Lazada Malaysia

Thursday, May 31, 2018

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA | Berikut ialah siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia bekenaan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM)
tabung harapan malaysia
1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan. Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada Kerajaan bagi menangani isu tersebut.

2. Sehubungan ini, bagi membolehkan derma dan sumbangan tersebut diuruskan secara sistematik dan telus satu tabung amanah yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM) ditubuhkan dan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

3. Derma dan sumbangan yang boleh di hulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja . Sumbangan kepada THM boleh disalurkan melalui akaun Malayan Banking Berhad: 566010626452.

4. Bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.
YB Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Putrajaya
30 Mei 2018

Muat Turun Lampiran:
Siaran_Media_Tabung_Harapan_Malaysia.pdf

P/S: Tidak kira parti mana memerintah atau berapa banyak cukai yang kita bayar; inilah salah-satu cara untuk kita berbakti kepada bangsa dan negara. Mak sudah, anda?

Tuesday, May 29, 2018

PESERTA GIVEAWAY WISHLIST DOUDOU.MY X BLOG #CERITAMAK

Berikut adalah peserta GIVEAWAY WISHLIST DOUDOU.MY X BLOG #CERITAMAK:

1. http://www.apekinah.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

2. http://www.cekgunorazimah.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

3. http://www.mariafirdz.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

4. http://zzzyy.blogspot.my/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

5. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

6. http://www.mizatalib.com/2018/05/giveaway-wishlist-doudoumy-x-blog.html

7. http://adna2029.blogspot.my/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

8. https://z3tty.blogspot.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

9. http://www.sayidahnapisah.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

10. http://stnrsyfh.blogspot.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

11. http://zzzyy.blogspot.my/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak_20.html

12. http://tzeteacherdiva.blogspot.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

13. http://www.farhanajafri.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

14. http://www.mrspip.com/2018/05/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

15. http://penselduabee.blogspot.com/2018/05/giveaway-wishlist-doudoumy-x-blog.html

16. http://www.ciktie.com/2018/06/giveaway-wishlist-doudoumy-x-blog.html

17. https://www.kerasumbang.com/2018/06/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

18. http://www.syamimisaad.com/2018/06/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

19. http://www.mommyfiqa.com/2018/06/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

20. http://ftndiana.blogspot.com/2018/06/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

21. http://ejulz.blogspot.com/2018/06/giveaway-doudoumy-x-ceritamak.html

Banyak masa lagi ni, ajak kawan-kawan sanak saudara join OK? sambil cuci mata, sambil join GA Mak. Nak join boleh klik sini banner giveaway Mak di atas. Till then, Salam ;)

Sunday, May 27, 2018

LAZADA MALAYSIA: PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018

LAZADA MALAYSIA: PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018 | Semua orang tahu tentang Lazada Malaysia; platform di mana kita boleh dapatkan apa sahaja barang serta produk yang menarik! Jadi sempena bulan Ramadan yang barakah ni, Mak nak kongsi dengan awak tentang Promosi Baucer Buffet Ramadan murah hotel dan restaurant (diskaun sehingga 40% dari harga asal) yang awak boleh dapatkan di Lazada Malaysia. Yes, you are welcome ;)


Terdapat lebih 50 baucer yang ditawarkan dari pelbagai hotel yang menyediakan pelbagai aneka hidangan masakan melayu, arab, makanan barat, asian dan lain-lain bermula serendah RM10 dan pastinya semua dijamin HALAL

Berbaloi bukan? Bulan Puasa ni memang seronok jika bawa anak-anak menikmati buffet di hotel. Tak salah sekali-sekala "gantung kuali" kan? 

PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN DI LAZADA - (LINK)
Pembelian semudah 1-2-3. Layari laman sesawang Lazada: Promosi Baucer Buffer Ramadan Lazada Malaysia. Pilih baucer mana yang kita suka, add to chart dan checkout. Pembayaran boleh dilakukan secara perbankan online atau gunakan kad debit/kredit anda. Baucer akan dihantar melalui SMS atau email. Senang kan? Anda boleh juga beli baucer menggunakan apps Lazada yang boleh dimuat turun di Google Store.
Jadi dah decide nak berbuka di mana? Bayangkan kambing golek, susunan makanan yang banyak dan menyelerakan, pencuci mulut yang cukup manis; bahagian paling menarik? Makanlah sebanyak mana anda mampu ;) yang penting jangan membazir ya.

