Lazada Malaysia

Friday, December 28, 2018

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP Dibuka Setiap Hari!

Sedar tak sedar lagi 3 hari sahaja lagi tahun 2018 bakal meninggalkan kita. Tak sabar rasanya menunggu tahun baru. Akhir bulan macam ni kebanyakkan kita dah gaji kan? Dah bayar zakat ke belum? ;) Tahukah anda dengan menunaikan zakat sebelum 31 Disember, anda layak mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019.
Sempena kempen Year End Zakat (YEZ), 11 kaunter Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membuka 11 kaunter pungutan zakat 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember 2018 dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mulai 26 - 31 Disember, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam.

Berikut merupakan 11 lokasi kaunter PPZ-MAIWP:
Jika tidak berkesempatan mengunjungi kaunter tersebut, tidak mengapa. Bertenang. Sebab kini pembayaran zakat juga boleh dilakukan secara atas talian melalui portal: www.zakat.com.my. Untuk info lanjut, hubungi 1300885757.


Mari kita sucikan harta dengan menunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat. InsyaAllah.

2 comments:

Hernee Nazir said...

jom tunaikan zakat

zaza iman said...

Alhamdulillah mudah bila ada online ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...