Tuesday, December 31, 2013

Kalendar Puasa 2014

Kalendar Puasa 2014 | 1435 : 1436 Hijriyah
Kalendar Puasa 2014
Selamat beramal! ;)

Monday, December 30, 2013

In The Womb #30weeks

Masa Baby Adam 30 weeks in the womb, I watch this tummy scan video over-over and over again. Celik mata waktu pagi tengok video ni, nak tutup mata waktu malam pun tengok video ni sampai tertidur. You know how it feel bila diri ni first time nak jadi ibu? I admit I'm SUPER DUPER excited. Even my mom takut tengok myself at that time, you know macam fanatik-sort of. I can't find any word to describe it.

Now, baby dalam video atas ni ada depan mata ibu and even after 6 months I still can't believe it: I'm a mother! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ibu doakan Adam jadi anak yang baik, dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat and diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kalau dalam perjalanan hidup Adam, Adam "tersesat", Ibu mohon Allah s.w.t. berikan Hidayah dan petunjuk kepada Adam supaya Adam kekal dalam jalan yang "lurus" InsyaAllah. I just want you to know that I love you, will always be by your side and tolong ingatkan ibu kalau ibu terlupa.

Feeling melancholy, so sudden.

Friday, December 27, 2013

You Walk The Talk First by Marina Mahathir

Friday, December 20, 2013

999 Chlorophyll Soap: The Effective Emollient Soap?

Pernah jumpa tak sabun ni?
Green in colour, wrap in paper and have strong smell. Made in Malaysia by Yoo Fung Hong soap factory in Kota Tinggi, Johor! Fuiyo~my kampung!
Tetiba rasa macam nak beli sebab tengok ingredient dia. Coconut oil? That's weird cause most of commercial bars nowadays kan guna palm oil. I guess. I use pH5.5 shower foam tekan-tekan for years. Heh. But this still literally caught my eye and nose, rasa macam homemade sabun yang orang jual online pun ya juga kan?

Ingredients: Cocos Nucifera (coconut oil), Water, Sodium Hydroxide, Camphor, Eucalyptus Globulus leaf oil, Citronella oil, Chlorophyllin-copper complex.

Dah lama mandi tak pakai sabun buku. So far I love it smell :) and cheap, cost me RM1.50 and last longer tak macam most sabun yang will be squashy-like bila terendam air. 

Awak pernah try tak?
Note:
IngredientsBenefit
Coconut OilCocos nucifera oil. Rich emollient expressed from coconuts. It is naturally converted into a soap through a saponification reaction with an alkaline salt.
CamphorCinnamomum camphora. Tonic and freshener used in small amounts in lotions and creams for its cooling and soothing effects. Has anti-inflammatory and antiseptic properties.
EucalyptusEucalyptus globulus. Essential oil with powerful antiseptic, antibacterial and antifungal properties. Used in cleansers, massage formulations and bath soaks for its cooling, soothing effect on the skin.
CitronellaCymbopogon nardus. Aromatic essential oil often used in fragrance blends. Also used as a natural insect repellent
ChlorophylColourant, I guess.

Wednesday, December 18, 2013

PERMOHONAN BR1M 2014 BERMULA 23 DISEMBER INI

image
Berita ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan mula dibuka pada 23 Disember ini.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M) yang merupakan wang bantuan kepada rakyat Malaysia yang layak bakal diagihkan buat kali ketiga pada tahun hadapan. Mungkin ada yang masih samar-samar mengenai syarat kelayakan menerima bantuan ini dan cara memohon.  Melalui pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakmengumumkan pemberian BR1M3.0 dan BR1M4.0 akan diteruskan kepada kepada kumpulan penerima sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Syarat – syarat
a. Keluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia
b. Keluarga (RM450)
1. pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia*
*Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
c. Individu (RM300)
1. Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
2. Rakyat Malaysia
3.  Berumur 21 tahun ke atas. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
Cara memohon  ( permohonan masih belum dibuka sehingga kini. Berkemungkinan permohonan dibuka pada minggu hadapan atau awal Disember 2013. Akan diupdate dari semasa hingga semasa ) 
1. Muat turun borang melalui laman sesawang LHDNM http://www.hasil.gov.my/   atau http://www.treasury.gov.my/
2. Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang disini :
  1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
3. Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan salinan kad pengenalan (MyKad), Kad Polis atau Kad Tentera ( jika perlu disertakan semasa memohon secara manual ).
4. Sebarang semakan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat secara online, melalui pos atau secara dalam talian.
Sebarang soalan / pertanyaan 
1. Emel : br1m2@treasury.gov.my atau telefon talian hotline 1-800-222-500

Thursday, December 12, 2013

Resepi: Stew Ayam

Most of the time, I would cook simple dish for my family and me. Simple dish bermaksud, lauk yang dah cukup vitamin and protein in one pot. Tak perlu masak lauk berasingan. Just simply-simply cook dish macam tomyam campur, sup ayam etc with a lot of sayur OR kalau separate protein+vitamin dish sekalipun, another dish mesti ulam. Kalau lagi nak cepat, buat bubur lambuk pun OK. Save time, save energy. Hahaha.
     So today, I want to share this simple recipe: Stew Ayam. Senang je buat, campak-campak and siap. Sodap bertambah-tambah orang rumah makan sampai habis satu periuk.

Bahan-bahan A:
1/2 kg ayam [Potong kecil]
1 tangkai daun bawang
1 biji tomato potong 4
1 batang carrot potong sesuka hati anda
Bahan B: [Sila bancuh siap-siap dengan 1/2 cawan air]
1 sudu teh tepung jagung 
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan *optional
4 sudu besar Sos Tiram
Bahan C: [Sila hiris]
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Garam 
[Normally I don't put garam in my dish sebab dah ada bubuh sos tiram, Lin tak kuat masin. Tapi terpulanglah kan kat anda]
Minyak untuk menumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak and tumis bahan yang dihiris sampai naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masuk sedikit air.
3. Masak ayam sampai masak.
4. Masukkan air bancuhan tadi, biar sampai kuah pekat.
5. Masuk tomato and daun bawang kemudian kacau sikit-sikit.
6. Siap.

Try tau. Sayur boleh bubuh macam-macam, lobak, kobis, kobis bunga, sawi etc. Jimat, cepat, and paling penting sekali: sihat. OK? Till then, Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...