OK, sekarang korang dah tahu. Lepas ni senanglah, nak beli baucer pun di hujung hari dan tak perlu sedih kalau tertinggal "harga early-bird". Sebab confirm dapat murah di Lazada. Untuk maklumat lanjut,layari laman sesawang Lazada atau ikuti Lazada di Instagram dan Facebook. Till then, Salam ;)

Friday, May 25, 2018

Dengan Airasia, Kita Terbang!

Tahukah anda benda paling menarik tentang bercuti ni, ialah bercuti ketika orang semua sedang bekerja. Mak cadang nak bawa anak-anak bercuti jauh sedikit la lepas raya ni. Tapi nak ke mana? Nak keluar Malaysia, leceh, kena bawak passport bagai, roaming lagi. Local pun okay jugak. Kelantan. Penang. Sabah. Sarawak. Haa banyak jugak destinasi menarik kat Malaysia sebenarnya. Cuma malas nak drive. Jadi kalau tak naik bas, kena naik flight lah kan..bajet lagi.

Kalau sebut pasal flight dan jugak bajet, dalam kepala mesti akan ingat AirAsia. Confirm punya. Diorang ni memang dah takperlu lagi nak introduce dalam scene penerbangan kat Malaysia ni, memang dah terkenal sebagai syarikat tambang murah terbesar dalam Malaysia. Dahlah murah, diorang suka betul buat promotion, kejap kejap ada promotion sampai tak terkejar. Tapi sebenarnya AirAsia ni dah lama bertapak kat Malaysia. Diorang ni start tahun 1993 dan tiga tahun kemudian pada tahun 1996 baru bukak dan start operasi. Asalnya konglomerat DRB-HICOM yang bukak syarikat ni, tapi tak berapa untung sangat. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 2001, barulah Tony Fernandes beli AirAsia dengan harga satu ringgit sekali dengan hutang bernilai 40 juta ringgit. Tak masuk akal kan? Haa, tapi Tony Fernandes lagi bijak. Dalam masa setahun je, dia boleh buat AirAsia catat untung! Siap boleh launch route baru lagi dan potong Malaysia Airlines yang memang agak dominan la time tu. Memang beliau ada akal yang tersendiri, antara contohnya untuk boost jualan tiket, dia turunkan harga tiket kepada satu ringgit seorang! Luar biasa betul. Sesiapa yang dapat naik AirAsia awal-awal tu memang bertuah sungguhlah.
Kini, AirAsia berpangkalan di Kuala Lumpur dengan pejabat berdaftar di Petaling Jaya, dengan hab utamanya dekat klia2 yang baru dibukak yang juga merupakan lapangan terbang khas untuk penerbangan tambang murah. Dengan saiznya yang semakin besar, maka semakin banyak offer yang AirAsia boleh bagi. Bab local flight memang tak payah cakap, memang they got you covered. Ada banyak flight ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selaras dengan moto syarikat iaitu ‘Now Everyone Can Fly!’, memang AirAsia sudahpun berjaya membuat ramai rakyat Malaysia terbang ke luar dan dalam negara dengan harganya yang serius murah. Nak tahu berapa murah? Sampai diorang menang anugerah syarikat tambang murah SEMBILAN tahun berturut-turut! Gempak tak gempak beb.

Selain harga tiket, AirAsia ni ada banyak jugak manfaat lain. Kalau nak selesa sikit, nak bawak banyak barang sikit, diorang ada banyak pilihan untuk customize flight ikut suka korang, lagipun jadual penerbangan dia pun betul-betul frequent weh. Maknanya kalau banding dengan airline lain, AirAsia fly jauh lagi banyak. Kelebihan dia bagi pengguna ialah korang boleh plan betul-betul perjalanan korang. Lepastu sekarang kalau selalu naik flight dengan AirAsia atau ada beli barang dengan third-party merchant yang ada joint venture dengan AirAsia, korang boleh kumpul point dan mata ganjaran dekat kad loyalty BIG korang dan guna untuk claim flight bila point dah cukup. Kira memang berbaloilah fly dengan AirAsia ni.

