Friday, September 27, 2019

Permohonan Bantuan Kesihatan Uztaz Naim & Adik Fatimah

Permohonan Bantuan Kesihatan Daripada 2 buah keluarga iaitu Ustaz Naim dan juga keluarga Adik Fatimah.
Kisah Ustaz Naim
Ustaz Naim menghidap penyakit buah pinggang sudah sekian lama, namun baru-baru ini, keadaannya makin parah. Akibat keadaan tersebut, beliau kini perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga sesi rawatan seminggu bersamaan 12 sesi sebulan.

Kos untuk 1 sesi rawatan dialisis adalah RM250.
Kos Ustaz Naim perlukan rawatan selama sebulan adalah RM3,000

Kisah Adik Fatimah
Adik Fatimah berusia 6 bulan pula dilahirkan pra-matang dan bayi ini memerlukan lima suntikan khas untuk bayi pra matang atau nama saintifiknya (Palivizumab) synagis

3 suntikan telah ditaja oleh Baitulmal Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan kini, adik Fatimah masih memerlukan 2 suntikan lagi. Suntikan ini amat penting kerana ia membantu melindungi adik Fatimah daripada jangkitan virus paru-paru iaitu RSV (Respiratory Syncytial Virus) yang menyebabkan penyakit paru-paru pneumonia serius kepada bayi pra matang.

Kos 1 suntikan lebih kurang RM4000
Baki Dana yang diperlukan untuk 2 suntikan ini adalah RM7,667

Atas rasa kasih dan prihatin terhadap keadaan Ustaz Naim dan adik Fatimah ini, kami mohon bantuan dan membuka peluang kepada anda untuk sama-sama menghulurkan sedekah sempena hari Jumaat ini walaupun hanya RM10 sahaja.

1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
Jumlah keseluruhan dana yang diperlukan : RM12,840 
Sumbangan di website, klik sini: https://donation.mvm.org.my/donations/bantuan-salam-suntikan-harapan-buat-mereka/

Hulurkan sumbangan di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

Maybank : 5648-0164-7699
CIMB Islamik : 8602 5378 07
Bank Islam : 1230 0010 0030 65
Email : account@mvm.org.my
Ref : Bantuan Salam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...