Lazada Malaysia

Wednesday, June 27, 2018

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL UNVEILS NEW LOGO; RENEWS COMMITMENT TO BUILDING A HEALTHIER SOCIETY

Yang Berbahagia Datuk Ismail Ibrahim, the Chief Executive of Iskandar Regional Development Authority unveils Regency Specialist Hospital’s new look.
  • New look and same brand identity with sister hospital, Mahkota Medical Centre, Melaka, and a shared mission to provide quality medical care to patients in Malaysia and the region. 
  • New vision for Regency Specialist Hosptial to be the most comprehensive care hospital in South East Asia. 
JOHOR, 27 JUNE 2018 – Regency Specialist Hospital (Regency) celebrated a key milestone today by unveiling its new look. From a humble start, Regency today has evolved into a progressive tertiary hospital within its short history of nine years.
With a refreshed look, Regency and its sister hospital, Mahkota Medical Centre, will share the same logo. The two brands come together as one group, signifying a stronger network with a shared mission to better serve patients in Malaysia and the region. 

Regency’s new logo in green stands for sustainability and it is the colour for growth. The round sphere represents the globe, our world; depicting unity, oneness and togetherness. Inside it, the visual of a hand represents five fingers, beholding the world steadily and gently.

Ms Chin Wei Jia, Managing Director of Regency said, “With our new look, our new vision for Regency Specialist Hospital is to be the most comprehensive care hospital not only in Johor, but also in South East Asia. Regency sees more than 150,000 patients annually, and has seen an annualised growth rate of 22 percent since its launch in 2009. Moving forward, Regency will invest in the continuous development of Centres of Excellence in Emergency & Trauma, Heart & Lung, Neurosurgery, Digestive Health and Woman & Children.”

Regency is currently the only private hospital in Malaysia with emergency specialists on duty round the clock. It is also the only hospital in Southern Malaysia offering adult Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) therapy to provide prolonged cardiac and respiratory support for patients with heart and lungs that are unable to provide an adequate amount of gas exchange or perfusion to sustain life. 

Regency is also the first hospital in Johor Bahru approved by Ministry of Health, Singapore for the use of Medisave overseas for permitted hospitalisation and day surgeries.

To date, Regency has 70 specialists supported by a team of nurses and allied healthcare professionals. Equipped with modern medical facilities, Regency continues to focus on providing quality and personalised patient care not only to its patients but also to the community. 

Speaking at the event, Yang Berbahagia Datuk Ismail Ibrahim, Chief Executive of Iskandar Regional Development Authority (IRDA) said, “As of 31 March 2018, the healthcare sector has contributed RM 4.11 billion from a total of RM 262 billion committed investments in Iskandar Malaysia.  

As guided by the Comprehensive Development Plan (CDP) of Iskandar Malaysia, healthcare service is recognised as one of the promoted sectors that will support to accelerate this strategically located economic region to deliver a holistic living environment to its community whilst positioning itself in becoming the ASEAN regional hub for the medical tourism industry.

Having esteemed healthcare providers such as Regency Specialist Hospital, it has paved the way in attracting more patients from ASEAN countries such as Singapore and Indonesia, continuously contributing to the growth of medical tourism industry in Iskandar Malaysia.” 

Datuk Ismail added that this sector also continues to create job opportunities for local talents and businesses as well as providing the locals with a comprehensive exposure of the latest healthcare research and advanced technology.

Future expansions 
To meet the growing demands from its patients, Regency has planned for a new extension block which will double its bed capacity to a 500-bed hospital.

Ms Chin concluded, “With a refreshed logo and renewed commitment, Regency Specialist Hospital will continue in its mission to move forward into the future, combining advanced healthcare services with heart felt human touch. This commitment is encapsulated by our new motto – Hands that treat, Hearts that heal. 

At Regency, we strongly believe in contribution to the communities we serve, and our new community pledge is – Together, we build a healthier society. We look forward to organising more professional continuing education programmes for doctors and nurses, and more health talks as well as health awareness and education activities for the public in our bid towards improving everyone’s health, not just that of our patients. 

