Lazada Malaysia

Sunday, June 3, 2018

Mcalls: Pelan Prabayar Y33

Mcalls: Pelan Prabayar Y33 | Sejak tahun lepas Pavo Communications Sdn. Bhd.  telah melancarkan Pelan Prabayar kedua mereka; Mcalls serta aplikasi MMspot; aplikasi dimana anda boleh mengurus akaun prabayar anda dengan mudah serta beberapa ciri-ciri lain. Pelan Prabayar Y33 tidak perlu risau tentang liputan kerana ianya menumpang rangkaian Digi 4G LTE.

Pelan Prabayar Y33 Mcalls
mcall prepaid plan
Prabayar Y33 menawarkan 5GB data berkelajuan tinggi, 33 minit panggilan dan 33 SMS percuma ke semua rangkaian tempatan dengan kadar RM30/sebulan. Pengguna juga akan menerima kredit RM2 dan 6 mata ganjaran M-airtime (sekali sahaja) untuk membeli belah menerusi aplikasi MMspot. Untuk penggunaan tambahan, panggilan akan dicaj 15 sen setiap 30 saat dan 20 sen setiap SMS. Panggilan Antarabangsa/IDD juga bermula serendah 15 sen setiap 30 saat. Untuk data tambahan, 200 MB (RM5) untuk penggunaan 3 hari, atau 1GB (RM25) untuk penggunaan 30 hari.

Aplikasi MMspot
mcalls prepaid plan
Selain sebagai satu aplikasi untuk menguruskan akaun prabayar anda; MMspot ialah aplikasi dompet (Digital Wallet) yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar untuk membuat pembelian/pembayaran bil di lebih 2000 kedai dan rakan niaga di seluruh Malaysia. Aplikasi MMspot boleh dimuat turun dari Google Playstore dan IOS App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Mcalls: www.mcalls.asia atau ikuti Mcalls di Facebook.

2 comments:

Raydah said...

looking forward for another update about mcalls

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...yeahhh singgah ke sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...