TERBERANAK ATAS KATIL - #CeritaMak

Sunday, December 10, 2017

TERBERANAK ATAS KATIL

Ceritanya, mak rehat baring. Perut dengan pinggang mak sengal-sengal macam biasalah. So mak tak fikir apa. Then tetiba rasa nak terkentut, tapi macam payah sikit cam something tersekat. Swoosh~ air keluar. Mak angkat kain sambil mengucap panik sebab nampak tangan baby. Mak tepuk dahi, cakap alah adik kenapa tak keluar kat hospital~ kena report polis la ni.

Time tepuk dahi tu mak terjaga. Mimpi rupanya. Risau gila mak. Mungkin sebab mak banyak fikir as kali ni mak plan kononnya dah sakit tahap dewa baru nak gerak hospital.

TAPI tulah masalahnya, BILANYA EXACT TIME NAK KENA PERGI. Honestly selama ni pergi ikut gerak hati je. HAHAHA. Boleh gitu? Mak time beranak mana ada sakit kuat, tak ada tanda. Sengal-sengal je. Hx, selalu baby mmg cuma jejak 35, 37 weeks. Tak ada tanda lain, air ketuban tak keluar, darah pun tak ada. Semua pecah dekat hosp. Tu pun sbb mmg dah OS4, active labour dah. Mak cakap mak tak rasa, tapi dekat chart memang ada contraction. Bila betul sakit, (memang sakit gila!) bawah dah 9-10 maknanya baby lg 10-15 min nak keluar. Tupun sebab mak tahan. Stay dlm LR dari anak 1 sampai 3 acah-acah 1st time, sebab lama gila nak tggu dilate. Berejam. Mak paling benci doing nothing. Kalau sakit boleh la kau melayan sakit. Ni nothing. Ko stare je kat ceiling, nak wudhu nurse tak kasi bangun dah. Terbaring. Nak kencing lagi. Baca semua dlm hati je. Dengar orang LR sebelah menjerit-jerit buat mak lagi pening dan panik attack. Teringat anak kat rumah lagi, dah makan ke? Main dekat luar ke? OK ke? Apa ke?

Dia punya tepu smpi mak cakap hai nak~ 9 bulan duduk dlm perut sempit-sempit takkan taknak keluar plak. Come on la bro, finish this faster. Mak memang ada masalah menghadap ketepuan ini. Mak jenis kusut sikit kalau statik. Mungkin mak ada ADHD. eh 😂

1. Mungkin mak risau mak terberanak dkt rumah.

2. Mungkin mak risau Adam dah nak bersekolah next month. Actual school, bukan playschool 2 jam.

3. Mungkin mak ada separation anxiety, sebab sekarang dah start hantar Adam, Iman dengan Fateh dekat babysitter (dan baca kembali probability no. 2)

Doakan mak guys. Doakan mak dipermudahkan pun ya juga. Tapi jangan mudah sangat, takut tak dan pi hospital plak 😂 Dah makin dekat due ni mak jadi cepat panik 24/7 tak tahu kenapa.

#RantsAndRaving #ceritamak #preggymonster

9 comments:

  1. Semoga dipermudahkan mak.. dgn anak kecik2 ni kalau boleh xnak la tinggal lama2 kan.. akak dulu anak no 3 rasa sakit sikit jer.. start sakit sampai bersalin 2 jam stgh je. Sampai hospital dah full 10cm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada orang faham macam akak. Anak-anak kecik ni kita memang tak boleh tinggal lama. Macam-macam fikir.

      Delete
  2. haha..mimpi rupanya..sampai terbawa-bawa dalam mimpi ni

    ReplyDelete
  3. heheh terkejut..ingatkan dh bersalin..pastu fikir eh sempat pulak menulis..haha

    ReplyDelete
  4. jaga-jaga sikit mak oii...jangan hanyit sgt. ikut dan je..kena amik tau gak oiii..kang adik baby keluar time tido kang lg satu hal..hahaha

    ReplyDelete
  5. Hahaha, adoilah makkk...... nasiblah mimpi......
    Banyak banyak berdoa..semoga dipermudahkannnn ~

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum lin...semoga akan dipermudahkan semuanya yer...tapi jgn beranak atas katil rumah tau...hahaha...bykkn berdoa yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan urusan mak...ok lagi kan ni

    ReplyDelete
  8. inshaaALLAH mak selamat bersalin


    Terhibur baca tulisan ni

    Saya pernah terberanak atas katil

    Tapi saya tak pandai menulis macam mak

    Seronok tulisan u

    Menghiburkan

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.