Lazada Malaysia

Monday, April 30, 2018

Senarai Peserta Segmen Bloglist Mei #CeritaMak

  1. http://maszull.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-wwwceritamakcom.html
  2. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  3. http://nonasani.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  4. http://akuainkausiapa.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  5. https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  6. http://mija-blur.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  7. http://www.mialiana.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  8. https://jombercontest.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  9. https://mushyzaini.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  10. http://stnrsyfh.blogspot.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  11. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  12. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  13. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  14. http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  15. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  16. http://www.farhanajafri.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritama.html
  17. http://www.fiezasani.xyz/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  18. http://jnjikita.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  19. http://www.uyulrosli.com/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  20. http://zafirahnazri.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  21. http://www.inanihazwani.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  22. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  23. http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  24. http://www.apekinah.com/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  25. http://zzzyy.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  26. http://thekaellaaaa.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  27. http://www.sayidahnapisah.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  28. https://mynameishafizah.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  29. http://www.adianiez.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  30. http://www.linliena.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  31. https://www.nurzariniismail.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  32. http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  33. http://www.efaothman.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  34. https://ladyinredplanner.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
  35. https://aenoyou.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-mei-ceritamak.html
  36. http://www.annursyuhadah.com/2018/04/segment-bloglist-mei-ceritamakcom.html
  37. http://www.bondezaidalifah.com/2018/04/segmen-bloglist-blog-ceritamak.html
Terima kasih sudi join. Happy blogwalking! 

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.
parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.
Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!
  • Soalan : AS menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke?
  • Jawapan : Pada tahun ini AS sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-6 (31 Mei 2012 - 31 Mei 2018)
Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^

PROGRAM CSR BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN

Program Baiti Jannati Wilayah Persekutuan
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Asnaf di bandar atau Miskin Bandar, istilahnya kelihatan janggal, namun itulah realiti sebahagian besar penduduk PPR di ibu kota, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada para penaja, Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan yang telah memberikan impak yang sangat besar kepada penerimanya sejak ianya dilancarkan.

Dilaksanakan dengan pendekatan strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2016, Program CSR Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Wilayah Persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Program bermakna "rumahku syurgaku" ini bertujuan memberi harapan, semangat di kalangan ahli keluarga, serta menyediakan rumah yang selamat dan selesa menjadi satu asas pembangunan serta keharmonian keluarga.
PROGRAM BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTU RAKYAT MISKIN DAN MEMERLUKAN
Secara amnya, para penerima dipilih berdasarkan kriteria miskin bandar iaitu orang kurang upaya, berpenyakit kronik, bapa /ibu dengan tanggungan anak ramai serta golongan susah yang tidak mampu membayar sewa. Kediaman tersebut siap diubah suai dan dibaik pulih serta dilengkapi perabot (set sofa, meja makan, almari pakaian, tilam, kabinet dapur) dan barangan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh serta TV.

Syarat-syarat Penerima Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Sebagai asas pemilihan, calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 5 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah, penagihan dadah, gila dan sebagainya.
  • Tidak mempunyai rumah atau tanah di Wilayah Persekutuan.
  • Diberi keutamaan kepada warga emas, OKU, ibu/bapa tunggal dan penghidap penyakit kronik.

Pemilihan dan Saringan
Keutamaan peserta Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan terdiri daripada penyewa-penyewa rumah PPR MTEN dan PA DBKL mengikut pendapatan isi rumah per kapita seperti berikut:

  1. Pemilihan Penerima dilaksanakan melalui bancian secara telus dengan melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Bagi golongan asnaf, pemilihan penerima dilaksanakan melalui bancian dengan melibatkan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Syarat-syarat dan Moratorium dikenakan kepada penerima bagi mengelakkan penerima menjual rumah yang diterima.
  4. Perjanjian jual beli dan pindahan hak milik diantara DBKL dan individu penama disediakan.

