Lazada Malaysia

Saturday, October 7, 2017

Cara Buat Roti Sosej Cheese Sedap

Resepi roti sosej mudah
Hari ni mak share resepi mudah je lah: Roti Sosej dengan cheese, sesuai untuk sarapan, minum petang atau bekalan anak-anak ke sekolah. Atau tatkala perut lapar dan mendambakan comfort food. KAHKAH.

Bahan-bahan:
10 keping roti - dilenyek (untuk elak serap minyak berlebihan)
10 batang sosej - direbus (kalau health-conscious boleh belah 2 or 4)
5/10 keping cheese - mak pakai cheddar, kalau nak lagi best pakai mozarella boleh tarik-tarik, potong nipis.
2 cawan serbuk roti - mak suka guna jenama Meriah (perasa original)
2 biji telur dipukul
1 sdb herba oregano - suka hati, gaul dengan serbuk roti
Resepi roti sosej sedap
Cara-caranya:
1. Susun "breading station" : roti, sosej, cheese, pukulan telur dan serbuk roti.
2. Letakkan sosej dan cheese di atas roti, gulungkan dan letak sedikit telur di hujung roti which act as pelekat.
3. Celup roti tadi dalam telur dan golek-golekkan atas campuran serbuk roti tadi. Letak tepi dan repeat sehingga semua bahan habis.
4. Dah siap, boleh terus goreng api kecil or frozenkan.
Serbuk roti sedap Mudah
Serbuk roti jenama Meriah tu ada 3 variant tau; Original, Golden Orange dengan Italian Herb. Kalau guna yang italian herb dah tak perlu bubuh herb lagi. Kalau tak ada jenama ni, nak guna jenis apa-apa pun boleh, or buat sendiri or taknak salut serbuk roti pun tak apa. (atau hancurkan biskut cream cracker, pretzel or apa-apa yang ada)

Selain guna sosej, boleh guna isi ketam, or anything yang terlintas. Ikut kreativiti masing-masing. Senangkan? OK. Selamat mencuba.

14 comments:

Mar Mansor said...

sedapnya mak..rajin sungguh

Sheila Adziz said...

menarik juga serbuk roti meriah ni... akak tak pernah guna jenama ni

mamapp said...

Mudah Dan semestinya sedap ni

timm bill said...

kdg2 sarapan simple mcm ni pun bess mkn..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sedapnya .. kena makan panas2 baru sedap sebab bercheese

Suzlin Azreena Nordin said...

anak dah start makan sama lauk dengan kita, boleh la masak macam-macam.

Suzlin Azreena Nordin said...

betul kak. sepeket besar baru RM5.++ beli dekat Econsave. Selalu beli yang original je, senang nak salut macam-macam.

Suzlin Azreena Nordin said...

boleh try nanti

Suzlin Azreena Nordin said...

ya. sesimple yang mungkin.

Suzlin Azreena Nordin said...

betul tu. kalau pakai mozarella boleh main tarik-tarik.

Uyul Rosli said...

perhhh rajin nya makkk.
Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...mmg sedap kalau buat minum di ptg hari...
** Mama Maszull

Sally Samsaiman said...

ada lebih kan? jap lagi sampai nak makan...jangan goreng duluuu..hahaha

Ummi Zarra said...

Sedapnya mak. pinjam resepi nak buat nnti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...