Monday, February 12, 2018

Pendaftaran Online Tahun 1 Bagi Sesi 2018 & 2019 Seluruh Negeri

As Adam akan mula bersekolah rendah pada tahun 2018 nanti, mak dapat tahu yang Permohonan Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Tapi, sistem online masih belum dapat dilakukan untuk negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dan perlu mendaftar melalui sekolah secara manual.

SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2011, 2012, dan hari pertama 2013.

Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012: Tahun Persekolahan 2018
Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013: Tahun Persekolahan 2019
*Pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum persekolahan ya. Jadi, ibu bapa boleh terus mendaftar untuk memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE
1. Isi Borang Online

Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah pautannya:

Link Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1: https://public.moe.gov.my

2. Cetak Borang

Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan

Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.

Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:

1) Cetakan borang permohonan online

2) Sijil lahir / anak angkat

3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)

4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga

5) Surat nikah / surat cerai

6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)

4. Semak Status Permohonan Tahun Satu

Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

1 comment:

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...sekejap jer anak dah nak sekolah kn...
** Mama Maszull

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...