PERLAKSANAAN BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanan utama Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah membaik pulih serta menaiktaraf infrastruktur rumah-rumah asnaf untuk memberikan suasana yang lebih kondusif kepada keluarga tersebut. Setiap rumah berkenaan dibaik pulih semula termasuklah aspek pendawaian elektrik, penggantian kipas dan lampu di setiap bilik dan ruang tamu, mengecat keseluruhan rumah dan pemasangan laminated floor. Perabot-perabot asas yang baru seperti sofa, tilam, katil, meja makan dan kabinet dapur serta barangan elektrik seperti telivisyen, mesin basuh dan peti ais turut dilengkapkan. Anggaran kos purata bagi menjayakan program ini yang merangkumi kos rumah, kos baik pulih dan barangan elektrik adalah di antara RM65000 – RM70000 seunit.

Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan kerjasama pihak TNB dan DBKL kepada 23 penerima yang beragama Islam sahaja kerana wang yang digunakan adalah dari wang zakat TNB. Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperluaskan program ini agar dapat diberi kepada kaum-kaum yang bukan beragama Islam juga. Selepas itu adalah pada 15 Oktober 2017 kepada 10 keluarga komuniti India sebagai hadiah sempena menyambut Hari Deepavali yang lalu. Kementerian telah mensasarkan sebanyak 200 unit dapat diserahkan kepada penerima sepanjang tahun 2017. Sehingga hari ini, Kementerian telah menyerahkan 34 buah rumah kepada penerima yang layak. Pada
9 November 2017, sejumlah 12 unit rumah lagi akan dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Muhammad V kepada peserta terpilih.
Sultan Muhammad V menyerahkan kunci kepada 12 penerima bantuan PPR dan PA di perumahan Desa Rejang pada 9 Nov 2017

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan juga telah diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 baru-baru ini. 10 keluarga di Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima sumbangan bernilai RM15,000.00 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja baik pulih dan pembelian kelengkapan asas rumah. Pada hari ini, tambahan 56 lagi keluarga akan menerima unit rumah Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, 8 daripadanya adalah terdiri daripada masyarakat cina.Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang masih lagi merasaikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Sehingga kini, 113 unit kediaman telah diserahkan di bawah program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan ini.
Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, menyampaikan khabar gembira tajaan baikpulih rumah berjumlah RM15,000 kepada salah sebuah keluarga yang menerima bantuan.

RAKAN KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanaan Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan setakat ini imendapat sokongan dari rakan kerjasama strategik yang telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan. Antara rakan kerja strategik Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ialah:

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). 

Selain itu, organisasi korporat yang turut menyumbang di dalam program ini adalah:

Tenaga Nasional Berhad (TNB), CELCOM, JL99 Group, Mah Sing Group, Aset Kayamas, Maju Holding Sdn. Bhd., Ekovest Group, Malton Berhad, Pavillion Kuala Lumpur,Maxim Sdn. Bhd, WCT Berhad dan Yayasan Al-Mansooriah serta Yayasan Albukhary. 

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan dapat dilihat sebagai satu penyelesaian dalam membantu dan menangani kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kita tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus deras pembangunan dan pemodenan bandar. Saya harap usaha murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak syarikat akan tampil untuk bekerjasama dengan pihak kementerian menerusi program ini yang dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada golongan yang memerlukan.

Friday, April 27, 2018

Kulit Cantik dengan Sista Stardust Berries Rose ;)

Sista Stardust Berries Rose: Honest Review| Salam and Hi. If y'all follow Mak on FB or Insta, sejak bulan lepas Mak jarang up selfie sebab the truth is for the last two months, muka Mak naik breakout kecil-kecil, and tangan Mak gatal sangat nak picit-picit all those pesky pimples especially yang dekat dahi. Kesudahannya, tinggallah parut durjana yang hanya mampu ditangisi.