Together and stronger as one Group, we seek to deliver better quality, better care, and ultimately better lives for our patients and our community.”

ABOUT REGENCY SPECIALIST HOSPITAL
Located in thriving Iskandar Malaysia, Regency is a 218-bed capacity tertiary hospital with 70 specialists and sees over 150,000 patients a year. It is a private hospital with 24-hour A&E manned by emergency specialists. Established in 2009, Regency is rapidly expanding. The hospital is conveniently located 15 minutes from the Woodlands causeway and is approved for Singapore Medisave use. 

Regency is the sister hospital of Mahkota Medical Centre in Melaka, and is part of the HMI Group. 

For more information about Regency, please visit www.regencyspecialist.com.

Saturday, June 23, 2018

MENANGI HADIAH BERNILAI RM10 RIBU DENGAN PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD

MENANGI HADIAH BERNILAI RM10 RIBU DENGAN PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD| Berita baik untuk pelanggan tetap Jus Hidayah Gold atau bakal pengguna ;) Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17 Mei 2018 sehingga 1 Julai 2018, 10 malam.
Hadiah bernilai RM 10,000 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)

CARA PENYERTAAN
1. Dapatkan Jus Hidayah Gold di:
     ✅ Toko-toko Jamu berhampiran
     ✅ Laman sesawang Seraimas - www.seraimas.my
     ✅ Facebook Seraimas HQ
2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold.kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
     ✅ Gambar adalah milik anda
     ✅ Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
     ✅ Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
     ✅ Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

HADIAH
Seramai 5 orang pemenang akan dipilih berdasarkan yang paling kreatif dan menarik oleh pihak juri yang dilantik. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Kedua
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ketiga, Keempat dan Kelima
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

JUS HIDAYAH GOLD
Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.

Kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah TiĆ­n, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.

Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Sejak dari zaman dahulu, banyak jenis tumbuhan yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk mengubati penyakit luar dan juga dalaman. Namun, masih ramai di antara kita yang belum mengetahui atau berasa yakin bahawa bahan-bahan semulajadi ini sebenarnya jauh lebih baik untuk mencegah dan juga merawat penyakit. Produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.

Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan.

Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.

IMAM MUDA ASYRAF SEBAGAI DUTA JUS HIDAYAH GOLD - "LEBIH KUAT, LEBIH CERGAS, LEBIH BERAMAL"
Tidak perlu diperkenalkan lagi, kita dah sedia tahu yang Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.

Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.

TENTANG SERAIMAS HERBS SDN. BHD.
Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. Setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.

Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364 atau layari laman sesawang - Serai Mas Herbs di www.seraimas.my atau kunjungi Seraimas Herbs di media sosial:
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah

End 29 June 2018. To join, click above banner ;)

Thursday, June 21, 2018

Watson & Guardian Haul + Short Review ;)

Jarang Mak up entry haul ni sebab Mak memang jarang beli banyak as tak bermakeup sangat pun, tapi disebabkan Watsons & Guardian buat sales bertubi-tubi sejak bulan lepas, maka Mak pun terpengaruh jua akhirnya. Kira ni collective haul la ya. Dari kiri atas, Mak beli di Guardian. Yang lain Mak beli dekat Watsons secara online sebab dapat voucher and boleh redeem points. 2 barang dekat gambar bawah, in-store. Berbaloi-baloi la kiranya.
Watsons and Guardian Haul
1. Silkygirl Pure Smooth Pressed Powder - Natural

