reduces the appearance of pores
  5. Conceals - Instantly hides flaws and imperfections
  6. Evens - Corrects uneven skin tone
  7. Smoothens - Makes skin feel smooth, soft, and supple
  8. Protects - SPF 21/PA+++ protects against harmful UVA and UVB rays
Cool huh? All in one. Ada 2 pilihan warna: 01 Fresh and 02 Natural. Lin guna 02 Natural ^_^  It cost RM22.41 dekat Watson. Lin dah pakai almost 2 weeks now, I guess I've found another "bestfriend". 

My verdict:
Control Shine?
Yup. It does work, up to 3 hours la. Lin pakai pukul 8 in the morning and muka sedikit berminyak dekat T-zone. Lin touch up pakai compact powder untuk hilangkan minyak.
Last all day?
Is it? Lin guna makeup sampai pukul 2 je, lepas tu cuci (^______^)" Tapi Lin guaratee it still there.
Clears Appearance of dark spot, redness, fine lines and wrinkle?
Dark spot and redness, yes almost. Fine lines and wrinkle tak pasti pula sebab tak ada lagi.
Reduce appearance of pores?
Yes!
Conceals?
I would say light-medium coverage. 
Smoothens?
Well, yes.
Lain-lain?
Easy to apply, murah, seragamkan warna muka, praktikal especially bila tengah rush, suitable for my skin; tak ada rash or jerawat after guna, doens't clog pores and brighten my face a bit.

Conclusionnya, Lin bagi 5/5. I love it and I would recommend it to my reader,of course! ^_^ Give it a try girls!

Wednesday, April 24, 2013

Sedap ke Burger Bakar Abang Burn?

     Mula-mula tengok Burger Bakar Abang Burn ni macam biasa je perasaannya. Tapi sejak dua menjak perlancaran menu baru Abang Burn: Meatball Abang Burn, nafsu nak makan membuak-buak. Teringat meatball dekat Ikea. Hahaha~ dan juga saya salahkan blogger-blogger atas semua review dan gambar-gambar yang menggiurkan tersebut samaada di blog atau Facebook. Akhirnya Lin pergi juga beli Burger Bakar Abang Burn tu dekat Today's Market, Seri Alam. 
Lin tapau je~ balik rumah bubuh dalam pinggan. Lin order Beef Supremo Cheese Single [RM10.50] and Meatball with cheezy wedges [RM9.90]. OK fine, dah berterabur presentationnya tak macam gambar dalam iklan.
Close-up Burger Bakar Abang Burn
     Rasanya? Kalau Meatball tu memang perfect, fully cooked and homemade sos dia memang sedap seperti yang digembar-gemburkan. Kalau tengok dekat review, cheezy wedges tu sepatutnya dapat 5 ketul je. Tapi Lin dapat banyak pula. Hohoho~ rezeki jangan ditolak. Part Burger Bakar pula, besar, patty dia tebal, ada cheese, ada onion ring dalam 3 ketul mcm tu and err..cendawan goreng? secret recipe ke? sepatutnya memang ada ke cendawan goreng? Agak confuse disitu.
     Service? Well, surprisingly cepat gila even ramai orang. Lepas order Lin baru je duduk order air, tiba-tiba dah siap. Air pun tak sampai lagi. Tempat makan OK and selesa, kebersihan pun OK. Conclusionnya, best and boleh beli pergi lagi. Lin bagi 4/5 bintang. Lepas ni nak pergi makan dengan Encik Hubby pula, burger besar boleh kongsi main suap-suap kan. HAHAHA.

Info Burger Bakar Abang Burn
Twitter: @AbangBurn
Website: abangburn.com
Senarai menu: MENU
No. Telefon: 013-744 3170 [Cawangan Mewah Cafe, Today's Market]
Waktu Operasi: 5.00PM-12.30AM

Monday, April 15, 2013

Resepi Kek Coklat

Projek malam Isnin w/ Daniel. 1st time try resepi ni, jumpa kat FB. Simple je. Boleh bubuh coklat rice. Tapi malas nak pi kedai beli. So jadilah kek tak berhias macam ni. Walaupun kurang cantik, tapi boleh tahanlah sedapnya. Rasa macam kek coklat moist yang 1/2 kilo RM20 tu. Pasni kalau nak makan boleh buat sendiri jelah, jimat. nyum2~


RESEPI KEK COKLAT


Bahan-bahan kek coklat:
250gm butter
3/4 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan air atau susu cair


Bahan-bahan coklat cair atau topping:

1 sudu marjerin
2-3 sudu susu pekat manis
2-3 sudu serbuk koko
sedikit air


Cara buat kek coklat:

1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan koko tadi sambil terus memukul.
5. Kukus 45 minit.


