Wednesday, October 11, 2017

Resepi Puding/Custard Caramel Mudah

It's been years mak makan puding karamel, sebab dulu mak rajin benar buat tiap minggu sampai muak dah nak menjamah. Tapi since last week ternampak kawan post pasal puding karamel, teringin pula jadinya. Bila teringat, pagi subuh jam 3 tadi mak bangun-bangun terus buat puding. So, boleh makan dessert for breakfast ;)
Resepi puding karamel mudah sedap
There's two ways of making puding karamel or custard caramel; whatever you call it, bakar dalam oven or kukus guna pengukus. Sebelum ni, mak guna resepi lain (Link - mind my language in this FB note, note zaman kanak-kanak) Tapi yang resepi mak share ni sikit je barang, lebih kurang sama juga rasanya.

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
400 ml susu cair atau susu full cream
6 sdb gula

Bahan untuk karamel:

5 sdb gula kastor
2 sdb air

Cara Membuat:
1. Mulakan dengan buat karamel dalam loyang terus, perhatikan api jangan over caramelized nanti pahit ;) Dah siap letak tepi sejukkan.
2. Blender semua bahan custard, dalam 8-10 saat sehingga sebati (don't over do it)
3. Tapis dan masukkan larutan ke dalam loyang tadi.
4. Bakar dalam oven 180°C selama 45-60 minit. Gunakan teknik water bath. Bubuh aluminium foil sekeliling loyang dan rendam loyang dalam dulang yang berisi paras 3/4 loyang kita tadi ATAU kukus di dalam pengukus selama setengah jam atau till it set.
5. Dah siap bakar, sejukkan dalam peti ais selama sejam dan sedia dihidangkan.

Macam mana? Senang ke susah? Boleh try nanti ok? Cuma hati-hati time buat karamel tu ;)

14 comments:

Mrs Pip said...

sedap puding ni, sesekali mrs pip buat juga untuk kudap2 di petang hari :))

Lina Shaza said...

wah menggoda betul puding caramel tu...rajin nya mak ni kan...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

resipi senang tapi tak tahu knp malas nak buat, hehehe

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

fuhh sedap ni , dessert feveret CCL

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa :)

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...wah !! sedapnya lin...
** Mama Maszull

My Green Canyon said...

Resep yang menarik sekali,nak coba dirumah,mantap.

Suzlin Azreena Nordin said...

betul tu mrs pip. tak boleh makan selalu pun. jaga kesihatan. HAHA

Suzlin Azreena Nordin said...

teringin sangat kakak. tu yang tetiba rajin.

Suzlin Azreena Nordin said...

cehcehceh. dia lagi expert ­čśĆ

Suzlin Azreena Nordin said...

samalah kita!

Suzlin Azreena Nordin said...

ma~ nak pavlova

Suzlin Azreena Nordin said...

memang sedap!

Suzlin Azreena Nordin said...

try la. seru abis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...