Lazada Malaysia

Friday, September 14, 2018

Resepi Kerabu Kerang Thailand Rasa Sekali Nak Lagi!

cara buat kerabu kerang thailand
Resepi Kerabu Kerang Paling Sedap | Bulan lepas Mak dan adik ipar Mak, pergi Thai Food Fair (Baca di sini: Link) Macam-macamlah jenis produk keluaran Thailand yang dijual. Seronok tengok.

Mak tak pakar sangat tentang masakan Thai ni. Selalu nak makan kerabu atau somtam, Mak beli je dekat kedai sekali-sekala kalau teringin. Adik ipar (pakar masak) cakap kat Mak, "Kita wajib beli palm sugar Thailand kak. Macam-macam boleh buat," Mak iyakan sahaja, Mak tengok dia beli, Mak pun beli 1 dengan pes-pes segera jenama Mae Pranom yang terkenal tu.

Pertama kali makan kerabu kerang adik ipar Mak buat. Memang sedap. Cukup masam manis pedas, ringkas sahaja bahannya. Rupanya senang sahaja nak buat kerabu ni kan? Ditambah dengan kemanisan gula Thailand, memang lain dari yang lain!

Resepi Kerabu Kerang Thailand
cara buat kerabu kerang thailand
Bahan-bahan:
1kg kerang (direbus dan dikopek sebelah, yang sebelah lagi bersama isi kita letak tepi)
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis (diperah dan kulit limau dihiris)
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thailand)
2 sudu besar palm sugar thai - guna gula putih biasa pun boleh
1 biji tomato dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar - dihiris

Cara membuatnya:
1. Tumbuk kasar cili bersama bawang putih.
2. Letakkan gula, sos ikan, perahan air limau dan kulit limau. Gaul sebati.
3. Letakkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati.
4. Letakkan di atas kerang tadi. Gaul-gaul.

Mak suka letak tomato cherry yang kecil comel tu sekali sebab bila makan dia meletus dalam mulut. Nikmat dan enak dimakan begitu sahaja ;) Cubalah.

Till then, Salam.

P/S: Teringin nak pergi backpaking ke Hatyai dan Krabi sekali lagi!

4 comments:

Fieza Sani said...

tiap kali beli kerang, k.fiezz nk try buat ni tapi en.asben k.fiezz x mo plak..nak rebus cam biasa je...

Raydah said...

x reti la nak buat sendiri. selalu order kt kedai je

Sheila Adziz said...

yuhuuu... nampak pun dh sedap

Cuya said...

sodapnyaaaa....singgah sini dan follow akk :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...