Pada mulanya AirAsia cuma guna pesawat jenis Boeing 737-300, namun lepas beberapa tahun beroperasi dengan keuntungan, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani dengan syarikat pembuat kapal terbang Airbus untuk menaik taraf semua pesawatnya kepada jenis Airbus A320-200 yang mampu menampung lebih ramai penumpang. Jadi dengan upgrade ni, diorang boleh bawak lagi ramai orang pada satu kali trip. Deal asalnya nak ambil 200 buah pesawat, ini sahaja dah buatkan AirAsia menjadi pelanggan terbesar Airbus. Kemudian diorang tambah lagi 100 buah pesawat yang lebih besar untuk lapangan terbang yang lebih besar dan jauh. Bila tengok komitmen diorang untuk terus upgrade flight service dan bagi lagi banyak kepada customer, mesti rasa lagi rasa best nak terbang dengan AirAsia kan? Apa lagi, korang segera terjah website dan app AirAsia untuk check apa offer terkini dan seterusnya proceed untuk buat AirAsia malaysia booking untuk segala keperluan penerbangan domestik korang!

Saturday, May 19, 2018

EBOOK-KU | ISLAMIC IQ BOOK BY MOMMYHANA (SPECIAL EDITION)

EBOOK-KU ISLAMIC IQ BOOK BY MOMMYHANA (SPECIAL EDITION) | Tidak dinafikan seringkali kita melihat kanak-kanak seawal bayi didedahkan dengan penggunaan gadget dan televisyen malah ianya menjadi sudah menjadi satu kebiasaan.

Tahukah anda, gadget sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada anak-anak sebagai salah satu alternatif bahan bantuan pembelajaran?

Tahukah anda, pendedahan gadget dan televisyen pada usia seawal dua tahun adalah sangat berbahaya pada anak-anak?

Tahukah anda, anak-anak yang mendapat pendedahan dan penggunaan gadget terlalu awal tidak dapat mempelajari skil motoring dan kognitif tertentu dan melembabkan perkembangan minda dari segi sosial, emosi dan perkembangan tingkahlaku?

Tahukah anda, sebenarnya kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak perlu "screen time"?

Sebagai seorang ibu, perkara ini sangart membimbangkan. Tapi sejujurnya, ianya bukan mudah apatah lagi untuk menguruskan 4 superheroes sekaligus di zaman serba canggih semua di hujung jari. Jadi apakah usaha anda untuk kurangkan "screen time" anak-anak?

Hari ini Mak nak perkenalkan E-book Islamik pertama Malaysia dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) yang merangkumi semua asas pembelajaran dari sudut agama dan sahsiah diri. 

KESERONOKAN MEMBACA DAN MENYANYI BERSAMA ANAK-ANAK
Sebelum beri mak dah "bedah" habis buku ni. Dia ada dua bahagian; 9 muka surat wipe-clean di mana anak boleh menulis dan melukis berulang kali menggunakan marker (disediakan bersama buku) dan 9 muka surat interaktif. Adam, Iman dan Fateh teruja bila Mak cakap Mak belikan diorang "hadiah" and since then they keep playing with it over and over again. Lega hati Mak, jumpa juga Mak alternatif mudah yang tak memudaratkan anak Mak. Kurang rasa bersalah dalam diri. #PerfectMomSyndrome

Bersaiz besar siap pemegang, ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Tulisan dan lukisan dalam buku mudah dibaca. Suara pun jelas (ada butang volume). Arahan penggunaan senang difahami (dekat mukasurat belakang) dan ada 5 butang mudah. Paling best? Tahan lasak ;) dan bateri tahan lama. Setelah sebulan lebih belum lagi mak tukar baterinya even hari-hari anak Mak baca buku ni.

