#NUH2019 | Program Nak Ubah Hidup 2019

Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 yang lepas Mak dan kawan-kawan menyertai Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang kami lihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.

Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.

Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk kami bantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Mak kongsikan sedikit nota ilmu yang Mak belajar pada hari itu:

Thought/Feeling + Action = Result/Outcome

In order to achieve something/to be a successful person; first thing of all we need to know and clarify what actually we want to achieve specifically. Then stop procrastination, stay focus and consistent energy as your level of energy will determine your level of income/outcome/result.

TWO aspects that affect your result;

1. Thoughts
Stay focus and clear. Keep a positive and healthy thought by gaining more knowledge by guidance and mentoring.

Think about how your business/everything that you do can add value to other people life as per our beloved Prophet, Nabi Muhammad s.a.w. said:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
"Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain,"

2. Feeling/Emotion
Tanamkan dalam hati; everything that we thought, we said and we do are a prayer.

4 perkara yang menghalang kejayaan;
1. Enak - suka benda yang seronok sahaja
2. Ego
3. Emosi - unstable
4. Enteng - ambil mudah

Alhamdulillah, penganjuran program yang disifatkan oleh peserta sebagai – program konsert tapi padat dengan ilmu serta sambutan yang sangat menggalakkan telah memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir. Awak semua mahu sertai program Nak Ubah Hidup 2020? Jangan tangguh lagi, jadi peserta terawal dengan mengklik link dibawah sekarang :)

Comments