Lazada Malaysia

Thursday, September 21, 2017

Resepi Telur Masak Lemak Cili Padi Kak Suria Lekat Lekit

Resepi Telur Masak Lemak Cili Padi Kak Suria Lekat Lekit
Tak pasti kenapa gambar atas ni tak berapa kuning. In real life memang kuning cantik pakai kunyit hidup. Kebelakangan ni Lin share resepi simple-simple bukan apa, senang nak rujuk balik kemudian hari. Still mencari-cari resepi yang kena selera anak-anak. Kalau ikut Lin, makan nasi tabur ikan bilis goreng pun dah cukup sedap.

Kebetulan kelmarin tengok Kak Suria Lekatlekit post masak lemak telur dekat FB, terliur mak buyung. Kalau ikut resepi kita, tak bubuh lengkuas dengan bawang putih. Kadang-kadang bubuh bawang kecik, kadang tak. Yang penting cili padi tu segenggam. Pure nismilan orang kata~ Tapi versi yang sini sedap juga. Selera orang utara ;)

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji Bawang besar*
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci Lengkuas*
Segenggam Cili Padi* - Ikut tahap kepedasan masing-masing
Santan - Lin pakai santan Kara sekotak
1 batang serai - dititik
Sedikit daun kunyit dan daun limau purut - dihiris
1 keping asam keping - Lin tambah, tak bubuh pun tak apa
Garam

Cara-caranya:
1. Kisar halus bahan bertanda * di atas bersama sedikit air dan sedikit santan.
2. Masukkan bersama serai ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kacau selalu. Jangan bagi pecah minyak.
3. Masukkan telur satu per satu. Biarkan it set baru kacau.
4. Bila telur sudah keras, letakkan baki santan pekat, garam dan asam keping.
5. Kacau seketika jangan sampai mendidih, taburkan daun kunyit dan daun limau.
6. Sedia dihidangkan.

Untuk resepi yang Lin masak, Lin kurangkan kepedasan untuk anak-anak. Tapi Lin makan partner dengan sambal tumis, gaul-gaul dengan kuah lemak yang pekat ditemani kicap cap kipas udang. Memang sedap!

Apetah lagi kalau telur ayam digantikan dengan telur itik atau telur masin, boleh bubuh belimbing buluh juga ;)

Once again, TQ Kak Suria dan selamat mencuba ya kawan-kawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...