2. Silkygirl Mate Junkie - Vintage

3. Silkygirl Blusher (untuk adik perempuan mak)

4. Eye Mask Guardian

5. Watsons Dry Shampoo - Charming Pink

6. Kate Dark Night Glow eyeshadow

7. Physicians Formula Glow & Mood Boosting Powder - Translucent

8.Watsons Repairing Treatment Wax - Honey

9. Mask and sample from Watsons

10. Revlon Superlength Mascara

11. Nivea White Oil Clear Super Mousse

12. Rexona deodorant

13. Freeman Clay Mask - Purifying Avocado + Oatmeal

14. In2It Colour Stick Matte - Claret

15. Nivea White Oil Clear Caring Whip

16. ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask

Ikutkan boleh jejak RM500 ni tapi disebabkan offer, total damage plus minus RM150. Yang paling mahal ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask tu about RM42. Kalau perasan gambar atas kanan ada sample Mask ID.AZ. Mak try pakai and Mak really amaze with it significant result. Then terus beli full size. Silkygirl makeup tu biasalah, beli sekali, setahun guna include In2It matte lipstick. This time mak beli warna deep maroon acah-acah gothic. HA HA HA. Eye Mask Guardian yang comel tu RM1.50 sahaja sekeping, Mak beli 3. Tak tahu la berkesan ke tak, bolehlah pakai nak sejukkan mata kasi cerah. 

Dry Shampoo dah try tapi too wangi for me, so I give it to my sister. Revlon Mascara dengan Kate eyeshadow Mak belum buka (termasuklah Hair Treatment Wax). Ada baca review, semua kata best. Mak nak habiskan mascara Avon Mak dulu. Best tau Mascara Avon ni Avon True Color - Wide Awake Mascara. Melentik tebal tak payah kepit-kepit pun.

Deodoran tu biasalah buat spare. Freeman Mask tu Mak baru 1st time beli yang jenis ni. Sebelum ni beli Freeman mask jenis scrub (sugar charcoal) dengan peel-off mask cucumber tu. Bolehlah nak ber"me-time". Ikutkan mask dalam tube walaupun nampak pricey, tapi boleh pakai banyak kali. Physician Formula Powder tu Mak try dah. Tapi nak kena apply banyak kali baru nampak. Taknak beli lagi. Last but not least, pencuci muka Nivea. Mula-mula tergerak nak beli yang dalam squeeze tube tu - caring whip sebab cheaper dari yang super mousse, sebab murah obviously. Then after 2 weeks pakai, eh best pulak kan. So Mak beli yang mousse-type 2 canister terus sebab murah semurah murahnya harga sales dekat Watsons.

Literally speaking, ni semua agaknya setahun pun tahan kot. Mak puas hati. HA HA HA.

LiveBerries : Minuman Kesihatan Terbaik Tinggi Polyphenols/Polifenol!

vespro liveberries review
LiveBerries : Minuman Kesihatan Terbaik Tinggi Polyphenols/Polifenol! | Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Walaupun lazimnya badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Tambahan pula, ianya boleh boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia . Bahan inilah yang boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung, alzheimer dan lain-lain. Terrdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan stress.

Tambah memburukkan keadaan ialah corak diet rakyat kita yang makan secara tidak sihat dan boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab tu lah pengambilan polyphenol sebenarnya WAJIB dijadikan amalan untuk memastikan tahap kesihatan tubuh sentiasa berada di tahap optimum.

POLYPHENOL DALAM LIVEBERRIES MENGHALANG RADIKAL BEBAS
Polyphenol merupakan sejenis antioksidan diperolehi secara semulajadi daripada tumbuhan. Tapi ia amat sukar diperolehi daripada tumbuhan di negara kita. Salah satu sumber polyphenol ialah Beri.

Polyphenol sangat penting untuk kesihatan dalam membantu melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas dan membantu memulihkan sel-sel yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.

