Cara Buat Roti Sosej Cheese Sedap

Resepi roti sosej mudah
Hari ni mak share resepi mudah je lah: Roti Sosej dengan cheese, sesuai untuk sarapan, minum petang atau bekalan anak-anak ke sekolah. Atau tatkala perut lapar dan mendambakan comfort food. KAHKAH.

Bahan-bahan:
10 keping roti - dilenyek (untuk elak serap minyak berlebihan)
10 batang sosej - direbus (kalau health-conscious boleh belah 2 or 4)
5/10 keping cheese - mak pakai cheddar, kalau nak lagi best pakai mozarella boleh tarik-tarik, potong nipis.
2 cawan serbuk roti - mak suka guna jenama Meriah (perasa original)
2 biji telur dipukul
1 sdb herba oregano - suka hati, gaul dengan serbuk roti
Resepi roti sosej sedap
Cara-caranya:
1. Susun "breading station" : roti, sosej, cheese, pukulan telur dan serbuk roti.
2. Letakkan sosej dan cheese di atas roti, gulungkan dan letak sedikit telur di hujung roti which act as pelekat.
3. Celup roti tadi dalam telur dan golek-golekkan atas campuran serbuk roti tadi. Letak tepi dan repeat sehingga semua bahan habis.
4. Dah siap, boleh terus goreng api kecil or frozenkan.
Serbuk roti sedap Mudah
Serbuk roti jenama Meriah tu ada 3 variant tau; Original, Golden Orange dengan Italian Herb. Kalau guna yang italian herb dah tak perlu bubuh herb lagi. Kalau tak ada jenama ni, nak guna jenis apa-apa pun boleh, or buat sendiri or taknak salut serbuk roti pun tak apa. (atau hancurkan biskut cream cracker, pretzel or apa-apa yang ada)

Selain guna sosej, boleh guna isi ketam, or anything yang terlintas. Ikut kreativiti masing-masing. Senangkan? OK. Selamat mencuba.

14 comments:

  1. Replies
    1. anak dah start makan sama lauk dengan kita, boleh la masak macam-macam.

      Delete
  2. menarik juga serbuk roti meriah ni... akak tak pernah guna jenama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. sepeket besar baru RM5.++ beli dekat Econsave. Selalu beli yang original je, senang nak salut macam-macam.

      Delete
  3. Mudah Dan semestinya sedap ni

    ReplyDelete
  4. kdg2 sarapan simple mcm ni pun bess mkn..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya .. kena makan panas2 baru sedap sebab bercheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau pakai mozarella boleh main tarik-tarik.

      Delete
  6. assalamualaikum lin...mmg sedap kalau buat minum di ptg hari...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  7. ada lebih kan? jap lagi sampai nak makan...jangan goreng duluuu..hahaha

    ReplyDelete
  8. Sedapnya mak. pinjam resepi nak buat nnti.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.