Lazada Malaysia

Tuesday, January 28, 2014

Teknik Tepukan Percussion



Teknik Tepukan Percussion adalah salah 1 kaedah lain untuk menghilangkan batuk. Cara melakukannya ialah :
  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.  
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Cara stimkan bayi untuk mengeluarkan kahak selain kaedah tepukan Percussion.
  1. Ambil rice cooker letak air(tggu mendidih dan kuarkan wap)
  2. Kita duduk atas kerusi mkn pegang baby tu..halakan muka pada wap tu jgn terlalu dekat, agak2 la ye..(fungsi utk mencairkan kahak)
  3. Kemudian bila dah agak lama baby diwapkan mukanya..alihkan rice cooker tu tadi kemudian terbalikkan muka baby mengadap kita..tepuk tepi dada belah kanan seminit dan belah dada kiri seminit..kedudukan tangan kita semasa menepuknya mcm teknik tepukan percussion di atas (seperti gmbrajah di atas) 
  4. Kemudian tiarapkan baby ulang proses sama mnepuk pada bahagian belakang kiri dan kananKalau kurang kuar kahak jolok jari kita pada mulut baby biar muntah..sedut guna mulut pada hidung baby kalau berani.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...