VESPRO LIVEBERRIES: MINUMAN CAMPURAN BERI YANG LAZAT!
Vespro LiveBerries ialah minuman botanikal yang mengandungi 9 jenis beri terbaik dari Amerika Syarikat Blackberries, Red & Black Raspberries, Blueberries, Strawberries, Boysenberries, Mulberries, Cranberries and Cherries. Ianya dituai daripada hasil ladang kecil yang mengamalkan penanaman tradisional dan semulajadi; tanpa baja kimia dan penggunaan hormon tumbesaran seperti carbide.
vespro liveberries review
Apa Yang Membezakan Vespro LiveBerries dengan Produk lain?
 ORAC 8000 per sachet!
✔ TIADA bahan pengawet
✔ TIADA pewarna tiruan
✔ Kandungan gula semulajadi yang rendah (0.14gm/hidangan) - Tiada gula tambahan
✔ Tiada "Filler" atau "Bulking Agent" - 100% Serbuk beri

Kandungan: 1 kotak mengandungi 4g X 20 sachet (Untuk 1 bulan)
Cara minum: Larutkan 1 sachet LiveBerries bersama 125ml air atau jus (suhu bawah 40°C)
Harga: RM95 (Beli online: Link)

Pada pendapat Mak, pengambilan Polyphenol adalah sangat penting terutamanya bagi wanita moden seperti kita yang sentiasa sibuk. Pengambilan makanan tambahan seperti ini adalah lebih mudah; 1 sachet LiveBerries bersamaan dengan 1.5 cawan beri berkualiti. Secara amnya, kita perlukan kira-kira 4000 TE/ORAC sehari. Vespro Liveberries mengandungi 8000 ORAC, Mak minum selang sehari dan sekotak boleh tahan 40 hari. Bukan sahaja ia membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik, ianya juga melambatkan proses penuaan akibat stress dan radikal bebas serta yang paling penting; kulit kekal cantik lebih lama secara semulajadi ;)

Jika anda berminat untuk dapatkan LiveBerries, hubungi:

Dynamic Nutrition Sdn. Bhd.
No.18, Jalan Industri USJ 1/6,
Taman Perindustrian USJ 1,
47600 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-80812128 / www.dyna-nutrition.com

PEMENANG GIVEAWAY WISHLIST DOUDOU.MY X BLOG #CERITAMAK

Terima kasih sebab sudi join Giveaway Mak ya ;) To see the participants list boleh klik link ini: PESERTA GIVEAWAY WISHLIST DOUDOU.MY X BLOG #CERITAMAK. Pemilihan peserta Mak guna random.org dan keputusan adalah muktamad. 

Voucher RM50 x 3 : Peserta No. 10, 12 dan 13

Voucher RM30 x 5 : Peserta No. 21, 18, 5, 11 dan 19

Tahniah pada pemenang. Emel Mak: therealbloggermak@gmail.com. Pemenang kena claim within 72 hours, kalau tak Mak withdraw lain. OK? Kena adil ;)

Tuesday, June 19, 2018

Mari Buat Sesuatu Untuk Masyarakat

Mak dah lama berhajat nak lakukan sesuatu untuk komuniti. You know, macam "Project Telekung" where you collect donation from people, collect telekung from here and there and cucikan telekung. Mak nak do something. Tapi as Mak "alone" tak ada geng nak start, mak "start small". Sesuatu yang tak perlukan banyak komitmen, macam "Gobok Rezeki Mak" where I left a box with pack of Gula, garam, Beras 1kg, Minyak etc. (ikut budget) at any masjid or surau dekat mana-mana. Moga sesiapa yang "in need" dapat manfaat bersama. Sengaja buat masa ni Mak name it Gobok, walaupun kotak je pun. Moga Allah s.w.t. limpahkan lebih banyak rezeki pada Mak untuk membolehkan Mak beri lebih lagi.
Bulan lepas, one of my friend cakap pasal nak buat Free Market. Mak feel so excited. Dalam masa yang singkat, kami berjaya anjurkan our 1st "Free Market Pasir Gudang". Pada awalnya kami takut juga tak dapat sambutan. Tapi Alhamdulillah even 2 minggu sahaja masa untuk collect clothes, groceries, kami dapat banyak jugalah terutamanya pakaian hari raya.
Tiba hari Free Market Pasir Gudang, hari hujan. Mak mulalah berdebar jika orang tak datang, rupanya masa Mak sampai dah ramai orang beratur outside the gate! It's not even 9 am yet. Kami hanya sempat susun pakaian sahaja malam sebelumnya, barang lain belum lagi. Sangat kelam-kabut dan kami terpaksa buka pagar awal. No ucapan or kata alu-aluan, crowd terus memilih pakaian yang telah bersusun, bergantung.

