Thursday, February 8, 2018

2017: It's a Wrap!

Dah almost mid February 2018 baru Mak start nak wrap cerita last year. Pardon me, as Mak super busy with new baby; Yusuf and all. Tapi rasanya belum terlambat lagi kalau nak cakap pasal resolution, wishlist dan sebagainya kan? ;)

First of all, Alhamdulillah and syukur atas umur, kesihatan, rezeki dan anak-anak.

HEALTH
Dah bertahun-tahun, of course, azam yang sentiasa ada dalam list: Mak nak kurus and end up tak tercapai juga. Then last year mak decide to really, actually DO IT.
  • Mak kerap masak sendiri 10-12 times per week; home cooked, simple one pot tapi healthy food. 
  • Kurangkan junk food. 
  • Start exercising, being active with my kids.
  • Kurangkan Gula (Garam dan Ajinomoto memang mak tak makan sangat) and beberapa perkara yang lain yang Mak buat.
Awal bulan May, my weight start to drop 12 kilos! But end up, o~ rupanya I'm pregnant, 2nd trimester dah *facepalm* itu la problemnya bila ada hormone probs ni. Tak ada real sign. Mak ingat mak exhausted sebab superheroes 3 orang ni, or sebab mak makan hati berulam jantung setiap hari. Eh. Huhuhu. Then ke laut lah diet mak lepas tu~ thank god tak naik banyak walaupun dah full trimester.

RELATIONSHIP
Hah bab ni~ memang mak simplify banyak sebab mak jenis simple. Mak tak suka mak ditch je. Well except ONE yang jenis tak faham-faham. Jenis keturunan somehow bengap ke macam mana mak tak tahulah *facepalm*

No, I'm not sorry as kalau mak tahap dah "buang" gitu usually sebab that someone dah capai certain bullshit level. Tahniah!

Tahu tak guys, mak selalu terbaca kawan-kawan curhat dekat FB bout family, friends and all~ nak jaga hati itu ini. O please. Korang tak tahu ke sebenarnya less people less drama? So buang parasit people, gantikan dengan yang more positive vibe. Jauhkan makcik bawang dan orang yang melakukan perkara mungkar, tapi korang takut nak tegur sebab jadi gaduh or sebab else. Mak belajar dulu, orang-orang macam ni kita wajib tegur sebenarnya tapi kalau tak boleh, wajib benci perkara mungkar tu dalam hati. Jauhkan je lah orang macam tu, especially yang percaya benda-benda khurafat and all (mak malas nak explain).

Dosa-dosa tak nampak ni orang tak ambil pusing sangat, macam dosa membunuh, tapi penyakit macam ni bahaya weyh~ murtad tak boleh taubat. How? Kita jauhkan bukan sebab kita rasa kita lebih baik dari dia, tapi kita takut kita terjebak. Kalau tak buat sama pun, bukan ke kalau kita tahu tapi tak tegur jadi kita pun berdosa sama? Jadi lebih baik tak payah kawan, tak payah ambil tahu. Dosa kita sendiri pun berkepuk-kepuk dah ni. Kalau Ibadat sikit, better jauhkan dosa-dosa free kan? Your life would be happy.

FINANCE
Mak resign from previous job on April tak silap. Sekarang Mak WAHM. Mak sebenarnya OK je dengan current salary mak dengan freelancing job (Blog, Freelancer, Sales) yang selama ni Mak buat. Tak tetap and susah sikit sebab kena juggling between job dengan kids at home TAPI cukup. I pay all my bills, groceries etc. Somehow kalau niat kita betul, tuhan permudahkan hidup kita kan?

Mak tak tahulah kenapa mak pergi kerja at 1st place tinggal anak. Pendapat mak, as parent, jaga dan mendidik sendiri anak tu wajib kot! Well at least their 1st 6 years of life. Maybe sebab Mak terpengaruh dengan tanggapan orang towards WAHM? Yelah, kalau kita duduk rumah kan orang cakap untunglah husband tanggung this and that even sikit pun ko tak makan duit suami, even ko kerja sambil pegang anak sebelah jerit-jerit, sambil suap anak kejar dateline, stay up malam-malam sebab bos ko Japan, Belgium, Russian, and masa diorang siang, tempat kau malam. Seriously struggle macam nak gila. After all, orang still cop ko duduk rumah besarkan bontot do nothing and tunggu duit bulan-bulan dari suami. Macam hina pun ada jadi housewife ni even ko ada Master or PhD sekalipun. Mak malas nak explain. Bila kau penat dengar orang cakap, and ko try explain bagi diorang faham, diorang kata kau berlagak pulak. Tak beritahu kena kecam, dah bagitahu kita plak yang salah *facepalm* Buang je lah orang macam ni and kita, keep moving forward!

No offends working parent! Ini pendapat mak. Mak tabik parents yang boleh pergi kerja and leave yor precious with babysitter. Tahap redha and berserah korang lebih tinggi dari Mak. Mak tahu korang pun rasa nak nangis kalau cerita pasal anak kan. Kita doa sama-sama anak-anak kita jadi anak yang Soleh OK? Tak kira bekerja dari rumah ke, kerja makan gaji ke. Kita doa, buat yang terbaik dan berserah.

Itu jelah nak cakap pasl 2017. Panjang pulak meroyan. Oops. Next post will be my resolution for 2018 pula. Rajin benar update blog guna phone. Nak buka laptop rasa macam time consuming tak sempat sangat dengan superheroes 4 orang ni. Till then, Salam.

2 comments:

Mrs Virgo said...

ada betulnya Lin sebagai parent, especially ibu ni mmg seronok dpt jaga anak sendiri tapi mcm akk sbb anak2 mak yg jaga tu yg take for granted tu..mmg penat bila dok rumah..byk benda nk buat tu yg x tahan tu..hehe tapi akk tgk cari cara how to generate income from home starting tahun ni..harap it will be successful..InsyaAllah

And for Lin, semoga sihat selalu dlm pantang ni ya dan semoga baby pun sihat

mamapp said...

Semoga segala impian menjadi kenyataan ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...