Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 1

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kong | Pagi Isnin, awak bersilat menyiapkan anak-anak dengan baki 2 jam sebelum jumpa client dekat luar. Masuk kereta awak dah tercungap-cungap minta nyawa dengan jeritan anak-anak sebagai "radio pagi" lagi. Tiba-tiba sikit lagi nak sampai ke rumah babysitter, kereta mati. Mak panik nak! Sendu yang teramat dalam hati sado supermum ni, rasa nak nangis. Mulalah rasa nak drama: Apa Dosaku Ya Allah ala-ala sinetron.

Mak start-start kereta tak hidup, bunyi ek-ek-ek je. Ish, apa masalah anda ni pakcik saga. Minyak ada, check temp tak panas. Sah. Ini mesti kes dia nak bermanja dengan pocket mak. Tak tahu apa problem. 1001 hipotesis berlegar dalam kepala Mak. Mungkin Bateri? Last time kereta tak boleh hidup pun sebab wayar tempat charging ke bateri longgar sahaja. Both OK. Tak ada ganti apa pun, tapi melayang juga RM300 towing ke bengkel. Jadi Mak fikir-fikir, hari tu ada baca tentang Bateriku.com. Alah~ servis tukar bateri delivery macam pizza tu. Blogger tu cakap boleh panggil diorang check kalau kereta tak boleh hidup, and it's FREE. Betul ke free? Mak cubalah google and cepat-cepat call hotline dia. Sebab rumah babysitter pun dah dekat, anak-anak pun dah "menyanyi opera", mak call babysitter tolong ambil anak dekat kawasan kejadian. Nasib baik! Then call client minta tunda meetup petang. Jadi Mak tunggu je Bateriku.com datang.
Servis bateri
Tak sampai 20 minit van Bateriku.com datang. Wow~ pantas. Mak membuat lambaian ala diva. Senyum je Uncle tu tengok Mak kalut semacam. Uncle tu perkenalkan diri sebagai Uncle Rauf. Dia buka hood kereta Mak and check bateri kereta, wayar-wayar dan alternator (Mak belajar benda baru - Tempat charging bateri dalam hood tu nama dia Alternator). Mak dah berkira-kira budget bulan ni. Towing lagi, bengkel lagi. Kalau orang bengkel tu tak jujur, senang-senang sahaja dia ambil kesempatan ke atas kekurangan pengetahuan Mak ni. Maklumlah, Mak cuma tahu isi minyak, cuci dekat carwash, drive and hidup roadtax insurans ja. Lain pasal kereta mak tak tahu.
Bateriku.com bateri kong
"Semua OK. Alternator OK, cuma bateri kereta kong la dik," and Mak was like "Nak kena ganti bateri baru ke encik? Berapa ek?"

"Eh, taklah. Pergi charge je. Dalam RM5-RM10,"

"Encik boleh buatkan or kena hantar kedai?" tanya Mak lagi.

"Itu adik kena pergi sendiri. Kami cuma datang inspect kereta dan ganti bateri sahaja jika perlu,"
Bateriku.com bateri kong
Mak siap ambil gambar masa Uncle tu check kereta Mak. Pardon my skeptical, ini langkah berjaga-jaga. Mak tak kenal dia, manalah tahu dia ranapkan kereta Mak. Mak mana tahu. Betul tak? Tapi kalau based on 1st impression Mak, Uncle Rauf ni friendly dan boleh dipercayai. Mak tanya banyak-banyak pun dia senyum sahaja walaupun cuaca panas. Tak tanya pun macam-macam dia explain.

Last sekali Mak ternanti-nanti juga huluran bil. Tapi tak ada pun dia mention payment and Uncle Rauf dah nak start van dah. And I was like~ Eh takkan datang dan pergi begitu saja dengan harga minyak mencanak dewasa ini. TAPI Uncle Rauf kata, PERCUMA saja. PERCUMA? PERCUMA sebab Mak comel ke macam mana? Kahkahkah. Dua kali Mak tanya tau, dia kata;

"Memang PERCUMA untuk pemeriksaan walau di mana anda berada kecuali awak ganti bateri baru," Uncle Rauf berseloroh gaya iklan.
Bateriku.com bateri kong  servis kereta
Mak tak tahu nak gelak ke, sujud syukur ke macam mana. Sempat juga Mak berselfie dengan Uncle Rauf dan vannya (itu pasti) tadi. Mak minta tolong kawan pergi charging sekejap dalam 4 jam gitu dekat nearest workshop and kena RM7. Alhamdulillah, settle and Mak boleh menjalani hari seperti biasa.

Mak terhutang budi sangatlah dekat Bateriku.com. Rugi tak tahu tentang servis diorang sebelum-sebelum ni. Stay tune dekat next entry ya sebab Mak nak kongsi ilmu tentang Bateriku.Com supaya kita sama-sama mendapat manfaat. Next time tak perlu gelabah kalau kereta berhenti tengah jalan ;)

Comments

  1. perkongsian yang memberi manafaat .terima kaseh

    https://apeyop.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Menarik perkongsian ini. Pasti menjadi pilihan saya kalau ada masalah dengan bateri kereta nanti

    ReplyDelete
  3. I dah beritahu dekat husband i mengenai servis baterikong ni , at last tahniah pada pihak baterikong buat servis macam ni at least membantu lah sesiapa yang bateri tiba-tiba kong di tengah jalan, boleh telefon je kan, harap dapat cover satu Malaysia..

    ReplyDelete
  4. Servis bateriku.com setakat ni memang terbaik. Berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan yang lain.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada servis macam ni. Dia cover semua area ke sis? Nak simpan nombor ni.

    ReplyDelete
  6. Bagus ni. Kna simpan no phone dalam tepon terusla. Kot kot memerlukan masa emergency kan. Tq atas perkongsian. 😊

    ReplyDelete
  7. this is really one good service and hope they will have more vans provided or else is just a waste if they only have one or two and not answering the services. This service could really save many people who need help in the middle of road..

    I know that feel because i pernah dead car 6 times a month... dunno is lucky or bad luck... lolz

    Racheal

    ReplyDelete
  8. Saya tak ada kereta lagi buat masa ni tapi informasi ni memang berguna betul! Iyalah kadang2 tak dijangka jugak masalah bateri ni. Lepas kalau ada masalah dah tahu dah nak hubungi siapa. Good info!

    ReplyDelete
  9. pernah ganti bateri dengan mereka dan servis terbaik. dorang akan check betul2 baru ganti. korang kena save no dorang or app mereka.

    ReplyDelete
  10. Pernah guna khidmat bateriku.com..servis pun cepat dan terbaik..

    ReplyDelete
  11. Wahh..menarik sangat ni dan 1st time tau pasal ni..tq for info sharing..sangat2 berguna

    ReplyDelete
  12. Sounds like god-send for those who may have car battery issue. I hope their service area includes Ipoh!

    ReplyDelete
  13. Bagusnya percuma , sesetengah tu mesti ada yg cas even check2 je heee

    ReplyDelete
  14. Good service which is also free. Good to know about this.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya percuma jew untuk check. Bayar untuk tukar bateri jew wah servis terbaik ne

    ReplyDelete
  16. haha..gelak baca entry mak..free sbb mak comel...

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing your latest post. They seems have satisfactory services!

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.