Lazada Malaysia

Tuesday, September 26, 2017

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Salam. Ni dah kira macam 1 hari 1 resepi dah blog ni. Hari ni Lin nak share ayam masak lemak cili padi/cili api. Sebelum ni Lin ada share juga telur masak lemak cili api (Resepi di sini) tapi resepi ayam ni Lin tak letak lengkuas.

Biasanya Lin suka letak kentang, kadang-kadang Lin letak kacang panjang, sedap juga. Dah tak payah masak lauk sayur dah. Huhu.
Ayam masak lemak cili padi sedap mudah
Bahan-bahan:
500gm ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong kecil
1 biji cili padi - terpulang kalau tak nak letak, or nak letak banyak
1 kotak kecil santan - Lin guna cap ayam
(asingkan 3/4 bahagian santan + 4 cawan air = santan cair dan 1/4 baki santan pekat)
1/2 sdk serbuk kunyit
3/4 sdk asam jawa - terpulang nak letak atau tak
1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
Segenggam Ikan bilis (atau 2 kiub ikan bilis)

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kentang, gaulkan dan biarkan seketika.
3. Masukkan santan cair dan asam jawa, biar hingga mendidih.
4. Kalau dah agak-agak ayam dan kentang nak empuk, kecilkan api dan masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk kunyit.
5. Biarkan mendidih, kacau sentiasa jangan bagi pecah minyak.
6. Bila ayam dah masak, tutup api dan siap!

Itu je. Lin tak la pandai masak sangat, masih dalam proses belajar. Jadi kalau ada tips or petua-petua nak buat lauk lagi sedap, jangan segan-segan bagitahu ya. Share la sikit tips korang ;) till then, selamat memasak!

2 comments:

Miza Talib said...

Fav cik qilah dia panggil ayam masak kuning

Mas Zull said...

assalamualaikum lin....wah !! ayam masak yellow yer...
** Mama Maszull

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...