Lazada Malaysia

Thursday, May 31, 2018

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA | Berikut ialah siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia bekenaan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM)
tabung harapan malaysia
1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan. Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada Kerajaan bagi menangani isu tersebut.

2. Sehubungan ini, bagi membolehkan derma dan sumbangan tersebut diuruskan secara sistematik dan telus satu tabung amanah yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM) ditubuhkan dan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

3. Derma dan sumbangan yang boleh di hulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja . Sumbangan kepada THM boleh disalurkan melalui akaun Malayan Banking Berhad: 566010626452.

4. Bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.
YB Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Putrajaya
30 Mei 2018

Muat Turun Lampiran:
Siaran_Media_Tabung_Harapan_Malaysia.pdf

P/S: Tidak kira parti mana memerintah atau berapa banyak cukai yang kita bayar; inilah salah-satu cara untuk kita berbakti kepada bangsa dan negara. Mak sudah, anda?

2 comments:

Cik Tie said...

Alhamdulillah, mana yang sudah tu terima kasih banyak mana yang belum bila lagi tu hehe. Inilah salah satu sumbangan kita membantu kerajaan sebenarnya. Tak kira parti mana yang memerintah kalau nak bantu kita tetap akan bantu juga

Cik Rose said...

Terharu bila dapat tahu jumlah kutipan yang telah mencecah RM7 juta +- :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...