Lazada Malaysia

Friday, June 28, 2013

Resepi Cocktail Custard Puding

Semenjak dua minggu jerebu melanda ni, suhu meningkat melampau tak agak-agak. Teguk air sejuk berkoyan-koyan, rasa macam nak mandi je dengan air sejuk tu. Untunglah siapa yang bercuti pi Cameron or Genting Highland. (+_____+)" So back to the topic, hari ni Lin nak share resepi puding koktel buah-buahan, whatever you call it.
Bahan untuk kastard:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air 
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya:
1. Larutkan gula bersama air di dalam periuk dan masukkan tepung kastard. Gunakan api kecil.
2. Kacau sampai likat dan berkilat.
3. Tuang dalam loyang yang dibasahkan sedikit dengan air, supaya senang nak keluarkan nanti dan biarkan seketika sehingga sejuk then barulah masuk dalam esbok.

Bahan untuk kuah puding:
1 tin susu cair [jenama Ideal sedap sikit, but this time tak guna sebab malas nak cari]
1 tin fruit cocktail*
1 tin laici *
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila

*bubuh suka hati

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga gula larut.
2. Sejukkan seketika then masuk dalam peti sejuk untuk disejukkan.
3. Bila custard dah set and kuah pun dah sejuk, bolehlah potong custard tu and campur dengan kuah.

Senang je kan? Bayangkan anda baru pulang kerja, dengan tekak rasa kering perit then pekena puding koktel, peh~! puas hati. #nomnomnom. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...