Saturday, November 3, 2018

PEMBAYARAN ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN PORTAL ZAKAT2U VERSI 4.0

Tahukah anda, kini pembayaran zakat boleh dilakukan di mana jua secara atas talian atas inisiatif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)? Ya. 1 majlis pelancaran ZAKAT2U telah diadakan semalam sebagai satu hebahan kepada masyarakat umum terutamanya di Wilayah Persekutuan tentang kemudahan membuat pembayaran secara ‘troli zakat’ dan lain-lain lagi kaedah baru melalui ZAKAT2U (Versi 4.0). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan jayanya.
PEMBAYARAN ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN PORTAL ZAKAT2U VERSI 4.0
Pembayaran zakat lebih mudah melalui portal dengan cara:
Kira - Kira zakat anda dengan mudah.
Bayar - Bayar zakat secara atas talian.
Semak - Semak rekod bayaran zakat.

Kelebihan ZAKAT2U VERSI 4.0
Dengan versi ZAKAT2U terkini, portal zakat2u.com.my menawarkan:
✔ Pengiraan kalkulator zakat yang lebih ringkas
✔ Pembayaran pelbagai jenis zakat dalam 1 masa dengan menggunakan Troli Zakat
✔ Menggunakan resit rasmi bayaran atas talian sepenuhnya
✔ Bacaan doa untuk para muzzaki selepas usai pembayaran
✔ Integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB Messenger
PEMBAYARAN ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN PORTAL ZAKAT2U VERSI 4.0
Dijangka PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan RM25j zakat sehingga akhir tahun ini (2018). Justeru itu, PPZ-MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar ia dapat disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan dan sekaligus membantu mengurangkan kemiskinan rakyat bandar. Tahniah PPZ-MAIWP atas inisiatif yang  sejajar dengan pembangunan teknologi semasa. Untuk maklumat lanjut, layari zakat2u.com.my atau hubungi talian zakat 1-300-88-5757.

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

InsyaAllah.

2 comments:

Alialisakreatif Blogspot said...

Senangnyaaaaaaa dah boleh bayar online laaaa

linda lin said...

da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...