Cara buat coklat cair untuk topping:

1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
4. Hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri ya..:)


Source: Facebook.

Tuesday, March 12, 2013

Resepi Bubur Ayam.

I'm a fan of bubur ayam. So hari ni Lin buat bubur ayam for brunch. Easy to make, versatile and of course; nutritious. Plus, tak ada unsur-unsur subhah atau keraguan. So here it is:

Resepi Bubur Ayam Suzlin~ 3-4 hidangan

Bahan-bahan:
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
5cm halia potong keping besar; nanti senang nak buang masa makan.
Sayur- any vege yag keras dan tak mudah hancur will do [Lin suka letak carrot]
Isi ayam potong kecil-kecil
1 sudu kecil sesame oil
1 pot beras dan air secukupnya
Cili and Spring onion for garnishing if you like [Lin tak suka dan tak bubuh pun]
Serbuk White Pepper and garam secukup rasa

Caranya:
1. Tumis bawang sampai wangi dan masukkan ayam. Kacau sikit-sikit, tak perlu sampai ayam masak.
2. Masukkan beras dan air serta halia biarkan mereneh sampai jadi bubur.
3. Bila dah siap, hidangkan dengan spring onion, white pepper and sesame oil. Sedia untuk dimakan.

Result: Honestly rasa dia sejibik macam bubur ayam McD. Try it yourself :)

Monday, January 28, 2013

Keputusan.

     Dalam membuat keputusan sebenarnya dalam hidup ni mudah sahaja. Yelah, cuma ada dua pilihan; betul salah, halal haram, ya tidak, nak taknak etc. Yang membuatkan decision making ni satu perkara yang rumit cuma manusia sebab manusia suka menconfusekan diri sendiri, atau mungkin juga sebab external yang lain.
     So here I am, with several life changing decision to make and I guess I already make one. From now on, I will:
  1. Stop being stupidly sacrificing myself for those people.
  2. Just take yes or no as an answer.
  3. Start thinking bout myself and be a selfish creature cause I want to.
  4. Not care what other people say about me, because I do nothing wrong.
  5. Will not stand for other people which I believe will not stand up for me.
  6. Stop believing that love is free and there is no such thing. Tak exist.
  7. ..stop being too good to avoid "take it for granted" type of people. Like seriously.
  8. Start to say NO.
Banyak benda yang berlaku which hurt me so deep inside. For the last two years, I've learnt my lesson. It's time to stand for myself and my future, than ignore it and being crabby all time. Kalau kita susah, kita yang rasa.
     Honestly, Lin nak curahkan dekat sini. The most important lesson yang Lin belajar: Tak payah nak baik sangat dengan orang tak kira siapa, semua bermuka-muka. They will find a way to stab you back and tak segan silu blame other people. Avoid people yang awak tahu akan menyusahkan awak, stop being sorry and kesian bagai. Kalau diorang nak bunuh diri, lantak. Stop being too good. Stop sacrificing myself for others yang tak pernah kisah pun pasal myself. OK 2013, here I am.

Wednesday, January 9, 2013

Flashback: Resolution 2012.

#1 Have more "ME" time. Learn to relax and give myself a break.
Tak banyak juga "ME" time, sibuk final year.

#2 Organize, Organize, Organize.
Improved.

#3 Jadi Muslimah yang lebih baik dari semalam untuk family, masyarakat, agama dan negara. 
Baik dari semalam.

#4 Jaga kesihatan. Watch what you eat and more exercise!
Sentiasa jaga makan even kadang-kadang tak cukup duit.

#5 Increase OPTIMISM level.
Rasanya part ni sangat memberansangkan, ngeh~

#6 Study+Read more, more and MORE books.
OK, sebab outcome nya dean list ;)

#7..lastly, increase tahap kerajinan untuk berblog! 
Done.

Alhamdulillah, so far so good. Lin belum fikir lagi resolusi 2013 (^_______^)" So why don't you share yours first?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...