So, when one of my friends recommend Mak consume this supplement "Sista Stardust Berries Rose", and Mak pun ada baca good review about this product; I said why not? (KKM 180717/08/227)
sista stardust berries rose
BERRIES ROSE BY SISTA STARDUST
Berries Rose adalah makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten No.3818483 yang mana mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, Jeragat atau Bintik hitam dan pelbagai lagi.

Sesuai Untuk Yang Ada ALAHAN Makanan Laut

KEBAIKAN BERRIES ROSE BY SISTA STARDUST
  • Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
  • Menghalang pembentukan black head dan white head
  • Membantu mngurangkan masalah jerawat dan jeragat
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi masalah liang pori terbuka
  • Menjadikan kulit lebih lembab
  • Membaiki tona kulit tidak sekata
  • Sesuai untuk masalah kulit sensitif
  • Menyihatkan penglihatan mata
Cara Pengambilan
Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.

Pemakanan Yang Dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur.

Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan

Ramuan: Fructose, Serbuk Jus Oren, Maltdextrin, Citric Asid, Acacia Gum, Tricalcium Phosphate, Perisa Strawberry, Ekstrak Buah Camu-Camu, Pewarna Strawberry, Ekstrak Biji Anggur, Serbuk Jus Campuran Buah Beri (Blueberi, Strawberi, Rasberi Anggur, Cranberi, Plum), Serbuk Jus Acrola, Sodium Ascrobic (VIT C), Ekstrak Kelopak Bunga Rose

Harga: RM150 untuk 60 hari

Yup, you read it right. Hanya RM150 for 60 days supply. Jadi mesti awak tertanya-tanya, berkesan tak? Kulit jadi cantik tak? Well, you can see it for yourself ;)
Cepat zoom laju-laju, ada tak bekas jerawat dekat dahi? Tak ada! Yes, dah tak perlu selfie separuh muka tak nampak dahi serta "jaga lighting" or filter ;) Kulit pun rasa lembut, lembab dan tona lebih sekata macam iklan.

Cuma part pori kembang kuncup dengan putih 1 badan tu belum lagilah. Mak pun bukan putih sangat, kulit coklat-coklat wanita melayu terakhir gitu. Cukuplah kulit cerah penuh bercahaya keimanan kan? OK, that's all for today. Mak syorkan awak try this supplement untuk kulit kekal cantik (macam Mak)

Untuk maklumat lanjut:

www.sistastardust.com
03 8964 5759 / 011 1611 0369
sista88stardust@gmail.com
No.8, Jalan Balakong Jaya 6,
Taman Perindustrian Balakong Jaya,
43300 Balakong Jaya, Selangor

Till then, TGIF! Have a happy weekend.

Wednesday, April 25, 2018

Segmen Bloglist by Zati

Hi, guys. Click above banner to join ;)

Tuesday, April 24, 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Salam. Mak join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 by Hasrul Hassan. Segmen ini akan berlangsung bermula dari 24 April hingga 29 April 2018. Jadinya, ada tempoh selama 5 hari untuk rakan blogger menyertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini. Kalau nak join, klik banner di atas OK?

Aktiviti Yang Dilakukan Sepanjang Ramadan
Ramadan is the best month of the year untuk beramal and all. Setiap tahun atau setiap kali Ramadan, Mak akan usaha:

1. Khatam 1 Al-Quran sekali, or twice.
2. Luangkan masa ke masjid untuk Tarawih.
3. Kurangkan makan semasa berbuka.
4. Kurangkan berbelanja semasa ke bazar, or tak payah pergi.
5. Kerja lebih kuat, menderma lebih banyak bulan ni ;)

OK, semoga Ramadan kali ini penuh makna. Amin.

Monday, April 23, 2018

Parenthood dan Crowd Control

Adam (5 yo), Iman (4yo), Fateh (2yo) and Baby Yusuf (2 mo)
Sebenarnya ni cerita bulan lepas, Mak ada post dekat FB juga. Tapi Mak up dekat sini untuk kenangan ;) 

Every month Mak memang sentiasa akan plan "getaway" dengan anak-anak. Kalau tak ada budget pun, Mak kena usaha juga. HAHAHA. 

