Muslim Volunteer Malaysia: Kempen Bantuan Kebajikan dan Kemanusiaan

Salam Jumaat. Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Oleh itu, sempena hari Jumaat yang berbahagia ini, Mak kongsikan beberapa kempen di bawah kelolaan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) untuk info anda semua.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri Asnaf Pure Heart MVM
Sasaran : RM30,000
Dana yang terkumpul : RM26,421
Baki dana yang masih diperlukan : RM3,579 sahaja lagi
1 tajaan : RM50 sahaja atau seberapa sahaja yang termampu.

Info lanjut dan hulurkan sumbangan di website MVM disini : https://donation.mvm.org.my/donations/bantuan-hari-raya-aidilfitri-asnaf-pure-heart-mvm/

Bantuan Dana Pusat Transit Pelarian Syria, Dar As Salama di Kilis, Turki.
Misi bantuan Syria : Hidupkan Dar As Salama ini baru sahaja dilancarkan hari ini. Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk berwakaf atau menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos operasi dan pengurusan Pusat Transit Dar As Salama seperti kos sewa bangunan, bekalan makanan dan utiliti.

Ia adalah salah satu inisiatif MVM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) untuk membantu mangsa-mangsa pelarian Syria terutamanya ibu tunggal, anak yatim dan warga emas untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan sebelum mereka menerima rawatan selanjutnya di hospital-hospital di sekitar Turki.

Maklumat bantuan: 
Sasaran Dana yang diperlukan : RM36,000.00
Dana yang terkumpul : RM390
Baki dana yang diperlukan : RM35,610
1 Tajaan Umum : RM100 sahaja
Anda juga boleh menghulurkan sumbangan ikhlas RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu
Tarikh tutup sumbangan : 21 September 2019
Info lanjut dan hulurkan sumbangan di website MVM disini : https://donation.mvm.org.my/donations/bantuan-dana-pusat-transit-pelarian-syria-dar-salamah-di-kilis-turki/

Tabung Kebajikan MVM
Tabung Kebajikan MVM adalah satu inisiatif bagi membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan dana kepada kerja-kerja pengurusan dan operasi Muslim Volunteer Malaysia bagi terus bergiat aktif menjalankan program-program kebajikan di dalam dan luar negara.

Sekiranya anda merasai dan mempercayai gerak kerja dan usaha kami dan sukarelawan MVM dalam menjalankan program kebajikan dan kemanusiaan demi membantu golongan yang lebih susah dan tertindas, maka kami amat memerlukan sokongan dan bantuan kewangan bagi menguruskan kos operasi seperti sewa pejabat, utiliti, elaun pekerja, pemasaran dan gerak kerja program.

Maklumat bantuan:
Sasaran dana yang diperlukan : RM40,000 sebulan / RM480,000 setahun
1 tajaan : RM30 sahaja atau seberapa sahaja termampu
Info lanjut dan hulurkan sumbangan di website MVM disini : https://donation.mvm.org.my/donations/tabung-kebajikan-mvm/

Untuk info lanjut, hubungi Muslim Volunteer Malaysia di :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

Ikuti update terkini di laman sosial MVM :

Facebook : www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : www.twitter.com/VolunteerMVM
Instagram : www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Telegram : www.telegram.me/MuslimVolunteerMalaysia

Kempen Sumbangan lain-lain : www.donation.mvm.org.my

Comments

  1. bantulah mereka yang memerlukan walaupun sedikit semoga beroleh pahala dan amal jariah

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusannya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.