PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA - #CeritaMak

Thursday, May 31, 2018

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA | Berikut ialah siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia bekenaan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM)
tabung harapan malaysia
1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan. Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada Kerajaan bagi menangani isu tersebut.

2. Sehubungan ini, bagi membolehkan derma dan sumbangan tersebut diuruskan secara sistematik dan telus satu tabung amanah yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM) ditubuhkan dan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

3. Derma dan sumbangan yang boleh di hulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja . Sumbangan kepada THM boleh disalurkan melalui akaun Malayan Banking Berhad: 566010626452.

4. Bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.
YB Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Putrajaya
30 Mei 2018

Muat Turun Lampiran:
Siaran_Media_Tabung_Harapan_Malaysia.pdf

P/S: Tidak kira parti mana memerintah atau berapa banyak cukai yang kita bayar; inilah salah-satu cara untuk kita berbakti kepada bangsa dan negara. Mak sudah, anda?

2 comments:

  1. Alhamdulillah, mana yang sudah tu terima kasih banyak mana yang belum bila lagi tu hehe. Inilah salah satu sumbangan kita membantu kerajaan sebenarnya. Tak kira parti mana yang memerintah kalau nak bantu kita tetap akan bantu juga

    ReplyDelete
  2. Terharu bila dapat tahu jumlah kutipan yang telah mencecah RM7 juta +- :)

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.