Ada nursery rhymes, ada zikir dan ada doa serta kuiz interaktif. Memang sesuai sangat jadi alat bantu mengajar untuk anak-anak kita. Pelaburan yang berbaloi terutamanya untuk persediaan anak ke peringkat tadika. Anak-anak pun seronok.
ebooku islamic iq book mommy hana
KENAPA PELU ADA EBOOK-KU ISLAMIC IQ BOOK BY MOMMYHANA (SPECIAL EDITION)?
✔ Dapat mengurangkan ketagihan smartphone/ipad utk kanak2.
✔ Mengelakkan kerosakan mata pada kanak-kanak.
✔ Boleh menarik minat dan fokus anak-anak untuk belajar lebih tekun.
✔ Memupuk rasa minat terhadap buku.
✔ Melatih anak supaya lebih cepat bercakap.
✔ Merangsang daya pemikiran anak.
✔ Menguji tahap pendengaran dan fokus anak.
✔ Masa lapang digunakan dengan aktiviti berfaedah.
✔ Anak boleh belajar solat dengan mudah.
✔ Boleh menguatkan daya ingatan dan hafalan bagi kanak-kanak.

eBook-Ku Islamic Special Edition ini sesuai untuk anak kecil seawal 6 bulan dengan bimbingan Belajar.

KANDUNGAN EBOOK-KU ISLAMIC IQ BOOK BY MOMMYHANA (SPECIAL EDITION)
EBOOK-KU ISLAMIC IQ BOOK BY MOMMYHANA (SPECIAL EDITION) mempunyai 20 muka surat dan anak-anak dapat belajar:
✔ Mengenal ABC
✔ Mengenal Haiwan dan bunyi haiwan
✔ Mengenal buah-buahan
✔ Mengenal kenderaan dan bunyi
✔ Mengenal nombor
✔ Mengenal tumbuhan
✔ Mengenal sayur-sayuran
✔ Mengenal warna
✔ Mengenal bentuk
✔ Mengenal jenis sukan
✔ Belajar mengenai rukun islam dan rukun iman
✔ Belajar mengenai masa
✔ Mengenal cara berwuduk
✔ Belajar rukun solat
✔ Mengenal doa-doa harian
✔ Mengandungi surah lazim, asma ul husna dan doa dhuha

Setiap EBOOK-KU | ISLAMIC IQ BOOK BY MOMMYHANA (SPECIAL EDITION) disertakan dengan:
Pen Marker
Dummy Stylus Pen
Battery AA x 3pcs
Warranty 1 month

HARGA PROMOSI: RM69 (Harga Asal: RM99)

Jadi macam mana? Dapatkan 1 untuk anak anda hari ini. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Aisyah Nadirah di 013-3672152 dan ikuti Ebookku Islamic IQ Book For Kids di Facebook (link) dan Instagram (link). Till then, Salam.

Wednesday, May 16, 2018

SAH: GST DIHAPUSKAN BERKUATKUASA 1 JUN 2018

SAH: GST DIHAPUSKAN BERKUATKUASA 1 JUN 2018 | Alhamdulillah. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST - Goods and Services Tax) akan dihapuskan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 bulan hadapan.
GST HAPUS
(Sumber: FB Kementerian Kewangan Malaysia)

Tahniah kerajaan Malaysia baru atas tindakan pantas dalam memastikan setiap janji kepada rakyat ditepati. Terima kasih.

Monday, May 14, 2018

PALSU: PEMANSUHAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

PALSU : SIARAN MEDIA

Pemansuhan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan Bermula 1 Jun 2018.
(Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia)

Mohon sebarkan.

Thursday, May 10, 2018

MANIFESTO KERAJAAN PAKATAN HARAPAN 2018

manifesto kerajaan pakatan harapan
MANIFESTO KERAJAAN PAKATAN HARAPAN 2018 | Manifesto kerajaan Pakatan Harapan dapat dimuat turun melalui link ini: Manifesto Pakatan Harapan.

STRUKTUR PAKATAN HARAPAN JOHOR DIBENTUK
pakatan harapan johor
JOHOR BAHARU – Pakatan Harapan (PH) terus mara dengan pengumuman penubuhan struktur PH Negeri Johor selepas mesyuarat pertama gerakan pembangkang itu dalam membentuk jawatankuasa bagi membuat gerakan menakluki negeri ini.