Ada je aktiviti luar yang tak perlu wang ringgit. Mak memang selalu bawa bebudak ni pergi playground tapi ini adalah untuk bagi diorang pergi jauh sikit and bagi pendedahan awal tengok dunia. Nak travel jauh-jauh, Mak surrender awal. Belum boleh lagi. Plus Mak want to make them extra happy, dan "mencuci" dosa-dosa yang Mak TERbuat dekat diorang; like macam termarah ke, tercubit ke, tertinggi suara ke, TER"absent parenting" ke. Sebab Mak rasa all those things tak cukup dengan maaf. 

I'm not a perfect mom after all. But I do try to be one. Semua parent pun macam tu kan. So I took all the penat lelah as my "punishment" melayan kerenah diorang ni dekat public. Tuhan je tahu betapa gigihnya Mak "Crowd Control". Boleh ke macam tu?

MAK PERLU CHEAT CODE UNTUK EXTRA ENERGY, MONEY DAN POWER!
.
Start with FanPekka lepas tu makan KFC, separuh jalan movie Pasific Rim, yes half! sebab Adam insist nak keluar even sebenarnya dia yang nak tgok movie robot tu *facepalm* then pergi IKEA dan apa-apa in between with semua baby memang semput gila sangat! Dengan Adam+Iman suka berlari bergurau tak kena tempat. Fateh dengan syndrome two-nagers ni. Adoi. Nasib baik yusuf relax je tidur lepak-lepak dalam carrier. Serius, rasa nak naik hijau, but mak ain't got energy for that anymore~
.
At the end of the day, drive back I ask Adam, Iman, Fateh dan Yusuf; Awak semua seronok? Diorang cakap diorang HAPPY and give me that lovely cheeky smile

OK. Somehow it really relieving and watch them laugh make me "lit" inside. I'm happy too. Jadi marilah kita balik boyfriends ibu.Yes, ibu sayang korang semua sambil tarik nafas dan hembus.

Jadi bulan ni kita nak pergi mana pulak? ;)

Saturday, April 21, 2018

SPM Result Giveaway

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.

Friday, April 20, 2018

THE POWER OF DOA | FORMULA DOA

cara berdoa adab berdoa
Salam Jumaat. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah Al-Ghafir, Ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk," Surah Al-Baqarah, Ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Jadi hari ini, Mak nak kongsikan Formula Doa yang Mak amalkan. Semoga bermanfaat.

*#FORMULA_1*

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

*#FORMULA_KE_2*

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

*#FORMULA_KE_3*

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

*#FORMULA_KE_4*

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah.

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah.

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku,"

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

*#FORMULA_KE_5*

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

*#FORMULA_KE_6*

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Jadi marilah bersama-sama kita tukar cara kita berdoa. Semoga readers blog Mak yang membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya. InsyaAllah.

Wednesday, April 18, 2018

Lirik Lagu Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | I'm a fan of Dayang Nurfaizah. Semua lagu dia menusuk jiwa; dan Hael Husaini, lagu Jampi dia memang Mak ulang banyak-banyak kali. Then when I saw their first song together; HARAM on youtube today *kaboom* now it's on my playlist, Mak repeat over and over again. Dedicate to all of you #KitaSajaTahu ;)
lirik lagu haram hael husaini dan dayang nurfaizah
Lirik Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong
Youtube: Video

(Hael Husaini)
Selalu salah salah salah aku
Memilih cinta aku dulu
Mati rasa aku

Dan benar benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku

Rahsiakan cinta ini
Biar tersimpan hingga sampai
Akhir nanti

Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu

Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu

Kita saja tahu....

