Lazada Malaysia

Monday, November 24, 2014

Business Card.

Dari dulu nak buat business card tp asyik procrastinate jep.

P/S: Try curi masa update blog guna tablet.

Friday, November 14, 2014

Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam Jumaat. Lin copy entri ni dari blogger Uni: Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki. Harap dapat dimanfaatkan bersama ;)

==================================

Nota ini saya perolehi daripada perkongsian di group Shaklee saya di Facebook.

Sebahagian daripada amalan ini sudahpun saya ketahui dan sedang mengamalkannya. Ada juga yang saya baru tahu. Saya kongsikan di sini untuk ingatan dan panduan bersama. Moga-moga kita istiqamah mengamalkannya, in Shaa Allah...

==================================

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat:

1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahk bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn. Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Pn. Areena kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK. BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH

Thursday, November 13, 2014

My Hero + es

Oops, sorry tak boleh upload gambar my new baby lagi ;) Tepek gambar ABANG LONG ADAM dulu. InsyaAllah habis pantang nanti Lin upload pic #babyadam and his new bestmate #babyiman, Muhammad Iman Mahdi! I'm glad and rasa blessed sangat-sangat. Bila tengok both of them tidur side by side this morning, tiba-tiba rasa nak nangis. For the last 10 years, I thought I will never be a mom. It feels like something important been taken away from you tau. But now, syukur Ya Allah atas rezeki yang kau berikan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

If before this, Lin takut #babyadam tak dapat sesuaikan diri but setakat ni unbelieveably everything sangat smooth! Masa first time dia jumpa Iman, dia datang and tiba-tiba gosok kepala adik dia. Of course la Lin freak out, dibuatnya dia tepuk kepala adik dia kuat-kuat, macam mana? But NO, there's no such thing. Dia gosok perlahan-perlahan and give him softest kiss ever dekat cheek. Dia tak penyek kan adik dia pun or being bossy or jealous something like that. He even can sleep right beside Iman macam tak ada apa-apa berlaku. I was like; Oh my baby! Adam dah besar sekarang. I'm proud of you *lap air mata*

Banyak lagi nak cerita, as I didn't talk much bout my pregnancy so on and so on, bout mom guilt bla bla bla. Nanti kita story. Iman now ni ulang-alik klinik for jaundice blood test. Doakan kami anak beranak sihat hendak-Nya. Till then, Salam.

Tuesday, November 11, 2014

HISHOP SALE: ONE DAY ONLY! #1111 and #hishopmy

It is Singles Day (11.11), and HiShop Malaysia would like to take this opportunity to share an abundance of discounts and exclusive deals which is worth fighting for today! 
Yes, only TODAY!
Here’s what Hishop Malaysia is offering:
Singles Day Sale 
RM11 instant rebate with a minimum purchase of RM111.
Crazy 11/11 Deal
There is a range of selected products which will be available for purchase at RM11 for 1 hour only!
SO, WHY WAIT? ;)

#1111 and #hishopmy

Monday, November 10, 2014

Tabung Dana Pemulihan dan Pembangunan Gaza (TDPPG)

[STICKY POST]
Tabung Dana Pemulihan dan Pembangunan Gaza (TDPPG)

Pasca perang di gaza, memerlukan lebih RM60,000 juta untuk pembangunan semula. Aman Palestin Berhad, Kami mensasarkan kutipan sekurang kurangnya RM50juta sehingga Jun 2015 bagi projek baikpulih masjid, sekolah, hospital dan lain lain. Sumbangan anda layak menerima pelepasan cukai:

1. Individu 7% pendapatan agregat
2. Syarikat 10% pendapatan agregat

*Jika dapat dikongsi dan disebarluaskan tentang keperluan ini, sangat2 dihargai, terima kasih.

Hulurkan sumbangan anda ke Aman Palestin Berhad:
Bimb: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Cimb: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
Rhb bank: 21245760004907
Bank rakyat: 220806195922

*Sila sms/what app/emel slip transaksi ke 019-3267914/amanpalestinjohor@gmail.com

Sertakan nama, alamat, no ic dan no telefon utk penghantaran resit.

Saturday, November 8, 2014

SEKUEL: Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2014 (Mini Drama)

Apa yang terjadi dengan Cinta dan Rangga setelah 12 tahun berlalu? Saksikan cerita lengkap pertemuan mereka di sini!
Oh my AADC. Dedicate dekat semua ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...