Muhyiddin dalam ucapannya telah mengumumkan struktur kepimpinan PH negeri seperti berikut :

PENGERUSI :-
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (PPBM)

TIMBALAN PENGERUSI :-
YB HAJI AMINOLHUDA HAJI HASSAN (AMANAH)
YB DR SHAHRUDDIN SALLEH (PPBM)
YB LIEW CHIN TONG (DAP)
HASSAN KARIM (PKR)

SETIAUSAHA :-
DATO HAJI OSMAN SAPIAN (PPBM)

BENDAHARI :-
YB GAN PECK CHENG (DAP)

PENGARAH PILIHANRAYA PH JOHOR :-
HAJI SALAHUDDIN AYUB (AMANAH)

TIMBALAN :-
IR HAJI NASSIR HASHIM (PPBM)

BIRO PENERANGAN DAN MOBILISASI :-
SUHAIZAN KAIAT (AMANAH)

TIMBALAN :-
SHEIKH OMAR ALI (DAP)

BIRO TAWARAN DAN DASAR :-
DR. S. RAMAKRISHNAN (DAP)

TIMBALAN :-
TN HAJI DZULKEFLY AHMAD (AMANAH)

BIRO PERPADUAN :-
MOHD KHUZZAN ABU BAKAR (PKR)

TIMBALAN :-
IR HAJI KHAIRUDDIN A RAHIM (AMANAH)

BIRO GUAMAN :-
YB JIMMY PUAH (PKR)

BIRO EKONOMI :-
HAJI MAZLAN BUJANG (PPBM)
MR. MURUGAN @ RONNIE (PKR)

Menurut Muhyiddin lagi, lantikkan yang dibuat ini adalah bertujuan untuk mengembleng tenaga ke arah sebuah gerakan yang akan menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri Johor ini.

“Kita telah merangka beberapa gerak kerja yang akan menghala ke arah pilihanraya serta kami telah mengenal pasti beberapa kerusi yang mampu atau strategik untuk digerakkan bagi menghadapi UMNO BN.

“Mulai pada hari ini, segala gerak kerja akan dijayakan daripada pembabitan semua parti komponen PH Johor dan tidak ada lagi parti komponen yang bergerak secara sendirian dalam menghadapi apa saja isu yang berbangkit,” Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap semasa sidang media.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat PH Johor yang bermula sekitar jam 11:00 pagi itu telah dihadiri dari semua wakil parti komponen PH negeri Johor -Amni Jagat

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Pakatan Harapan Rakyat: Website Pakatan Harapan Rakyat

Wednesday, May 9, 2018

LIVE: KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14

keputusan pilihan raya general election PRU14 malaysia
LIVE: KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14 / 14TH GENERAL ELECTION MALAYSIA RESULT 2018 | Berikut laman sesawang yang menyediakan live feed keputusan PRU14/GE14:

http://live.malaysiakini.com/ge14/en/

http://live.undi.info/

https://live.kinitv.com/

https://www.thestar.com.my/ge14/

http://ge14.says.com/

http://hotspot.com.my/election2018/

https://www.myundi.com.my/live

Tuesday, May 8, 2018

DONATION | RAMADHAN 4 SYRIA 5.0

sumbangan ramadhan untuk syria
DONATION: RAMADHAN 4 SYRIA 5.0 | Tahukah kalian, tahun ini merupakan tahun ke-7 rakyat Syria menyambut Ramadhan di dalam suasana perang. Malah derita mereka dibom saban hari masih sama sejak hari pertama mereka diuji. Tidak berkurang sedikitpun.

Malah baru-baru ini, rejim menggunakan bom yang mengandungi kimia untuk membunuh anak-anak kita di sana secara senyap.

Syria mungkin perlahan-lahan dilupakan. Namun untuk kita yang sentiasa mengikuti berita tentang mereka, Syria tetap di hati.