(Dayang Nurfaizah)
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku

Rahsiakan cinta ini
Biar tersimpan hingga sampai
Akhir nanti

(Hael Husaini & Dayang Nurfaizah)
Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu

Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu

Kan ku haramkan hati
Selain diri ini
Hoo.. hoo.. hooo.. hooo
Hanya kita berdua

Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu

Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu

Kita saja tahu
Kita saja tahu

P/S : Credit Image to Rafzan Tomomi ;)

Monday, April 16, 2018

SDS | Let's Get Messy with Messy Bun!

SDS Let's Get Messy with Messy Bun | Brace yourself~ Messy Bun/Dirty Bread is now in Malaysia! Mak dah try, memang sedap and super-messy ;)
sds messy bun
#1st Round
#2nd Round
Even my kids love it so much. Guess we need to go for another round right? ;) (and more extra clothes, and wipes)

SDS Messy Bun
  • Chocolate croissant with chocolate filling, coated with chocolate ganache and cocoa powder
  • Originated from Korea since early 2017
  • Become popular in Korea, China, Taiwan, and Malaysia recently. Celebrities, influencers, public and kids are crazy for its deliciousness of it, and posted photos of messy look when eating the bun.
  • Why is it “Messy”: Cocoa powder will easily leave stain on face, while chocolate ganache causing teeth dirty. The person eating the bun will look “Messy” in the end.
  • You can eat any way you like as long as it gets messy.
Now you can get for yourself at any SDS Outlets (Click here for SDS Outlets list) for RM5.80 each. For more info, visit SDS Bakery & Cafe website or their social media (Facebook and Instagram)

#sdsgroups #ilovesds #messybun #LetsGetMessy

Masalah dan Solusi Broken Link

Mak ada tons of Broken Link last time. Mak dah slow-slow buang and currently blog mak dah "bersih" sikit. FYI; Broken Link ni adalah mana-mana link dalam blog kita yang dah tak ada. Kalau klik link tu, it leads to PAGE NOT FOUND atau 404 NOT FOUND. So here it is, Mak explain bout this culprit link seringkas mungkin ;)
solution broken link
KENAPA BLOG KITA ADA BROKEN LINK?
Seperti yang Mak jelaskan, broken link ialah link yang dah literally mati dan tak valid. Jadi, punca ianya berlaku ialah:
URL yang dituju sudah berubah atau telah diganti.
URL yang dituju sudah dihapus.

KEBURUKAN BROKEN LINK
Mempengaruhi Pagerank dan Pengindeksan blog through SEARCH ENGINE.
Menurunkan kualiti SEO blog.
Jika terlalu banyak broken link, dikhuatiri blog kita dianggap SPAM oleh SEARCH ENGINE.
Impak negatif pada pengunjung, (klik-klik tak ada info, pfft~)

CARA MENGESAN BROKEN LINK
Ada beberapa cara untuk untuk mengesan broken link dalam blog and Mak nak share cara paling mudah. Caranya:

Pergi ke laman sesawang Online Broken Link Checker. Masukkan alamat blog anda dan klik "Find Broken Links"
broken link solution
It tooks time, to scan all the link. Jadi kena tunggu sekejap sampailah siap ;)

SOLUSI BROKEN LINK: BAGAIMANA NAK DELETE BROKEN LINK?
Senang je nak buang sebenarnya. Yang buat susah tu sebab kalau tak pernah "buang", berjela panjang linknya. First time Mak buat scan punyalah banyak sampai ribu-ribu. Jenuh juga mak delete satu-satu. Jadi ini cara nak buang broken link dengan mudah.
broken link solution
Bila dah siap scan, akan keluar list macam atas ni.

