Lazada Malaysia

Wednesday, November 28, 2018

Nak Cantik? Pretty Valet Kini di Johor Bahru!

Pretty Valet Johor Bahru
Sabtu minggu lepas, Mak dan kawan-kawan berpeluang menyaksikan majlis pelancaran cawangan kedua Pretty Valet bertempat di Taman Adda Height, Johor Bahru. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti demostrasi makeup dan hair analysis dari team MBH dan sudah semestinya tawaran diskaun berganda yang memang menjimatkan.
Pretty Valet Johor Bahru
Dirasmikan oleh Datuk Nasir Safar pada hari tersebut dalam acara yang gilang-gemilang. Untuk pengetahuan awak semua, cawangan Johor Bahru merupakan cawangan kedua Pretty Valet selepas pembukaan Pretty Valet di Penang pada september lepas. Spa kecantikkan berkonsepkan moden kontemporari bertema warna ungu ini, dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 11 pagi hingga 8 malam

DEMOSTRASI HAIRCARE ANALYSIS DARI MBH HAIRSPA
Pretty Valet Johor Bahru
 Konsultasi masalah dan cara penjagaan rambut oleh therapist terlatih
Pretty Valet Johor Bahru
Pelbagai produk rawatan penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Pretty Valet sendiri

TENTANG PRETTY VALET: BE-UNIQUELY BEAUTIFUL
Pretty Valet (PV) adalah anak syarikat MOHA GROUP SDN. BHD. Merupakan pusat kecantikkan yang menawarkan rawatan bersesuaian mengikut keadaan kulit pelanggan. Diasaskan oleh Muhammad Syafiq Farhan, yang juga Pengarah Urusan Pretty Valet Sdn. Bhd, cawangan pertama PV dibuka pada 29 September 2018 di Pulau Penang. Misi utama PV adalah menyediakan pelbagai jenis rawatan kecantikkan mengikut keunikkan setiap pelanggan pada harga yang berpatutan serta menyediakan khidmat pelanggan yang paling terbaik di pasaran seterusnya menjadi pilihan utama pelanggan.
Pretty Valet Johor Bahru
Pretty Valet Johor Bahru
Pretty Valet Johor Bahru
Sebahagian daripada produk keluaran Pretty Valet Sdn. Bhd.
RAWATAN KECANTIKKAN DI PRETTY VALET
Pretty Valet menyediakan 10 jenis rawatan penjagaan kecantikkan serendah dari RM50 hingga RM4888, iaitu:
✔ Signature Treatment
✔ Whitening Treatment
✔ Acne Treatment
✔ Dry Skin Treatment
✔ Pigmentation Treatment
✔ Anti-aging Treatment
✔ Detox Skin Treatment
✔ Eyes Treatment
✔ Hair Removal Treatment
Pretty Valet Johor Bahru
PRETTY VALET (Beauty Aesthetic): Sebab Kenapa Anda Perlu ke Pretty Valet?
✔ Sesi konsultasi yang detail
✔ Setiap rawatan telah disesuaikan khas untuk kulit pelanggan
✔ Theraphist dan staf yang sangat friendly
✔ Rawatan yang berkualiti dan terbukti berkesan
✔ Menggunakan produk yang organik dan selamat
✔ Mesin rawatan yang canggih dan diimport dari luar negara (German dan Korea)
✔ Ruang rawatan yang selesa
✔ Harga rawatan yang berbaloi dan mampu milik ;)

Tahniah Pretty Vallet. Jadi mari ramai-ramai jadi cantik, kekal cantik dengan Pretty Valet. Untuk maklumat:

Pretty Valet Johor Bahru

Till then, Salam!

1 comment:

aima hassan said...

Hair treatment tu macam besttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...