Lazada Malaysia

Wednesday, September 11, 2019

#NUH2019 | Program Nak Ubah Hidup 2019

Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 yang lepas Mak dan kawan-kawan menyertai Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang kami lihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.

Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.

Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.
Nak Ubah Hidup 2020 Dr. Azizan Osman
Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk kami bantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Mak kongsikan sedikit nota ilmu yang Mak belajar pada hari itu:

Thought/Feeling + Action = Result/Outcome

In order to achieve something/to be a successful person; first thing of all we need to know and clarify what actually we want to achieve specifically. Then stop procrastination, stay focus and consistent energy as your level of energy will determine your level of income/outcome/result.

TWO aspects that affect your result;

1. Thoughts
Stay focus and clear. Keep a positive and healthy thought by gaining more knowledge by guidance and mentoring.

Think about how your business/everything that you do can add value to other people life as per our beloved Prophet, Nabi Muhammad s.a.w. said:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
"Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain,"

2. Feeling/Emotion
Tanamkan dalam hati; everything that we thought, we said and we do are a prayer.

4 perkara yang menghalang kejayaan;
1. Enak - suka benda yang seronok sahaja
2. Ego
3. Emosi - unstable
4. Enteng - ambil mudah

Alhamdulillah, penganjuran program yang disifatkan oleh peserta sebagai – program konsert tapi padat dengan ilmu serta sambutan yang sangat menggalakkan telah memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir. Awak semua mahu sertai program Nak Ubah Hidup 2020? Jangan tangguh lagi, jadi peserta terawal dengan mengklik link dibawah sekarang :)

Friday, August 23, 2019

Tips For Travel by Mak Lin

Terpandang iklan Salebration Traveloka dekat Facebook timeline that they will have this travel promo lagi beberapa hari. Dah lama dah Mak tak bercuti dengan anak-anak. Kali terakhir pun dekat Tg. Balau, Kota Tinggi, within 40km from our house. It was fun though. Yang penting anak-anak happy.
Anak kecil-kecil quite troublesome jugalah nak travel. Dengan melayan kerenah diorang, long hour travel, 1001 obstacle; you name it. Mental emosi kena kuat. Kalau tak, memang tak kemana-manalah kita. Make sure everything was plan - in details, snack and games kena bawa to keep them occupied and jangan lupa "emergency kit" for kids - syrup paracetamol, minyak angin, antiseptic cream/liquid, thermometer and else you can think about.

One of my friend suggest me this, in order to keep them in "peace" masa waktu perjalanan, tukar waktu tidur diorang, keep them active 2-3 hours before travel time then masa travel diorang dah penat and tidur all the way while travelling.

Selain tu, use alternative method; aromatheraphy which soothe and give your kid calming effect such as lavender. You can use either car aromatheraphy diffuser or Mak ada juga nampak several baby balm yang dijual sekarang.

So for this upcoming school holidays, awak orang dah plan nak cuti ke mana?
Check out this link for: Traveloka Sale-abration
Sebelum melancong, pastikan segala perancangan terperinci perlu dilakukan. So hari ini, Mak nak share macam mana nak plan travel secara bijak dan jimat:

1. Melancong ketika bukan musim cuti persekolah/sambutan perayaan.
Selalunya tarikh yang tak ramai orang bercuti ni paling murah, especially hotel penginapan dan tiket penerbangan.

2. Berkongsi
Ajak ahli keluarga atau kawan lain berkongsi tempat penginapan. Nanti dekat sana boleh request extra bed or extra pillow.

3. Tempahan awal
Yang ni memang semua orang selalu buat, tempah tiket fligh awal dan kena selalu alert as kadang-kadang certain OTA (Online Travel Agent) selalu buat promosi dari semasa ke semasa. Contohnya macam Traveloka ni, upcoming promo Sale-abration yang menawarkan promosi/deals which include online flight promotions, hotels,experience dan airport transfer; all-in-one. Senang dan mudah semua di hujung jari.

4. Tempahan berpakej
Kalau tengok dekat mana-mana agensi berpelancongan, memang rata-rata menawarkan pakej perlancongan yang berbaloi, independent travel aget pun ada. Cuma hati-hati, buat research lebih sikit and trust your gut ;)

5. Guna kereta? atau pengangkutan awam?
Bagi Mak, kalau melancong lebih better kita naik public transport. Lebih murah. Macam naik train, boleh tengok permandangan kiri kanan. Dulu Mak pernah ke Hatyai menaiki keretapi dari Ipoh. Memang seronok!

6. Kemudahan di tempat penginapan: Dapur
Obviously memasak boleh menjimatkan duit anda. Tapi kalau tak ada, bawa lah maggi cup. Rasanya semua hotel memang provide kettle or air panas.

7. Pack barang yang perlu sahaja.
Ini memang menjadi 1 masalah; especially #GengMakMak. So, kalau pergi bercuti tu Mak pack baju ana-anak yang jenis airy dan nipis. So senang basuh dan cepat dikeringkan. Recycle je baju, tak payah pening-pening.

Setakat ni, itu sajalah tips yang boleh Mak beri. Kalau tak sempat search online pun, tak lama lagi pun ada MATTA Fair 2019 deals kan dekat Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur on the 15th – 17th of March 2019 from 10 am to 9 pm and in Setia SPICE Arena, Penang on the 5th -7th of April 2019 from 10 am to 9pm.

Till then guys, Salam.

Tuesday, July 2, 2019

I Don’t Wanna Live Forever (Fifty Shades Darker) by ZAYN, Taylor Swift

I Don’t Wanna Live Forever (Fifty Shades Darker) by ZAYN, Taylor Swift| Dedicate lagu ni sebab Mak dah khatam Fifty Shades film series - Fifty Shades of Grey, Fifty Shades Darker and Fifty Shades Freed ;) Korang dah tengok belum?
I Don’t Wanna Live Forever (Fifty Shades Darker) - ZAYN, Taylor Swift
Album: Fifty Shades Darker: Original Motion Picture Soundtrack
Released: 2017
Songwriter(s): Taylor Swift; Sam Dew; Jack Antonoff
Video: Youtube

Lyrics:
Been sitting eyes wide open behind these four walls, hoping you'd call
It's just a cruel existence like there's no point hoping at all

Baby, baby, I feel crazy, up all night, all night and every day
Give me something, oh, but you say nothing
What is happening to me?

I don't wanna live forever, 'cause I know I'll be living in vain
And I don't wanna fit wherever
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home

I'm sitting eyes wide open and I got one thing stuck in my mind
Wondering if I dodged a bullet or just lost the love of my life, oh

Baby, baby, I feel crazy
Up all night, all night and every day
I gave you something, but you gave me nothing
What is happening to me?

I don't wanna live forever, 'cause I know I'll be living in vain
And I don't wanna fit (fit, babe) wherever (wherever)
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home
I've been looking sad in all the nicest places

Baby, baby, I feel crazy
I see you around in all these empty faces
Up all night, all night and every day
I've been looking sad in all the nicest places
Give me something, oh, but you say nothing
Now I'm in a cab, I tell 'em where your place is
What is happening to me?

I don't wanna live forever, 'cause I know I'll be living in vain
And I don't wanna fit wherever
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home
I just wanna keep calling your name until you come back home

I just wanna keep calling your name until you come back home
Until you come back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...