Monday, October 2, 2017

Resepi Ringkas Begedil Sedap

Cara buat begedil senang sedap
Semalam mak berkemas-kemas spring cleaning sikit. (Setiap Ahad memang begitu) Plannya nak gantung kuali konon-konon nak pergi makan Nasi Padang lah dengan anak-anak masa lunch.

Terbayang-bayang mak begedil bulat-bulat kat restoran tu. Tapi, mak ingatkan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Lebat pulak tu. Parah.

Mak fikir-fikir, leceh juga nak bawa 3 superheroes ni dengan perut mak lagi. Lantas mak masak nasi, lauk cendawan masak lemak, ayam goreng. Lambat sikit masaknya. Nasib baik budak-budak dah makan nasi goreng kenyang-kenyang waktu sarapan. Kalau tak dua kali sekejap tanya ibu dah siap masak ke?

Tapi mak still teringin benar nak makan begedil. Korek punya korek ada lah kentang 2 biji. Pungpangpungpang jadilah begedil mak. Puas makan, hilang kempunan mak. Anak-anak pun suka, ratah gitu je diorang.

Bahan-bahan:
2 biji kentang - direbus dan dilenyek
1 sdb bawang goreng
1 sdb daun sup - dihiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus *jika suka
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk lada hitam
Garam secukup rasa (or serbuk perasa maggi)
1 biji telur - dipukul dan digunakan untuk mencelup begedil sebelum digoreng

*boleh tambah ayam/daging/udang cincang jika suka

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan gaul sehingga sebati.
2. Kepalkan bulat-bulat comel sehingga habis semua adunan.
3. Celurkan kedalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng.
Tips menggoreng: Masa menggoreng, pastikan bahagian sebelah garing dulu, baru terbalikkan. Untuk elakkan bergedil pecah. Api sederhana.
4. Sedia dihidangkan.

Selera betul makan ada lauk-lauk simple macam ni. Esok-esok boleh buat banyak-banyak then frozenkan. Senang anak-anak nak makan (mak dia sekali). Makan dengan mi soto pun sedap ni. Eh. Esok masak mee soto nak tak?

6 comments:

Hernee Nazir said...

sedapnya bergedil..buatkan pelisss hehehe

Ibu Dilah said...

begedil mmg all time fav. buat sendiri lagi puas makan. beli kat kedai tak puas makan kan makk..

Suzlin Azreena Nordin said...

eleh. dia masak lagi sedap.

Suzlin Azreena Nordin said...

betul kak. lagi-lagi seketul kecik RM1.50. berkira-kira je nak ambik banyak.

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...mmg sedap buat begedil ni...stok jer dlm esbox...nak mkn just goreng jer...
** Mama Maszull

Suzlin Azreena Nordin said...

Betul ma. Anak-anak pun suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...