Lazada Malaysia

Thursday, November 1, 2018

Resepi Pancake/Hotcake ala McDonald

Resepi Pancake/Hotcake/Flapjack ala McDonald
Resepi Pancake/Hotcake/Flapjack ala McDonald | Mak sangat suka hotcake McDonald dengan bau dan limpahan sirap mapel yang ooooo heaven! Nak makan McDonald setiap hari memang tidaklah. Jadi Mak ada try beberapa resepi buat pancake/hotcake/flapjack (anything you call it) di internet, tapi tak berapa menepati citarasa. Last week I come across this recipe and decide to try it myself. Sama sahaja bahannya dengan resepi lain di Internet, CUMA teknik sahaja berbeza!

Hasilnya, pancake/hotcake/flapjack yang lembut, wangi, gebu KALAH MCDONALD. Selamat tinggal Hotcakes McDonald! But Mak still love your Beef Prosperity Burger, Fillet-o-fish, sundae, apple/caramel/corn pie - and the list go on and on.

RESEPI PANCAKE/HOTCAKE/FLAPJACK BUTTERMILK GEBU DAN SEDAP
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri
(Kalau tak ada, guna 1 cawan tepung biasa, 1 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh baking soda)
3/4 cawan susu full cream
(Boleh gunakan susu buttermilk. Cara buat: Hanya letakkan 2 sudu besar cuka dalam susu dan biarkan dalam 5-10 minit)
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar sirap mapel - Mak tambah
2 sudu besar butter - dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam 1 mangkuk - Bahan kering
2. Panaskan susu suam-suam kuku.
3. Bila dah suam, masukkan telur, butter cair serta esen vanilla dan gaulkan sehingga sebati - Bahan basah
4. Buatkan perigi dekat tengah bahan kering dalam mangkuk tadi dan masukkan bahan basah. Kacau semuanya sehingga tiada ketulan, tanpa terlebih kacau.
5. Gunakan pan yang tak melekat, masak pancake macam biasa sampai hilang semua bubble dan terbalikkan.
6. Hidangkan panas dengan sirap mapel, nutella, jem, krim putar atau apa sahaja topping pilihan anda. 1 adunan menghasilkan 4 pancake besar (saiz kuali steka Ikea).

Ada juga resepi yang menghasilkan tekstur pancake/hotcake/flapjack yang lebih gebu dengan cara mencampurkan semua adunan tanpa putih telur (kuning telur dan putih diasingkan). Pukul putih telur sampai soft peak (meringue) dan kautkan kedalam adunan secara fold-in. Itupun boleh juga. Teksturnya seakan-akan kek jepun yang ringan tu.

Bila time malas kadang-kadang Mak blend je semua dalam blender. Jadi juga pancake. HAHAHA. Yang penting anak Mak semua suka. Till then, what's your favourite breakfast? Share la dengan Mak!

3 comments:

Sis Lin said...

Nanti nak cuabalah. letak stoberi plak kan..sedapnyaaaaa

rubiah kadir said...

Sedap tu pancake 😁

aima hassan said...

Macam suka je resepi mak niiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...