Mak OK sahaja, cuma yang buat Mak panik part groceries. Rasa macam tak cukup. Groceries tak banyak pun, most of it kami keluar duit sendiri. We asked them to line up, dan beri satu-satu. Kalau dah habis, nasib lah. SURPRISINGLY Masya-Allah, semua dapat! Mak terharu sangat. Barang licin semuanya, objektif tercapai. Cuma lepas ni maybe kalau buat lagi, this time kami kena organize betul-betul and maybe fokus pada Asnaf; those who really in need, right? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih pada kawan-kawan yang bertungkus lumus juga.
So guys, takkan nak tunggu kaya, or ada masa banyak or tunggu jadi wakil rakyat baru nak menyumbang, kan? Start small, duit-duit lebih tu boleh sumbang pada saudara kita di Syria, Project Iqra' dan macam-macam lagilah. Kemajuan masyarakat bermula daripada "man in the mirror" bak kata Michael Jackson ;) Jom?

P/S: Biasakan setiap kali "duit masuk" letak tepi 2.5% untuk sedekah, nak cepat kaya; ketepikan 10% - Mak Lin ;)

Monday, June 18, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

selamat hari raya malaysia
Raya kali ini, baju raya Mak dan anak-anak bertemakan baju warna maroon. Separuh nyawa juga tempoh hari membuat persiapan pakaian, makanan dan berkemas. Maklumlah, semuanya sendiri. Sebenarnya dari bulan lepas plan nak berkebaya tahun ni. Tapi tak ada yang menepati citarasa, tambahan pula design baju raya tahun ni agak "glam" sangat bagi Mak. Berambu-ramba, berenda lace, bermanik penuh; dah macam pakaian nak nikah. Tapi Mak relax je, baju and jubah tahun-tahun lepas ada lagi. So, kita recycle sahajalah. Malas nak pening-pening.

Dengan Nenek (my mom) and adik Mak paling kecik beraya di Indonesia. Memang kuranglah juadah hari raya tidak seperti hari raya yang lepas. Nasib baik satu-satunya adik perempuan Mak pandai merendang! Kalau harap Mak, dengan superheroes 4 orang ni; alamat dapat makan rendang hangitlah di pagi raya. Kuih raya pun Mak tak sempat buat tahun ni. Mungkin beli sahaja nanti.

Juadah Hari Raya
Di Johor, makanan yang memang wajib ialah ketupat atau nasi impit/lontong atau lemang dimakan bersama dengan kuah lodeh, kuah kacang, sambal ayam, sambal tumis, rendang, serunding, sambal goreng jawa dan lain-lain. 
ketupat lemang lodeh sambal jawa sambal tumis
Mak sempat masak kuah lodeh, kuah kacang dan sambal tumis sahaja. Nasi impit mak beli dah siap. Lauk lain semua adik dengan adik ipar Mak yang masak. Plan nak masak kurma ayam pun kelaut juga. Tak apa, kita masak lain kali.

Masuk hari raya kedua dan seterusnya, biasanya tuan rumah sediakan mee/mihun atau soto nasi. Johor kalau bab makan memang macam-macam lah. Belum yang belah Jawa, Bugis. Dengan nasi ambengnya, dengan burasaknya, dengan ayam masak likunya. Kalau masa ni berazam nak diet, Mak syorkan tidak perlulah. Rugi tak dapat makan sedap.

Pagi raya, selepas makan dan bermaaf-maafan bersama keluarga, kami terus balik Kampung di Kota Tinggi, mengunjungi sanak-saudara (dan sambung makan lagi). Letih, tapi seronok. Tetamu tak putus-putus. That's all entri raya kali ini. Raya anda macam mana pula?

