Lazada Malaysia

Friday, May 25, 2018

Dengan Airasia, Kita Terbang!

Tahukah anda benda paling menarik tentang bercuti ni, ialah bercuti ketika orang semua sedang bekerja. Mak cadang nak bawa anak-anak bercuti jauh sedikit la lepas raya ni. Tapi nak ke mana? Nak keluar Malaysia, leceh, kena bawak passport bagai, roaming lagi. Local pun okay jugak. Kelantan. Penang. Sabah. Sarawak. Haa banyak jugak destinasi menarik kat Malaysia sebenarnya. Cuma malas nak drive. Jadi kalau tak naik bas, kena naik flight lah kan..bajet lagi.

Kalau sebut pasal flight dan jugak bajet, dalam kepala mesti akan ingat AirAsia. Confirm punya. Diorang ni memang dah takperlu lagi nak introduce dalam scene penerbangan kat Malaysia ni, memang dah terkenal sebagai syarikat tambang murah terbesar dalam Malaysia. Dahlah murah, diorang suka betul buat promotion, kejap kejap ada promotion sampai tak terkejar. Tapi sebenarnya AirAsia ni dah lama bertapak kat Malaysia. Diorang ni start tahun 1993 dan tiga tahun kemudian pada tahun 1996 baru bukak dan start operasi. Asalnya konglomerat DRB-HICOM yang bukak syarikat ni, tapi tak berapa untung sangat. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 2001, barulah Tony Fernandes beli AirAsia dengan harga satu ringgit sekali dengan hutang bernilai 40 juta ringgit. Tak masuk akal kan? Haa, tapi Tony Fernandes lagi bijak. Dalam masa setahun je, dia boleh buat AirAsia catat untung! Siap boleh launch route baru lagi dan potong Malaysia Airlines yang memang agak dominan la time tu. Memang beliau ada akal yang tersendiri, antara contohnya untuk boost jualan tiket, dia turunkan harga tiket kepada satu ringgit seorang! Luar biasa betul. Sesiapa yang dapat naik AirAsia awal-awal tu memang bertuah sungguhlah.
Kini, AirAsia berpangkalan di Kuala Lumpur dengan pejabat berdaftar di Petaling Jaya, dengan hab utamanya dekat klia2 yang baru dibukak yang juga merupakan lapangan terbang khas untuk penerbangan tambang murah. Dengan saiznya yang semakin besar, maka semakin banyak offer yang AirAsia boleh bagi. Bab local flight memang tak payah cakap, memang they got you covered. Ada banyak flight ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selaras dengan moto syarikat iaitu ‘Now Everyone Can Fly!’, memang AirAsia sudahpun berjaya membuat ramai rakyat Malaysia terbang ke luar dan dalam negara dengan harganya yang serius murah. Nak tahu berapa murah? Sampai diorang menang anugerah syarikat tambang murah SEMBILAN tahun berturut-turut! Gempak tak gempak beb.

Selain harga tiket, AirAsia ni ada banyak jugak manfaat lain. Kalau nak selesa sikit, nak bawak banyak barang sikit, diorang ada banyak pilihan untuk customize flight ikut suka korang, lagipun jadual penerbangan dia pun betul-betul frequent weh. Maknanya kalau banding dengan airline lain, AirAsia fly jauh lagi banyak. Kelebihan dia bagi pengguna ialah korang boleh plan betul-betul perjalanan korang. Lepastu sekarang kalau selalu naik flight dengan AirAsia atau ada beli barang dengan third-party merchant yang ada joint venture dengan AirAsia, korang boleh kumpul point dan mata ganjaran dekat kad loyalty BIG korang dan guna untuk claim flight bila point dah cukup. Kira memang berbaloilah fly dengan AirAsia ni.

Pada mulanya AirAsia cuma guna pesawat jenis Boeing 737-300, namun lepas beberapa tahun beroperasi dengan keuntungan, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani dengan syarikat pembuat kapal terbang Airbus untuk menaik taraf semua pesawatnya kepada jenis Airbus A320-200 yang mampu menampung lebih ramai penumpang. Jadi dengan upgrade ni, diorang boleh bawak lagi ramai orang pada satu kali trip. Deal asalnya nak ambil 200 buah pesawat, ini sahaja dah buatkan AirAsia menjadi pelanggan terbesar Airbus. Kemudian diorang tambah lagi 100 buah pesawat yang lebih besar untuk lapangan terbang yang lebih besar dan jauh. Bila tengok komitmen diorang untuk terus upgrade flight service dan bagi lagi banyak kepada customer, mesti rasa lagi rasa best nak terbang dengan AirAsia kan? Apa lagi, korang segera terjah website dan app AirAsia untuk check apa offer terkini dan seterusnya proceed untuk buat AirAsia malaysia booking untuk segala keperluan penerbangan domestik korang!

