Lazada Malaysia

Friday, September 29, 2017

Resepi Masak Lemak Sayur Campur

I do believe mak-mak macam Lin selalu pening nak masak apa setiap hari untuk family, nak kena fikir variation of dish according to selera bebudak, budget, time and of course tenaga juga. Jadi solusi yang tepat bagi Lin, all-in-one-pot dish. Cukup semua fiber, serat, vitamin, protein and else dalam 1 lauk (macam tomyam, soup or stew) Kalau mak or bapak budak nak lebih, makan la ulam-ulaman cecah sambal ke, goreng telur ke. Bukan malas, but I'm just being real guys and healthy. HAHA.

So hari ni I would share my simple resepi masak lemak sayur campur yang kuah warna putih tu, bak kata my son. Lagipun Lin tak galakkan anak-anak Lin makan pedas, even Fateh (he's 21 mo) sebenarnya ok je, but remember guys, bebudak ni memang boleh tahan pedas, but medically, perut diorang still nipis and in long term boleh mengakibatkan macam-macam problem (gastrititis etc.) kemudian hari. So, better safe than sorry ;) Sekali sekala tidak apa.

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - dipotong*
1/2 biji kobis - dipotong*
5 kacang panjang*
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 kotak kecil santan
3 cawan air
1 kiub pati ikan bilis atau 1 sdm udang kering

*Sayur dan bahan lain boleh dipelbagaikan: cendawan tiram, cendawan enoki, petola, tauge, pucuk paku, tauhu, tempe, udang yang telah dikopek dan sebagainya.

Cara Memasak:
1. Potong semua bahan mengikut saiz yang diingini.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Seteleh mendidih, masukkan santan dan kacau sentiasa jangan sampai pecah minyak dalam 5-7 minit sehingga mendidih. Siap.
4. Sedia dihidangkan.

Senangkan? Perut kenyang senang hati. Tengok anak makan bertambah pun lagi senang hati kita. Alhamdulillah anak-anak Lin tak ada masalah nak makan even sedikit memilih when it come to sayur. Bukan taknak makan, but they do prefer sayur yang tak pahit macam kangkung, cendawan, carrot, kobis etc. (mak dia pun sama-but don't tell them I put blended brocolli, baby corn, potatoes etc. in their jemput-jemput/cekodok dll.)

Ala~ korang pun memilih jugak makan sayur kan. HAHAHA.

21 comments:

Amanda Suria said...

Kalau masak lemak sayur akak suka tauge atau petola...hehehe...lain2 tak masuk...hehehe

Suzlin Azreena Nordin said...

ha~ ni mesti kes tak makan sayur. kan kan.

Annur Syuhadah said...

Sayur lemak ni memang all time favourite anak2 dari baby lagi..especially budak Naufal tu..makan nasik sayur lemak gaul isi ikan goreng.

Maya said...

Kita kalau masak lemak mesti nak masak lemak cili api...kalau tak pedas tak sah.

Suzlin Azreena Nordin said...

Lauk paling senang. Sama la ngan bebudak ni, gaul isi ikan.

Suzlin Azreena Nordin said...

Untuk bebudak kena la masak gini, pastu mak partner la dengan sambal belacan meletop 😂

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

baru 2 hari lepas CCL masak masak lemak taugeh

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...sedap ni makan dgn sambal belacan n ikan masin...
** Mama Maszull

Umi Kalsom said...

Suka sayur masak lemak kobis. Sedap 😊

Emily said...

Thanks for sharing this recipe. Looks simple and healthy. Love that it is so convenient to prepare.

Absolute Yana said...

so simple...ok..I have bookmarked your blog and followed just to make sure that I don't miss future recipes too...

Simran Beyond Beauty said...

Memang cara pantas untuk masak. Tapi saya lebih suka gunakan susu dutch lady dan bukan santan. Sedap juga :-)

Miera Nadhirah Tan said...

macam sedap pulak.. teringin nak makan ni... hahahah

Pen My Blog said...

Cheers to the share dear - the recipe sounds good :)

Suzlin Azreena Nordin said...

Sedap tu apatah lagi kalau bubuh tauhu.

Suzlin Azreena Nordin said...

Fuh. Teringin pula nak makan lagi.

Suzlin Azreena Nordin said...

Betul tu kak. Bubuh udang kopek. Siap 1 dish. Tak payah masak lauk lain.

Suzlin Azreena Nordin said...

Yup. Lauk rebus je.

Suzlin Azreena Nordin said...

Susu dutch lady? Yang full cream tu ke?

Suzlin Azreena Nordin said...

Boleh paksa anak dara akak masak.

Betty Liew said...

Thank for the recipies. It will be good if can provide photo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...