P/S: Banyak hari dah bercuti, To-do list berjela, entri banyak pending, emel pun tak sempat balas semua lagi. Tak tahu nak start dari mana. Pening kepala Mak. #WAHM

Wednesday, June 13, 2018

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

10 orang yang terpilih akan dimasukkan ke dalam Special Bloglist 7 Juta di sidebar blog KC. Bloglist tersebut akan bertapak di blog sayidahnapisahdotcom sehingga lah total PV mencapai 8 juta.

Plus, 3 orang yang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah cash RM10. Pemenang akan dipilih secara Random oleh KC.

Mak memang suka blog KC sebab banyak input dan sharing yang bermanfaat tentang blog dan isu semasa. Layout blog pun kemas dam cantik. Keep up the good work KC!

Tarikh berlangsungnya segmen special ini: 5 Jun - 5 Julai 2018. Kawan-kawan boleh turut serta dengan klik banner di atas ;)

Tuesday, June 12, 2018

Resepi Sos Masam Manis Paling Senang dan Sedap

resepi sos masam manis sedap mudah cepat jimat
Nasi (beras rebus) dan Fillet Ikan Masak Masam Manis ;)

RESEPI SOS MASAM MANIS SEDAP DAN MUDAH | Sos masam manis memang sedap dan serbaguna. Boleh letak atas ikan, ayam, tofu telur, telur dadar atau sebagai pencecah. Mak memang selalu buat, sebab ianya sangat mudah, ringkas dan jimat. Tidak perlu banyak bahan.

Dalam sos ini kita boleh pelbagaikan sayurannya; boleh letak lada benggala, jagung muda, timun, nenas, mangga dan sebagainya. Kalau tak ada bahan; Mak cuma guna bawang besar dan cili besar dibelah dua dan dipotong 2cm× 3cm, empulur putihnya dibuang bagi kurangkan pedas untuk santapan anak-anak Mak.


Kalau nak nak masak ayam/ikan/udang/sotong, lumurkan tepung jagung serta perasa dan goreng sehingga garing. Sos masam manis dicurahkan kemudian keatas, dan makan panas-panas. Pasti berselera. Di bawah ini, resepi cukup bahan.

Resepi Sos Masam Manis Mudah dan Cepat

Bahan-bahan:
1/2 biji lada benggala (merah, hijau, kuning) - dipotong dadu
150gm timun dan nenas - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dihiris
2-3 sudu besar minyak masak

Bahan Untuk Sos:
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka/air limau
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa/ Garam Gula
100ml air

Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan sos dalam 1 mangkuk.
2. Tumis sedikit lada benggala, nenas (apa-apa sayur yang ada) dan bawang.
3. Tuangkan campuran sos tadi dan kacau biar mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan seketika.
5. Sedia dihidangkan.

Terbayang ikan kerapu atau siakap yang digoreng garing. Memikirkannya sahaja dah boleh buat orang terliur. Tapi dengan harga ikan yang mencanak dewasa ini, harga lagi mahal dari seekor ayam, maka sebagai rakyat marhaen sekali sekala bolehlah merasa keenakkan ikan kerapu/siakap. Kalau tak, awak beli jelah ikan dori atau nugget ikan tempura brand First Pride. Lepaslah keinginan tekak perut nak makan ikan masak masam manis.

Mudah bukan? Jangan lupa mencuba ya? Tak perlu makan di kedai lagi. Masak sendiri boleh makan bertambah-tambah nasi, puas hati. Till then, Salam ;)

Tuesday, June 5, 2018

Shopee Super honor Day | 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green

Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green - Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor
KUALA LUMPUR, 5 Jun 2018 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.
“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.

“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.

Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Monday, June 4, 2018

Pemeriksaan Kesihatan Gigi di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang

Pemeriksaan Kesihatan Gigi di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang | Bercakap tentang gigi, kebanyakkan daripada kita selalu "take for granted" dan bila gigi/gusi sudah rosak barulah melawat Doktor Gigi. Tahukah anda pemeriksaan gigi secara rutin perlu dilakukan setiap 6 bulan atau sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menjamin kesihatan gigi dan gusi? Jadi sebagai mak yang concern, Mak ajaklah anak Mak ke klinik gigi kerajaan bertempat di UTC Pasir Gudang.