Sejak tahun 2013, Cinta Syria Malaysia bergerak membantu saudara kita ini yang berada di Jordan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Manakala tahun lepas, kami bawakan sedikit kelainan dengan menghantar bantuan terus kepada rakyat Syria di dalam dan pelarian Syria yang berada di Turki.

Kali ini, Noh Salleh, Mizz Nina, PU Rahmat dan saya sendiri akan bersama keluarga Cinta Syria Malaysia ke Turki menyampaikan bantuan.

Malah jika diizinkan Allah, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka.

Ya, misi ini bahaya. Namun menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama.

CSM menyasarkan RM 500,000 bagi misi Ramadhan For Syria kali ini.

Sasaran : RM 500,000
1 tajaan : RM100 (5,000 Tajaan diperlukan)

Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983

Emailkan detail sumbangan ke: acc.tsdbj@gmail.com

ATAU

Sumbangan secara atas talian di - https://www.billplz.com/Ramadhan4Syria

Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama Unit Fundraising kami di +60111002 5116 (Luthfi)

TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 25 Mei 2018.

MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE MENGENAI PROGRAM INI YA.

Monday, May 7, 2018

GIVEAWAY WISHLIST DOUDOU.MY X BLOG #CERITAMAK

Salam dan Hi. Dengan sukacitanya, Mak menjemput anda semua menyertai giveaway kolaborasi antara DouDou.my dan blog #CeritaMak.
Cara-caranya:
  • Follow Blog #CeritaMak (widget followers on right sidebar) and #CeritaMak on Social Media; (Facebook, Google+, Twitter and Instagram)
  • Follow DouDou.my on Facebook dan Instagram.
  • Buat entri bertajuk "Giveaway DouDou.my X #CeritaMak" (with above banners and backlink) and tell me what you wish to buy from DouDou.my website if you have RM50 vouchers.
  • Publish and share your entry on Facebook with #GiveawayMakLin and #DouDouMy hashtag
  • Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen ;)
Hadiah:
Seramai 8 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan Doudou.My - RM50 untuk 3 pemenang dan RM30 untuk 5 pemenang.

Senang kan? Tarikh tutup penyertaan 5th June 2018, 8 malam. Good luck!

Friday, May 4, 2018

Berjaya Waterfront Johor Bahru Ramadan Preview: Warisan Sajian Ibunda

WARISAN SAJIAN IBUNDA: Berjaya Waterfront Johor Bahru Ramadan Preview | Gather and bond over a vibrant spread of cuisine with your family and friends. Indulge with all you can eat buffet during this coming Ramadan at Berjaya Waterfront Johor Bahru with an affordable price of RM88 nett. While children RM44 nett (5-11 years old, FREE for kids below 5 years old) 

During the holy month in the Islamic calender known as Ramadan, Berjaya Waterfront Johor Bahru invites you with your family and friends to partake in the celebrations. Due to the overwhelming response they received last year, this year we will berbuka puasa in style and grandeur which will be held at the Grand Ballroom, Level 6 with a ‘Warisan Sajian Ibunda’ theme setting and with rustic wooden stalls, an enormous grilling station and a whole lamb on a spit roast, the entire kampung experience is made complete with a some performances on stage to entertain diners.
HIGHLIGHTS: Authentic local dishes from our chef’s home-grown recipe. Signature dishes featuring dishes featuring soup gear box, gulai kawah, baked “Jenahak” fish, kabsah, Bukhara rice and traditional style cooking stalls.

Signature dishes – Soup Gear Box and Kambing Golek with other 200 varieties of mouth-watering authentic local dishes such as kerabu ulam kampung, otak-otak, sate, daging bakar, ikan sumbat, gulai ayam kampung, lemang, ketupat and many more.

Lively melodies of malay traditional music will be performed like Ghazal, Zapin and Kuda Kepang throughout the Ramadan month.
EARLY BIRD SPECIAL
 MYR50.00nett per adult (17 May – 23 May 2018) ​MYR66.00 nett per adult (24 May – 13 June 2018) ​
*Confirm booking before 23 May 2018

AVAILABLE: 17 May – 13 June 2018
VENUE: Grand Ballroom, Level 6
TIME: 6:30pm – 10:00pm

MYR88.00 nett (Normal price)

So, lets gather family and friends to be part of this sensational buka puasa buffet from 17 May – 13 June 2018.

