Tuesday, October 10, 2017

Resepi Kari Ayam Paling Mudah dan Sedap

Memanjang post resepi mudah dan self-aclaimed sedap. HAHA. Anak-anak dengan maknya sekali memang suka makan kari. Every week wajib masak kari ayam/daging. Bertambah-tambah anak makan. Mak gemar lebihkan kuah, kentang, and buat pekat-pekat. Kalau ada lebihan, boleh buat cecah roti or lempeng untuk keesokkan harinya. Memang menjilat jari.
Reaepi kari ayam daging mudah
Bahan-bahan:
10 sdb minyak masak - 50ml
1 kayu manis - 4g
2 tangkai daun kari - 2g
1/4 bahagian ayam dipotong kecil - 200gm
1 biji ubi kentang dibelah 4 - 50gm
1 tomato kecil dibelah 4 - 60gm
1/2 batang lobak - 70gm
1 paket serbuk kari ayam/daging - 25gm
1 sdk garam - 5gm
2 cawan air - 500ml
1/2 cawan santan - 125ml

Bahan kisar halus:
1 bawang besar / 3-4 biji bawang kecil - 40gm
4 ulas bawang putih - 20gm
2cm halia - 15gm

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan daun kari sehingga wangi dan masukkan serbuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
2. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak baru masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan tutup sekejap dalam 3 minit.
3. Masukkan air dan garam. Kacau dan tutup lagi dalam 12 minit.
4. Bila ayam dah nampak masak, masukkan tomato, kecilkan api dan masukkan santan. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.

Ada orang suka gantikan santan dengan susu cair. As ada banyak rempah kari dekat pasaran, mak suka brand Baba's. Mak dah compare dah ingredients and taste dia. Baba's punya lagi kick. Dan 1 lagi, kalau nak pedas, boleh tambahkan cili serbuk atau cili kisar semasa menumis. Takpun partner je kan dengan sambal belacan dan ikan masin. Kalau suka kicap, gaul kicap cap kipas udang. Huhu. Lapar pulak perut mak.

Selamat mencuba ;)

P/S: Bila anak dah besar dari bayi ke preschooler, seronok dapat masak and makan sama-sama. Taklah memanjang mak makan bubur je.

15 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

wah...siap ada gm lagi kan mak...tolong hantar jalan lampam

mrhanafi dot com said...

saya juga suka masak kari..

kadang-kadang guna santan ..

kadang -kadang janji letak kari sahaja

Jueliza Jamani said...

lama tak buat kari ayam.. next week boleh buat ni.

Mawardi Yunus said...

wah kari ayam, feberet ni. lpas ni leh rujuk sini la kalau nak masak kari

Amanda Suria said...

SA suka kari ayam...lama dh x buat..sedapnyaaaaa...

Maha Mahu said...

Selalu masak guna pes yang sedia ada kat kedai jer tapi ada resepi mudah ni boleh lah cuba hehehehe..

Uyul Rosli said...

mengancammm nih makkk aduh dapnyaa
Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

Suzlin Azreena Nordin said...

ala~ akak masaklah untuk mak

Suzlin Azreena Nordin said...

mamak style la tu

Suzlin Azreena Nordin said...

Ye mamajue. Kami tiap2 minggu pun buat 😂

Suzlin Azreena Nordin said...

Ya bos.

Suzlin Azreena Nordin said...

Buat lebih kak. Bawa pi ofis. Sejuk2 lapar boleh masuk microwave cecah roti.

Suzlin Azreena Nordin said...

Ya bos. Nanti dah buat, komen apa kurang lebih ya.

Suzlin Azreena Nordin said...

sebenarnya kalau bab makan semua memang sedap sayang~ 😘

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...mmg sedap kalau kari daging...mama kalau masak x pernah nak letak santan sbb hubby x suka kalau kari letak santan...
** Mama Maszull

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...