Tuesday, May 8, 2018

DONATION | RAMADHAN 4 SYRIA 5.0

sumbangan ramadhan untuk syria
DONATION: RAMADHAN 4 SYRIA 5.0 | Tahukah kalian, tahun ini merupakan tahun ke-7 rakyat Syria menyambut Ramadhan di dalam suasana perang. Malah derita mereka dibom saban hari masih sama sejak hari pertama mereka diuji. Tidak berkurang sedikitpun.

Malah baru-baru ini, rejim menggunakan bom yang mengandungi kimia untuk membunuh anak-anak kita di sana secara senyap.

Syria mungkin perlahan-lahan dilupakan. Namun untuk kita yang sentiasa mengikuti berita tentang mereka, Syria tetap di hati.

Sejak tahun 2013, Cinta Syria Malaysia bergerak membantu saudara kita ini yang berada di Jordan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Manakala tahun lepas, kami bawakan sedikit kelainan dengan menghantar bantuan terus kepada rakyat Syria di dalam dan pelarian Syria yang berada di Turki.

Kali ini, Noh Salleh, Mizz Nina, PU Rahmat dan saya sendiri akan bersama keluarga Cinta Syria Malaysia ke Turki menyampaikan bantuan.

Malah jika diizinkan Allah, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka.

Ya, misi ini bahaya. Namun menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama.

CSM menyasarkan RM 500,000 bagi misi Ramadhan For Syria kali ini.

Sasaran : RM 500,000
1 tajaan : RM100 (5,000 Tajaan diperlukan)

Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983

Emailkan detail sumbangan ke: acc.tsdbj@gmail.com

ATAU

Sumbangan secara atas talian di - https://www.billplz.com/Ramadhan4Syria

Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama Unit Fundraising kami di +60111002 5116 (Luthfi)

TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 25 Mei 2018.

MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE MENGENAI PROGRAM INI YA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...