Please do your early reservation and see you all there ;) Till then, Salam.

Thursday, May 3, 2018

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah | Dari dulu lagi, lagu-lagu Dayang Nurfaizah memang tak pernah menghampakan; melankolik dan menusuk jiwa. Boleh mengalir air mata Mak. Walaupun lagu Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah lagu lama, Mak nak tampal juga dekat sini ;)
separuh matiku bercinta lirik
Ciptaan: Ajai
Album: Dayang Nurfaizah

Kesepian hening malam
Bawah sang bulan menemani
Kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
Menitis air mataku
Ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Di mana perginya setia
Ke mana hilang katamu
Akulah dinamakan kekasih
Hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
Ke mana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh matiku bercinta

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau milikku
Hilang semua manisnya cinta

P/S: Cinta tak seindah mimpi.

Cahaya Raya Bersama Shopee | Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Sepanjang Kempen Cahaya Raya Shopee
Kaji Selidik Cahaya Raya Berkongsi Tentang Tabiat Membeli-belah Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2018 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%. Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Berikut merupakan antara maklumat menarik hasil daripada kaji selidik tersebut:
Cahaya Raya Bersama Shopee
“Kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan hasil kaji selidik tersebut. Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah & Ruang Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung sempena Hari Raya untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang, kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan sempena kempen ini. Kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah
impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara elektronik
di Malaysia,” kata Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa.

Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller, Russell Taylors, Dettol dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei. Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan dilancarkan 5 kali sehari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Bermula 19 April, anda boleh meninjau sendiri antara koleksi daripada Kempen Cahaya Raya akan datang, layari:https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya- raya Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store dan Google Play.

Wednesday, May 2, 2018

Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma

KHIDMAT BANTUAN BAS SEKOLAH PERCUMA OLEH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP) DAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Peningkatan harga tambang bas sekolah di Kuala Lumpur semakin meningkat saban tahun akibat peningkatan kos bahan api. Jadi sebagai usaha mengurangkan beban rakyat, sejak awal tahun lalu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma kepada semua anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara. Alhamdulillah bantuan ini telah masuk tahun kedua bahkan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi operasi Bantuan Bas Sekolah Percuma di seluruh Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KEPADA PELAJAR SEKOLAH PPR/PA DBKL
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma PA
"Sebelum kerajaan memperkenalkan inisiatif ini, kami terpaksa membiayai kos pengangkutan seperti menyewa van sehingga mencecah RM300 sebulan untuk seorang anak. Jika dikira jumlah anak, itu sudah cukup menghimpit kami yang hanya mempunyai pendapatan bulanan yang sederhana,” - Rosmawati Azman, 35 (PA Flat Seri Sabah)
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Ibu bapa menghantar anak-anak menaiki bas sekolah percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Setakat ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan 165 buah bas bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang tinggal di 74 PPR dan PA sekitar ibu negara dan kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar ialah RM80. Bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma itu, mereka hanya perlu memakai lanyard yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada mereka ketika mendaftar dan memakai pakaian seragam sekolah ketika menaiki bas sekolah berkenaan.

Dengan bantuan ini walaupun sedikit, diharapkan bebanan perbelanjaan bulanan keluarga dapat dikurangkan dan pendapatan seisi keluarga akan lebih baik. Ini menunjukkan pihak kerajaan meyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi. Malah, rata-rata menyifatkan kemudahan tersebut merupakan bantuan yang diperlukan dan ia terus dimanfaatkan oleh golongan sasar khususnya penduduk yang tergolong dalam kalangan berpendapatan rendah.

Untuk rekod, kini anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam DBKL berpeluang menggunakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma seperti yang diminta oleh Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi tahun lepas dan direalisasikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kerajaan persekutuan atas perlaksanaan janji kerajaan bagi mengutamakan rakyat ;) #KetuaKampungKL #HebatkanNegaraku #AkarUmbiBinaNegara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...