Tuesday, September 19, 2017

Resepi Puding Roti Sedap dan Mudah dengan Sos Kastard

Resepi Puding Roti Sedap dan Mudah dengan Sos Kastard
Lapar betul perut tengok gambar puding roti berlegar-legar di timeline. Terbayang kesedapan puding roti bersama sos kastard pekat panas. Lin suka puding roti yang tak terlalu padat, sedikit rangup, di bahagian atas sprinkle gula ala-ala creme brulee dan tak berapa manis.

So, hari ni sambil-sambil masak sambal tumis untuk nasi lemak esok, sempat juga Lin buat Puding Roti untuk minum petang. Kadang-kadang Lin suka puding roti pakai stale crossaint, yang super rich with buttery taste, dengan peach (dalam tin) manis-manis masam, makan dengan aiskrim. Tapi lepas cuba resepi yang ni, kami sekeluarga lebih menggemari versi puding roti yang ini.

Bahan-bahan:

A. Untuk Puding Roti

9 keping roti (Lin suka guna Roti Gardenia Butterscotch)
3 cawan susu segar*
5 sudu besar gula (ketepikan 1 sdb untuk ditabur di atas roti)*
2 biji telur*
2 sdb gula*
2 sdb butter*
2 sdt esen vanilla*
1 kotak kismis (Lin tak letak)

B. Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sdb tepung kastard
2  sdb besar gula

Cara-caranya:

A. Untuk Puding Roti

1. Campurkan semua bahan basah bertanda * dan panaskan sehingga gula larut
2. Koyakkan roti dan tuang bahan tadi di atas.
3. Biarkan meresap seketika dan sprinkle gula di atasnya (suka hati nak buat ke tak)
4. Bakar (bubuh air dalam loyang) pada suhu 200°C selama 45 minit.

B. Untuk Sos Kastard
1. Campurkan semua bahan
2. Kacau perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
3. Sedia dihidangkan bersama puding roti.

Awak suka puding roti versi yang mana? Selamat mencuba!

2 comments:

Amanda Suria said...

Alaaaaa...nanti bg step by step eh....hahahah...kalau step by step bergambar pun best...

cc kak fas said...

Nampak senang... saya suka puding roti nak try cara ni lak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...