Contoh nak buang broken link No. 2 tu : https://www.instagram.com/ciksuzlin (Please note that Mak dah tukar URL Instagram Mak, sebab tu link tu dah tak valid or broken)

Copy broken link bulat-bulat then klik url under tab Page where found tu. (url tu menunjukkan lokasi di mana broken link anda berada)

Bila page dah keluar, right click mouse dekat mana-mana and klik inspect. Tekan Ctrl + F and Ctrl + V > Enter

Dia akan highlightkan mana lokasi link dekat page tu; samaada dekat entri, dekat komen, dekat sidebar.  (Boleh klik pic dekat bawah untuk lebih jelas)
broken link problem
Macam yang Mak punya ni dekat entri. Jadi Mak edit semula entry tu, masukkan link Instgram baru. Kalau memang link tu definitely tak ada, edit entry dan remove je link tu. Kalau ada broken link dekat komen, awak delete forever komen tu. Senang kan?

OK that's all. Jangan lupa check selalu ya broken link ni. Kalau awak still pening lagi, boleh ajukan soalan dekat socmed Mak, link ada dekat sidebar ;) Till then, Salam.

Sunday, April 15, 2018

Invitation: SDS Long Loaf Challenge 2018

You are all invited to witness another SDS event #LongLoafChallenge 2018 with Malaysia Champion Eater Rainbow Kumi 汤美凤 VS other 9 contestants on 17th April, 1pm-3pm at SDS, Paradigm Mall.
SDS long loaf challenge
"I DARE YOU"
#FinishWithin16Minutes #FreeMealForChampion

For more info, visit SDS Groups on Facebook ;) Till then, happy weekend.

Segmen Bloglist Mei #CeritaMak

segmen bloglist 2018
Jom join segmen bloglist mak yang pertama pada tahun ini. Caranya:
  1. Like Blog #CeritaMak di Facebook dan Instagram @ceritamak.
  2. Buat 1 entri yang bertajuk "Segmen Bloglist Blog #CeritaMak" dan letakkan banner di atas berserta backlink ke entri ini (dan letak blog Mak dalam bloglist anda juga)
  3. Jangan lupa letak URL penyertaan anda di ruang komen.
Tempoh terima link penyertaan sehingga 30 April 2018, 8 malam. SEMUA blog peserta akan dimasukkan ke Bloglist Mei blog #CeritaMak selama sebulan bermula 1 Mei 2018. Till then, Salam ;)

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN “RAMADHAN BOX” ANJURAN SELAT TEBRAU BABYWEARERS

Salam dan hi there. Sekejap je masa berlalu, tak lama lagi je dah bulan puasa. Hari ni Mak nak share platform di mana readers boleh salurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan Ramadan ini.
PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN “RAMADHAN BOX” ANJURAN SELAT TEBRAU BABYWEARERS
PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN “RAMADHAN BOX” ANJURAN SELAT TEBRAU BABYWEARERS
Sumbangan kepada golongan asnaf dan fakir miskin Johor.

Pihak STB mengalu-alukam sumbangan wag tunai yang aka dikumpulkan bagi diagih kepada pihak berkenaan ke akaun:

INTAN NORDIANA BINTI AHMAD
311140414287
Ref: RB2018
Email: selattebraubabywearers@gmail.com
Tarikh Sumbangan: 28 Mei 2018

Aktiviti sempena Ramadhan Box:
Bowling Amal Ramadhan Box
Jualan alatan gendong
Travelling alatan gendong
Jualan item bukan berkaitan alatan gendong (makanan, sayuran, cenderamata)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Norina | 012-299 4647
Puan Jannah | 012-950 0084

Till then, Salam and have a plesant weekend!

“Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa”

Mak sebenarnya tengah berkira-kira nak buat segmen untuk bloglist bulan Mei, tapi belum ada idea nak buat banner lagi. Jadi sebelum tu, Mak join lah segmen blogger dulu ;) Nak join klik je above banner ok?

“Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa”

Salam and Hi. Mak join GA kawan baru~ Boleh menang dUCk tau ;) Nak join sama-sama boleh click above banner for more info.

