Monday, September 25, 2017

Resepi Nasi Lemak, Sambal Tumis Paling Mudah dan Sedap

Nasi lemak memang sedap di makan sebagai sarapan pagi atau petang. In fact, Malaysian do makan nasi lemak all around the clock. Basically, nasi lemak ialah nasi yang dimasak bersama santan with aromatic add on macam pandan, serai, halba, lada hitam, kulit kayu manis, hirisan bawang. Lepas tu dipartnerkan dengan sambal tumis, hirisan timun, kacang, ikan bilis dan telur goreng. Tapi awak boleh makan dengan apa pun nasi lemak memang best.
Resepi Nasi Lemak Mudah
Cara atau teknik memasak pun berbeza-beza, ada yang letak semua bahan in one pot then terus masak (easiest way), ada yang tunggu mendidih baru letak santan (bagi nasi tahan lama) ada yang masak in one pot tapi santan yang digunakan tu dididihkan terlebih dahulu bersama daun pandan dan ada juga yang masak sekejap dalam pot then kukus dalam pengukus.

Apa-apa pun, kesedapan nasi lemak mostly bergantung pada sambal tumis yang sedap ;) So today, Lin nak share resepi nasi lemak beserta sambal tumis yang menjadi kegemaran suami dan anak-anak.

RESEPI NASI LEMAK

Bahan-bahan:
Nasi dan air seperti biasa tapi kurangkan 200ml sebab nak letak santan
(Lin guna 2 cawan beras dan 425ml air - depends on beras yang digunakan)
1 kotak kecil santan
2 inci halia - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
Sehelai daun pandan - dicarik dan simpulkan
1 sdb minyak masak - terpulang, nak elak nasi melekat
1 sdt garam

Cara Memasak:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan dan halia dalam rice cooker dan masak.
2. Bila nasi dah mendidih, masukkan halia dan santan (untuk bagi nasi tahan lama dan lebih harum) dan kacau rata. Boleh sambung masak.

ATAU - just put all once! pun jadi juga ;)

3. Sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur, ikan bilis, kacang dan timun (atau ayam goreng!)

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis - digoreng dan asingkan
1 biji bawang besar - dihiris
2-3 sdb gula
3/4 sdb gula melaka
1 kiub pati ikan bilis
1 sdb asam jawa/2 keping asam keping
Garam - Jika Perlu. Lin tak letak sebab dah letak kiub pati ikan bilis

Bahan kisar: (Tips Pantas: Blender dengan minyak terus tak perlu bubuh air)
20 tangkai cili kering -  potong, rebus dan toskan
2 biji bawang besar - boleh guna bawang kecil dalam 5 biji
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sebesar ibu jari belacan bakar - Lin guna 2 bungkus belacan macam dekat bawah ni, beli dekat Mydin. Lebih hygienic.
Resepi Sambal Tumis
Cara Memasak:
1. Tumis bawang besar yang dihiris sampai naik bau sahaja (jangan sampai garing) dan masukkan bahan tumis. Kacau rata.
2. Banyakkan minyak dan kecilkan api (api perlahan, slow and steady) Kacau sehingga cili masak naik minyak - garing dan macam ada buih-buih sikit.
3. Masukkan gula dan kacau rata. Bubuh air ikut kepekatan yang awak suka.
4. Akhir sekali masukkan asam jawa/asam keping, ikan bilis, dan kiub pati ikan bilis.
5. Kacau sehingga sebati dan sedia dihidangkan.

Sambal tumis ni biasanya Lin tak bubuh ikan bilis dulu, Lin masak malam sebelum nak makan nasi lemak waktu pagi. Nanti nasi dah masak baru Lin masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal. Barulah kerangupannya terasa!
Resepi Sambal Tumis Mudah
Lagipun sambal tumis ni boleh buat lebih dan masuk dalam  peti ais. Kalau tengah malam perut lapar, boleh pecah telur dan makan dengan nasi panas bergaul kicap. Tak pun cecah roti puri (Klik Sini: Resepi Roti Puri Cepat dan Sedap) or jemput-jemput untuk minum petang. Huhuhu. Till then, Salam.

48 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Yg bergoreng dlm pinggan sebelah telur rebua tu apa?

Rafzan Tomomi said...

memang mudah eh masak nasi lemak? nanti kite nak cuba masak sendiri lah. hehe

Unknown said...

Nak try sendiri! looks nice! :)

azlina ina said...

my peberet ni.. waaa.. terus jadi lapar... tengok ni

azlina said...

terimakasih awak,sudi share resipi nii.. saya memang suka mencuba resipi baru

Nadia said...

wow, the nasi lemak looks really good, definitely will try out this recipe . thanks for sharing!