Sebenarnya, gigi anak Mak semua OK sahaja. Cuma nak buat pemeriksaan gigi anak Mak, Fateh. Mak risau pula umur dah 2 tahun++ tapi gigi belum penuh. Abang-abang dia cepat tumbuh gigi and by umur 2 tahun dah penuh (gigi susu).

Perkhidmatan di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
klinik Pergigian kerajaan pasir gudang
Suasana klinik aman sahaja masa Mak datang. Tak ramai orang pun, dari mula pendaftaran dan pemeriksaan. Iman dan Fateh seronok dapat berjumpa doktor gigi. Doktor cakap, gigi anak Mak kedua-duanya bagus. Cuma mungkin Fateh ambil masa untuk keluar semua gigi. Tunggu dulu dan jika tak ada juga, kena pergi buat x-ray untuk periksa samaada ada gigi tak dalam gusi dia. Tapi doktor kata, everything should be OK. Lega Mak mendengarnya.

Perkhidmatan dan Bayaran di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
klinik pergigian pasir gudang
Sebenarnya semua klinik pergigian kerajaan sama sahaja. Iman dan Fateh tidak dikenakan bayaran, sebab kanak-kanak bawah 6 tahun memang dapat rawatan percuma.

Rawatan percuma diberi kepada golongan pesakit seperti berikut:
1. Kakitangan kerajaan dengan GL
2. Kanak-kanak dibawah 6 tahun dengan surat beranak/MyKid
3. Pelajar dengan surat sekolah
4. Warganegara berumur 60 tahun keatas (pendaftaran sahaja)
5. Penderma darah dengan kad derma darah
6. Ibu mengandung dengan buku rekod kesihatan ibu (Buku Pink)

Selesai urusan di klinik, Mak belanja Iman dan Fateh aiskrim. Irony *gelak besar* That's all for today. Selamat berpuasa.

Sunday, June 3, 2018

Mcalls: Pelan Prabayar Y33

Mcalls: Pelan Prabayar Y33 | Sejak tahun lepas Pavo Communications Sdn. Bhd.  telah melancarkan Pelan Prabayar kedua mereka; Mcalls serta aplikasi MMspot; aplikasi dimana anda boleh mengurus akaun prabayar anda dengan mudah serta beberapa ciri-ciri lain. Pelan Prabayar Y33 tidak perlu risau tentang liputan kerana ianya menumpang rangkaian Digi 4G LTE.

Pelan Prabayar Y33 Mcalls
mcall prepaid plan
Prabayar Y33 menawarkan 5GB data berkelajuan tinggi, 33 minit panggilan dan 33 SMS percuma ke semua rangkaian tempatan dengan kadar RM30/sebulan. Pengguna juga akan menerima kredit RM2 dan 6 mata ganjaran M-airtime (sekali sahaja) untuk membeli belah menerusi aplikasi MMspot. Untuk penggunaan tambahan, panggilan akan dicaj 15 sen setiap 30 saat dan 20 sen setiap SMS. Panggilan Antarabangsa/IDD juga bermula serendah 15 sen setiap 30 saat. Untuk data tambahan, 200 MB (RM5) untuk penggunaan 3 hari, atau 1GB (RM25) untuk penggunaan 30 hari.

Aplikasi MMspot
mcalls prepaid plan
Selain sebagai satu aplikasi untuk menguruskan akaun prabayar anda; MMspot ialah aplikasi dompet (Digital Wallet) yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar untuk membuat pembelian/pembayaran bil di lebih 2000 kedai dan rakan niaga di seluruh Malaysia. Aplikasi MMspot boleh dimuat turun dari Google Playstore dan IOS App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Mcalls: www.mcalls.asia atau ikuti Mcalls di Facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...