Resepi Ayam Sos Tiram dengan Cendawan

Resepi Ayam Sos Tiram dengan Cendawan Sedap | Hujung minggu lepas Mak beli cendawan. Ada dua jenis: tulis dekat situ white honshimenji dengan crab meat mushroom. Disebabkan tak pernah makan, Mak beli je sebungkus.
resepi ayam masak sos tiram cendawan sedap mudah senang
Orang kata, fresh mushroom tak boleh basuh pakai air. Lap-lap ala kadar je bersihkan. Sebab cendawan ni macam sponge, serap air dan bila masak dia jadi soggy. But pardon me, Mak bukan lulusan Cordon Bleu. Mak belajar farmasi, semua kena bersihkan. Elakkan Mak bersihkan pakai Alcohol 70% je ni. OK, Mak gurau. Kitchen Mak bukan clean room. HAHAHA. Eh apasal gelak.
resepi ayam masak sos tiram cendawan sedap mudah senang
So below, resipi mudah well-balanced diet cukup protein dan sayur. Masak 1 lauk sahaja senang in 1 pot. Mudah, jimat masa.

Resepi Ayam Masak Sos Tiram
Bahan-bahan:
500gm isi ayam dipotong kiub
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
1 sudu besar tepung jagung

Diperap minimum 10 minit

Bahan tumis:
5 Lada kering - dipotong 5cm
5 ulas bawang putih - dicincang
2 biji bawang besar

Sayuran: 1 pek cendawan (boleh tambah brokoli, kobis bunga, lobak merah, jagung muda, lada benggal

Sedikit air

Cara memasak:
1. Ambil sedikit bawang putih yang telah dicencang (anggaran 2 ulas) dan cili kering. Tumiskan sehingga kekuningan dan masukkan sayuran. Mulakan dulu dengan sayuran yang keras. Masak sehingga lembut. Masukkan sedikit air, jika perlu bagi membantu sayur lembut. Ketepikan.

2. Tumis baki bawang putih tadi sehingga kekuningan dan masukkan ayam yang diperap. Gaul sehingga ayam masak.

3. Masukkan sayuran yang ditumis dan kacau. Sedia dihidangkan panas bersama nasi.

Jangan lupa mencuba dan spamgambar bebanyak dekat wall FB ok? Senang kawan-kawan dapat idea nak masak apa hari ini. Kritikal tau masalah ni. Pening, boleh dibawa ke parlimen. Tapi solusi Mak, kalau confuse nak masak apa hari-hari, awak buat je meal plan siap-siap macam dekat asrama tu. Benda boleh pre-cooked, kita buat awal. Bijak tak Mak? HOHOHO. Till then, Salam.

Comments

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.