Resepi Kerabu Kerang Thailand Rasa Sekali Nak Lagi!

cara buat kerabu kerang thailand
Resepi Kerabu Kerang Paling Sedap | Bulan lepas Mak dan adik ipar Mak, pergi Thai Food Fair (Baca di sini: Link) Macam-macamlah jenis produk keluaran Thailand yang dijual. Seronok tengok.

Mak tak pakar sangat tentang masakan Thai ni. Selalu nak makan kerabu atau somtam, Mak beli je dekat kedai sekali-sekala kalau teringin. Adik ipar (pakar masak) cakap kat Mak, "Kita wajib beli palm sugar Thailand kak. Macam-macam boleh buat," Mak iyakan sahaja, Mak tengok dia beli, Mak pun beli 1 dengan pes-pes segera jenama Mae Pranom yang terkenal tu.

Sedap rupanya kerabu kerang ni. Cukup masam manis pedas, ringkas sahaja bahannya  Ditambah dengan kemanisan gula Thailand, memang lain dari yang lain!

Resepi Kerabu Kerang Thailand
cara buat kerabu kerang thailand
Bahan-bahan:
1kg kerang (direbus dan dikopek sebelah, yang sebelah lagi bersama isi kita letak tepi)
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis (diperah dan kulit limau dihiris)
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thailand)
2 sudu besar palm sugar thai - guna gula putih biasa pun boleh
1 biji tomato dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar - dihiris

Cara membuatnya:
1. Tumbuk kasar cili bersama bawang putih.
2. Letakkan gula, sos ikan, perahan air limau dan kulit limau. Gaul sebati.
3. Letakkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati.
4. Letakkan di atas kerang tadi. Gaul-gaul.

Mak suka letak tomato cherry yang kecil comel tu sekali sebab bila makan dia meletus dalam mulut. Nikmat dan enak dimakan begitu sahaja ;) Cubalah.

Till then, Salam.

P/S: Teringin nak pergi backpaking ke Hatyai dan Krabi sekali lagi!

Comments

  1. tiap kali beli kerang, k.fiezz nk try buat ni tapi en.asben k.fiezz x mo plak..nak rebus cam biasa je...

    ReplyDelete
  2. x reti la nak buat sendiri. selalu order kt kedai je

    ReplyDelete
  3. sodapnyaaaa....singgah sini dan follow akk :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.