Lazada Malaysia

Thursday, August 30, 2018

What's In My Bag?

Kalau namanya perempuan mesti sekurang-kurangnya ada 3-4 beg (atau lebih) kan? Bukan apa, kita ada banyak barang nak bawa, too much responsibility. KAHKAHKAH. Eh asal gelak?

Mak ada;

1. Beg Hari-hari: Mak guna setiap hari. Pergi kedai, pergi pasar, kerja etc.
2. Big Handbag: Beg yang lebih sesuai untuk acara rasmi/formal.
3. Back-pack a.k.a. Mom's Bag: Ini wajib bawa kalau bawa askar; extra pampers, extra clothes, toys, extra bottles, milk, their scribble/coloring books eh macam-macam lah. (Tak termasuk beg susu, beg SCC, ringsling bagai)

But still I would say, Mak sebenarnya jenis individu yang sangat simple (bukan kedekut). Dulu since zaman belajar, Mak pukul rata bawa backpack je. Itulah beg pergi sekolah, beg balik kampung, itulah beg pergi sukan, pergi event, pergi library, shopping mall; senang cerita sampai anak 2-3 baru la beli handbag, itupun 1. Itupun sebab selalu kena kecam dengan keluarga dan sahabat handai "tak macam perempuan". Itupun sebab murah. OK, Mak memang kedekut. Sikit.

Barang Perlu Ada Masa Keluar
Mak suka sling-bag banyak poket. Compact, teratur dan senang nak capai barang. Mak beli dekat Avon je, and it actually beg untuk lelaki. But who cares? Itulah perknya jadi perempuan, semua boleh pakai!
1. Purse. Kad. Duit. All-in-one. Kunci (and Phone!)
2. Notebook, pen, marker. To do list, To Buy List. Plans. Sebab Mak jenis old school. Mak suka tulis atas kertas.
3. Tisu. Wet, dry, antibacterial. Can't never get enough!
4. Hand lotion, sunblock, lipbalm, different type of perfume cause I love to mix it.
5. Plastik. In case tak jumpa tong sampah.
6. Pendrive.
7. Painkiller. Awak fikir Mak ada masa nak sakit kepala?
8. Air (...and Jajan!)

Kalau bawa anak, bawa jelah backpack diorang and I always put 1 go-bag ready (extra diapers, clothes, mini toileteries, toys) for kids dalam kereta. Senang.

Sebenarnya kan. Kita kalau single, kita OK je berlenggang kangkung. Tapi bila dah bergelar #GengMakMak ni, bila keluar dengan anak-anak, macam-macam barang yang perlu dibawa. Usahkan awak, Mak pun pening. Belum lagi keluar bermalam! Bungkus semua barang 1 rumah letak dalam kereta! Dengan peti ais sekali. OK, over *facepalm*

OK that's all bebelan tak berapa ilmiah for today. Dalam beg awak ada apa pula?

6 comments:

Siti Yang Menaip said...

sling bag dan bagpack antara yang prektikal nak dibawa kemana2. senang nak jalan..

ejulz said...

mcm2 ada. hehe

Mrs Pip said...

lebih kurang sajalah mak barang dlm beg kita ni #gengmakmak ... dah ada baby ni, diapers dan sekutunya masuk sumbat dlm beg besar kita ni ...

Bazilah said...

Biasalah mak-mak ni kalau boleh semua nak diangkutnya. Beg memang kena yg besar.. haha

Mrs Liez said...

dah macam bag doraemonkan? sama la liez
belum lagi toys anak2..pampers, babyshower gel lagi..
kalau husband kata nakkuncikereta mmg di membebel sbb tak jumpa dlm bag Liez

Siti Rohaida Yusof said...

dah macam bag doraemon kan...hahaha.semua ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...