P/S: Blog Siqahiqa minimalist, tersusun, pink, sedap mata memandang. Paling best pic flat lay semua cantik-cantik. Mak kena banyak belajar dari Siqa ni ;)

Saturday, April 14, 2018

8coin | Cara Jana Pendapatan dan Ganjaran di Media Sosial

Pernah dengar tentang 8share? Sekarang 8share dah diberi nafas baru; 8coin. Dimana ianya adalah satu platform menjana duit dengan hanya berkongsi artikel di media sosial anda atau melakukan tugasan mudah seperti scan QR code, posting a photo.
cara buat duit online 8coin
Tentang 8coin
✔ Mempunyai komuniti melebihi 770,000 pengguna media sosial di seluruh Malaysia.
✔ Merupakan kelab ganjaran peribadi bagi pengguna media sosial mendapatkan barangan percuma dan menjana pendapatan tambahan
✔ Pengguna boleh pilih untuk mendapat ganjaran wang tunai atau pun menebus pelbagai ganjaran menarik
✔ Antara ganjaran yang ada di 8coin seperti KFC vouchers, Starbucks card, H&M gift card dan macam-macam lagi ATAU anda boleh cash out 8coin anda ;) (1000 8coin = RM10)
✔ Membolehkan pengguna menjadi yang pertama untuk berkongsi info atau artikel kepada rakan-rakan atau keluarga melalui media sosial.
✔ Menjadi platform untuk para peniaga mempromosikan jenama mereka kepada media sosial

Dapatkan 100 points percuma bila anda mendaftar. Link: Daftar di sini ;) If there's any question, you can head up to my socmed. Till then, have a pleasant days ahead!

Friday, April 13, 2018

Apps Al-Quran Paling Best dan Senang Guna

Salam Jumaat. This will be my short entry on current Al-Quran apps that I use. Sebelum ni Mak pernah guna iQuran (lite), Mengaji dan Muslim Pro; guess Mak love this apps more than other ;)
Apps AlQuran Terbaik
Al- Quran Melayu oleh Andi Unpam (Link), 15MB

CIRI-CIRI AL-QURAN MELAYU
✔ Boleh tengok ayat by Surah/Juz
✔ Paparan Landscape/Portrait
✔ Tulisan boleh dikecilkan dan dibesarkan.
✔ Tema: Terang dan Gelap
✔ Rasm: Indopak dan Uthmani (Mak use Uthmani)
✔ Ada transliteration (Rumi) jadi yang tak kenal huruf pun boleh baca
✔ Terjemahan Ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu: Abdullah Muhammad Basmeih dan Tafsir Al Jalalain
✔ Terjemahan ayat boleh pilih word by word
✔ Boleh salin (copy), kongsi (share) dan penanda buku (bookmark)
✔ Ada penanda bacaan terakhir
✔ Audio MP3 Murottal 30 Juz yang terang dan jelas (Qari: Syaikh Hani Ar Rifai, Syaikh Mishary Rashid, Syaikh Fares Abbad, Syaikh Mahmud Khalil Al Husary, Syaikh Maher Al Muaiqly, Syaikh Saad Al-Ghamdi, Syaikh Muhammad Jebril and Syaikh Abdul Rahman Al-Sudais).
✔ Audio Manager, senang nak download dan delete through apps
✔ Lain- lain: Jadual Waktu Solat, Alarm Azan, Arah Kiblat, Kalendar Hijriah.
✔ Ad-Free Apps: Pay RM6.49 sekali sahaja. Boleh guna dekat semua device.

Yang menariknya, semua ciri-ciri tersedia online dan off-line. Kiranya kalau tak ada internet pun kita still boleh baca dan dengar bacaan murrotal yang kita dah muat turun. Ya, ada iklan pop-up. Developer need to monetize apps untuk bayar server and programmer after all. TAPI sebenarnya bab iklan tu, kalau kita off internet, tak keluar pun ads. Tapi Mak bayar je, sebab duit yang diterima tu 100% disalurkan kepada rumah anak yatim dan kebajikan. Bagus kan?

