Tuesday, February 20, 2018

Tips Memasak Pantas : Buat Pes/Sambal Sendiri

Resepi Homemade Sambal dan Pes | Setiap minggu, mostly hari Ahad mak akan spend time buat rencah-rencah masak macam cili kering kisar dan sambal pes/sambal tumis kosong untuk stok seminggu. Senang, bila nak masak tinggal kaut je.
resepi sambal pes mudah dan pantas
Cili kering gunting pendek-pendek, rebus dan tos keringkan kemudian kisar dengan minyak. Mak tak blender dengan air sebab; satu, supaya cepat nak menumis. Tak perlu nak tunggu airnya kering. Keduanya sebab nak bagi tahan lama. Kalau banyak air, cili kisar senang rosak kalau disimpan lama. Awal-awal belajar memasak dulu, mak beli cili paket or yang dalam bekas. Tapi rasa dia tak seberapa. Yang mak buat ni pure cili kering, tak ada tambah apa-apa bawang merah/bawang putih. Senang nak buat mee/meehun/nasi goreng pagi-pagi, sambal, asam pedas, paprik dan macam-macam lagilah.

Selain itu, every week mesti ada stok sambal tumis kosong (resepi di sini - sambal tumis paling sedap) dan sambal cili hidup. 2 sambal ni memang favourite anak-anak dan Mak. Kalau penyakit malas tahap dewa sampai, Mak ambil sedikit and buat sambal telur cincai or goreng ayam/ikan dan bubuh sampal, gaul-gaul dah siap ;) Kalau lagi malas tahap nak kena lempang, tapi perut lapar memalam buta; cecah roti pun sodap.

Resepi Sambal Cili Hidup
cara buat sambal sedap
Bahan:
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10gm belacan
6 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sdt gula
2 sdt serbuk perasa - mak pakai serbuk perasa Maggi
2 biji tomato bersize sederhana dan dibuang biji
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Kisarkan semua bahan kecuali serbuk perasa.
2. Tumis atas api perlahan sampai garing dan letak serbuk perasa. Siap.

Ada juga orang yang goreng dulu semua bahan. Kemudian baru kisar dan letak perasa. Itupun boleh. Sambal ni boleh simpan dalam peti ais, tahan seminggu. Mak buat 4 kali ganda bahan dekat atas ni, dapatlah semangkuk besar. Itupun tak sampai seminggu dah habis.

Kadang-kadang Mak suka buat sambal ikan bakar portugis yang macam dekat kedai tu. Tapi still tak sama rasanya macam dekat kedai makan. Tu yang tak selalu buat. Ada beberapa resepi juga yang dah try tapi masih tak menepati citarasa.

Ada tak yang buat macam Mak? Selain dekat atas ni, apalagi pes/sambal yang boleh jimatkan masa kita kat dapur? Share resepi dengan Mak OK? Till then, Salam.

6 comments:

maszull said...

Assalamualaikum lin...apa kabar dah sihat...
Mmg bagus buat mcm ni lebih mudah dan cpt...

Lady SHAH said...

terbaik punya tips .. hehe..btw tenkiu for tips... done #999

http://byshaz.blogspot.my/2018/02/akhirnya-buang-iklan-nuffnang.html

Siti Rohaida Yusof said...

wah...bagus betul caranya ni..baru tau..

dr-Life said...

This gonna spice up my life! Great recipe and I have been looking for this recipe. Thank you so much!

Racheal

Sheila Adziz said...

nice sharing senang bila nak masak dah ada pes sdiri ni...

Miza Talib said...

terbaik tips mak ne jimat masa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...