26 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

Teringin nak naik air asia. Tapi belum tau mana nak pegi.. Heheh

CikLily Putih said...

wah nak kemana ni? jalan jalan cari makan ke oversea ke kan....

MiYOKO SuKi said...

lamanya tak naik flite

Amanda Suria said...

Sajer jer mak kan..macam tau2 jer akak perlukan percutian..ni tgh nak cari tiket murah nak pi Langkawi ni..tahun tak plan nak pi oversea..sebab mak tak sihat..rasanya lepas raya nak pi Langkawi bercuti berdua ngan Dania

Mrs Fuzy Hamid said...

Now Everyone Can Fly...betul tu Lin..kalau keluar negara nk kena bawa passport tapi kalau dlm negara..terfikir nk terbang bila2 pun boleh kan..

JMR said...

Bestnya lepas raya jalan-jalan..dapat naik kapal terbang lak tu..yes, now everyone can fly..anytime..hehe

The Smell of Coffee said...

Hehe sememangnya air asia airlines yg last hilma akan naik..sorry to say but hilma x suka service diorg..x pe la byr mahal sikkt pun janji dpt srervice yg bagus..

Jane Chua said...

Dah lama tak duduk Air Asia. Planning to bring my children to experience sitting in an aeroplane and AA will be my best choice because of its affordability.

Rawlins GLAM said...

AirAsia banyak membantu ketika Rawlins belajar dulu sebab harga murah - maka memudahkan Rawlins balik kampung time cuti semester. Hehe

Khai Artzfar said...

hi geng aabc dkt sini! so far AirAsia memang pilihan khai. plus terima kasih AirAsia kerana menjadi airlines pertama dlm hidup khai!

Kin Naz said...

Best kan mak kalau dapat holiday naik flight tak payah kalut dengan jammed bagai. Serabut. Setakat pergi bercuti dalam Malaysia ok la sebab malas nak bawak pasport ke sana ke sini. Dahla pelupa kang tinggal ntah kemana tak boleh balik Malaysia jawabnya hahah. Ni nak musim raya ni confirm flight dah fully booked kan

iffah hussin said...

Mak Lin buat Bonde nak booking tiket sekarang juga, nak repeat kundasang tu buat kali ke tiga memang syok bercuti dekat kundasang nyamannn dan tenang.. sesuai untuk bercuti

Mrs Liez said...

Liez xpernah naik AK lagi.. tp dgr feedback bagus. Nak jugak plan travel ke lgkw naik AK.. sbb tambang murah tp masih bg service terbaik..

Cerita Huda said...

Huda memang dah biasa naik Air Asia, sebab tu jer termampu setakat ni nak fly dengan family semua kan. So far huda puas hati jer dengan servis Air Asia. Sekarang tengah misi kumpul point nak redeem tiket pergi Sabah satu family.

AyuArjuna BiGoshh said...

murahlah harga air asia kali ni...suka naik AA sebab harga dia murah..lama dah x pergi cuti ken aplan dengan keluarga nak pergi mana tahun ni dengan AA

Zharif Azis said...

Wahhh air asia buat promo lg !!!! Okay, next destination rancang nk gi jepun. Bole start usha2 harga nie. Harap jadilah tahun nie

Mimi Azirah said...

Semua orang dah boleh terbang dengan AirAsia tapi saya tak lernah lagi naik AirAsia. Tak tahu lah macam rupa nanti kalau naik sebab spesis penakut.hehehe..

Lia Hasty said...

Lia memang pengguna tegas air Asia .Sebab tiket murah sangat .Selalu dapat tiket one way Penang kl bawah rm50 je . Lagi satu airasia ni banyak route Yang dorang pergi

Zayani Zulkiffli said...

Siapa yang tak suka dengan travel nagk kapal terbang harga murah kan. Paling suka deorang selalu buat promosi, harga murah-murah sangat.

Wai Yee aka Rane said...

we love to travel a lot too. have been flying with AA for years. not too bad and we will fly with it again

Betty Liew said...

I have flight with AirAsia since 2014 and the flight is really cheap and affordable. Now you need to wait for great deal only worth to flight. When reach festival or peak date, I seldom flight as they flight can cost more than you expected. This free seat I manage grab RM0 price.

Hanny Abdullah said...

Yahhh sis memang dengan AirAsia je sis terbang sekarang ni. Ni je tambang yg murah yg mampu kat sis. Tapi kena rajin lah dok kat depan laptop..hehehe

Anonymous said...

I cⲟuldn't resist commenting. Perfeсtly written!

Sis Lin said...

Fuyooo jauh nak terbang tu Mak..Jomm HK bulan 9 hehehe

Mrs Pip said...

AA mmg pilihan air carrier , harga murah servis pun nowadays dah byk improvement.

Cik Tie said...

Tak pernah lagi naik AirAsia ni.. teringin juga nak naik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...