Banyak je Apps Al-Quran yang menarik, tapi ni satu-satunya without frills ;) Cuma kalau ada feature Highlighted Tajwid, pamjang pendek harkat, warna-warni some more it would be super power!

So that's it. Jangan lupa baca Al-Quran walaupun satu ayat satu hari. Perlu maintain OK? InsyaAllah. Till then, Salam.

Tuesday, April 10, 2018

Tarikh Penting serta Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14

Tarikh Penting serta Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 | Seperti yang telah diwar-warkan, tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum ke-14 adalah seperti berikut:

Tarikh Penamaan Calon: 28 April 2018 (Sabtu)
Tarik Mengundi Awal: 5 Mei 2018 (Sabtu)
Tarikh Mengundi: 9 Mei 2018 (Rabu)

Manifesto dari setiap parti bagi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Selamat membaca dan menilai. #PRU14

1) Barisan Nasional
https://goo.gl/2PcEQh

2) Gagasan Sejahtera (PAS)
https://goo.gl/BQNvF6

3) Pakatan Harapan
http://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf

4) Gabungan Kiri (Sosialis)
http://www.gabungankiri.org/manifesto.php?lang=bm

Selain itu, pada 9 Mei 2018 juga adalah cuti peristiwa khas bagi semua sekolah sempena pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 #PRU14

Harap maklum ;)

Monday, April 9, 2018

PRU 14 : Semakan Daftar Pemilih

Pilihan Raya Umum Ke-14 : Semakan Daftar Pemilih | Seperti yang kita sedia maklum, pembubaran parlimen telah dilakukan Jumaat lepas, 6hb April 2018 bagi membolehkan Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU14) diadakan dalam tempoh 60 hari. Jadi marilah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat dalam memilih teraju negara bagi 5 tahun akan datang.
pilihanraya umum malaysia
Bagi yang belum pernah mengundi/mendaftar, silalah mendaftar segera, manakala yang sudah pernah mengundi sebelum ini, semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) : https://pengundi.spr.gov.my/. Mak tengah baca manifesto-manisfesto parti ni ;) Till then, Salam.

Sunday, April 1, 2018

LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR: PERUMAHAN & PEMILIKAN TANAH DI JOHOR

LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR: PERUMAHAN & PEMILIKAN TANAH DI JOHOR | Berdasarkan Kad Laporan Pencapaian Johor, kita dapat melihat kejayaan perlaksaan inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan rumah mampu milik dan pemberian hak milik tanah kepada rakyat Johor. Bahkan ianya berada pada tahap yang membanggakan bilamana segala pencapaian melebihi apa yang telah dijanjikan pada 5 tahun lepas.

FOKUS KERAJAAN NEGERI
✔ Meningkatkan Penyediaan Perumahan dan Perumahan Mampu Milik
✔ Mengurniakan Hak Milik Tanah Kepada Rakyat
Pilihanraya Umum 13
STATUS PERLAKSANAAN AKUJANJI
✔ Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
✔ Menyelesaikan projek rumah terbengkalai
✔ Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
✔ Meneruskan Program Bantuan Perumahan
✔ Mengurniakan hakmilik tanah kepada peneroka Felda di Johor
Laporan Pencapaian Johor Perumahan Pemilikan Tanah
Tahniah kepada kerajaan negeri Johor atas semua pencapaian dan kami sebagai Rakyat Johor sangat bersyukur dengan usaha kerajaan dalam mensejahterakan rakyat. Semoga Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam mendengar suara hati kami. 

Untuk bacaan lanjut tentang pencapaian serta kejayaan Johor, muat turun kad laporan anda di laman sesawang Dekad Baharu Johor :  http://www.dekadbaharujohor.my dan kongsikan pendapat anda. 

#DekadBaharuJohor #TeamJohor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...