Mak Lin said...

ayam? sambal grg jawa?

Mak Lin said...

memang senang. ada santan dengan nasi je pun jadi nasi lemak yang 😂

Jessie Koo said...

Hehe senang pulak. Tuang dan panaskan. Xyah susah susah da kalo ngidam makan nasi lemak bila bila. Lol

Unknown said...

Boleh try pas ni,nampak sedap dan senang

Shafyqah Azahar said...

mak ai terliur sha tengok. terima kasih share resepi. esok cuti boleh lah try *kalau rajin huhu

itsmiramira said...

Waaah x enah tepikir blend skali minyak bagai...omg kene cuba ni

NEEZA said...

ya Allah mak, kalau masak itu tolonglah panggil kita.. asyik terliur je tengok mak masak hehehehe

Unknown said...

looks so yummy, this weekend will cook for my family :D

mamapp said...

Nasi lemak mmg all time favourite ni

Lin Liena said...

wah meriah sungguh nasi lemak tu...lps makan pakat tido eh....hihihi

sayaidaydotcom said...

cantiknya warna sambal tu. confirm sedap. nak cuba la nanti. hehehe

yanmie said...

Jadi lapar tengok. Sedapnyaaa nampak sambal tu macam sedap je, merahnya tu menggoda :D

yanmie
www.yanmieonline.com

penaberkala said...

Terbaiklah resepi ni. Nasi lemak memang favorite

Fiza Rahman said...

Nasi lemak tu nampak sedap sangat mak. Ni yang rasa macam nak buat nasi lemak weekend ni ☺

Bro Framestone said...

RIndu nak masak nasi lemak T-T tapi rindu lagi nak makan nasi lemak yang ayah masak...

maszull said...

assalamualaikum lin...sedap pulak tengok sambal tumis lin tu...
** Mama Maszull

Mak Lin said...

You should ;)

Mak Lin said...

makan nasi lemak gaul sambal je pun dah terasa nikmatnya.

Mak Lin said...

Sama-sama. Nanti share nasi lemak version awak pula ye.

Mak Lin said...

Welcome ;) Just prepare sambal earlier and you can store it in the fridge. Whenever you crave for nasi lemak, just cook the nasi and heat up the sambal only.

Mak Lin said...

Tau tak apa. Sambal tu lagi sedap kalai kita buat earlier a day or two tau.

Mak Lin said...

Memang sedap dear.

Mak Lin said...

Buat sambal dulu and store in the fridge. Nanti datang la rajin tu.

Mak Lin said...

Antara rahsia buat sambal tumis sedap jangan bubuh banyak air dan lebihkan minyak. Sambal pun tahan lebih lama.

Mak Lin said...

Kalau macam tu bak sini butter chicken seperiuk. HUHU.

Mak Lin said...

Great!

Mak Lin said...

Betul tu. Cuma jangan selalu la. Nasi lemak itself OK. Tapi kalau dah tambah-tambah dengan lauk pelbagai, kalori dah lebih. HUHU.

Mak Lin said...

Tau tak apa!

Mak Lin said...

Tulah. Masak biar lama sikit. Bubuh gula melaka/gula merah sikit dengan asam keping.

Mak Lin said...

Sedap!

Mak Lin said...

Nanti dah try bgtau mak OK?

Mak Lin said...

Anak-anak semua cuti memang seronok makan sama-sama kan kak?

Mak Lin said...

Bro buatlah. Suruh wife tumis sambal siap-siap.

Mak Lin said...

Alah. Seganlah kita. Mama buat lagi sedap.

RahimAimOfficial said...

Sambalnya pedas atau manis?

ummizarra said...

Sedapnya. Nora byk kali fail msk ns lemak. hehehhehe ns jd xtanak. sambal tu nampak sedapnya.

Lia Hasty said...

weekend je dapat masak. nak ikut lah resepi ni.

Mimie said...

Nasi lemak memang favourite kami anak beranak...nasi lemak makanan tradisi yang takkan lapuk dek zaman.

apekinahdotcom said...

Kinah pun guna belacan tu mak. Memang sedap nyumm

DmNetwork said...

Pergh nampak sedap tu..boleh try nanti..dulu pernah jugak niaga nasi lemak.

Mar Mansor said...

amboi sedapnya mak masak

Ainie said...

Saya selalu memastikan sambal disediakan dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ia boleh menghancurkan segala kesedapan nasi lemak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...