Resepi/Cara Buat Onion Ring Ala Dominos Sedap - #CeritaMak

Monday, September 17, 2018

Resepi/Cara Buat Onion Ring Ala Dominos Sedap

cara buat onion ring sedap dan mudah
Cara buat Onion Ring Ala Dominos | Kalau pergi mana-mana tempat makan yang offer onion ring as side dish, memang Mak akan order. Anak-anak pun suka. Kadang-kadang Mak beli onion ring frozen untuk digoreng di rumah. Selit-selit in between sandwich memang best, umpama kalau buat sandwich telur mayo biasa tu, bila letak onion ring yang crunchy, dia UP sikit level kesedapan sandwich kita. HUHU.

Tapi sekarang dah tak beli OK~ sebab Mak dah pandai buat sendiri. Rupanya-rupanya mudah dan simple je. Rasa dia sebiji macam yang dijual di kedai.

Bahan-bahan:
4 biji bawang holland - potong bulat dan ceraikan
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 cawan susu - Mak pakai Goodday Full Cream sekotak kecil
1 biji telur
2 cawan serbuk roti - as needed (Mak guna jenama Meriah)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Campurkan tepung, baking powder, dan garam bersama susu (nak buat batter untuk goreng - buat pekat sikit)
2. Celupkan gegelung bawang tadi dalam batter tadi, biarkan drip (toskan?) dan golek-golek dekat serbuk roti.
3. Goreng 2-3 minit sehingga keemasan dan toskan. Taburkan garam semasa panas, jika perlu.

Kalau nak variasikan sikit, coating batter tu awak boleh letak cayenne/paprika untuk rasa pedas, or cheese powder. Nak sprinkle sahaja masa dah siap goreng pun boleh. Mak suka letak oregano. 4 biji bawang nampak macam sikit kan? Tapi sebenarnya boleh dapat banyak ;) Puas makan. Cubalah. Till then, Salam.

3 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.