LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR: MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR

membangun dekad baharu johor
LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR: MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR | Sejak Mei 2013 lagi kita telah melihat pentadbiran Kerajaan Negeri telah memperkenalkan banyak inisiatif yang meletakkan keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan. Kerajaan bukan sahaja berjaya melaksanakannya tetapi juga menambah nilai dengan perancangan dan pelaksanaan perkara-perkara mengikut citarasa dan permintaan massa masa kini. Melalui misi yang dikenali sebagai Membangun Dekad Baharu Untuk Johor/ Dekad Baharu Johor, permulaan era baharu untuk Johor yang akan menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyatnya secara transformatif dalam sepuluh tahun akan datang.

Pada 25 Mac 2018, satu pembentangan Kad Laporan Pencapaian Kerajaan Johor 2013 - 2018 kepada orang ramai yang telah diadakan dan disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin. Kad laporan itu juga dikeluarkan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian dan kemajuan semasa kerajaan negeri dalam merencana pelbagai dasar dan agenda untuk kesejahteraan rakyat khususnya Johor pada hari ini dan masa hadapan.

RINGKASAN PENCAPAIAN UTAMA JOHOR 2013-2018

“Johor bukan sakadar menjadi ekonomi termaju di selatan Malaysia, tetapi menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Johor Berkemajuan tidak akan terjelma tanpa visi dan pelan ekonomi yang radikal. Justeru, mangambil kira kedudukan strategik Johor, pembangunan pesat ekonominya, kecekapan prasarana serta pasaran buruh yang dinamik dan berkemahiran, Kuasa Ekonomi Selatan adalah sasaran dan cita-cita yang realistik.” - YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, MB Johor

RINGKASAN PENCAPAIAN UTAMA JOHOR 2013-2018
Pencapaian pelbagai bidang daripada sektor ekonomi, perumahan, infrastuktur awam, pembasmian kemiskinan, modal insan, Islam hingga lah ke soal penyampaian perkhidmatan awam dilapor secara terperinci.

MANFAAT DI SETIAP PERINGKAT UMUR RAKYAT JOHOR
MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR BERKEMAJUAN
MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR BERKEMAJUAN
MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR BERKEMAJUAN
Anda boleh menyemak sendiri pencapaian yang dilakukan sepanjang 5 tahun ini dengan memuat turun laporan dengan mengklik link di atas atau layari laman sesawang Dekad Baharu Johor : http://www.dekadbaharujohor.my untuk bacaan lanjut.

Akhir kata, sebagai rakyat Johor, sejujurnya semua misi dan visi serta wawasan yang dibentangkan dapat dicapai dengan mudah jika ianya dilaksanakan oleh kerajaan yang mempunyai mandat yang besar, kuat serta dipercayai rakyat. Oleh itu, kita memerlukan kepimpinan yang terpuji serta sistem yang berteraskan prestasi dan kerja keras yang berterusan dengan usahasama semua pihak.

#TeamJohor #DekadBaharuJohor

Comments

Ana Suhana said…
Wah bagus sangat ni lin. Banyak manfaat yang warga johor dapat nikmati ni mengikut peringkat umur. Tahniah negeri johor.
Aima Hassan said…
Saya anak selangor yang merantau-rantau😂
shamiera osment said…
Untunglah jadi rakyat Johor banyak pembangunan baru n banyak manfaat dari kerajaan...
iam.umifuzy said…
Tahniah warga Johor..untung dpt manafaat pembangunan..well done
wahh jauhnya jobor beb kita kat utara kedah ni..
Ruby said…
Beruntung bangsa Johor ada Menteri dan Sultan perihatin. Kemudian Johor dah ada Taman tema sendiri. Hebat sungguh. Makanan pun sedap. Akak jangan lupa beli rumah PR1MA di Johor. Rugi kalau takda rumah di Johor. Hehe
Eintan Nurfuzie said…
Pernah dok joho dulu.. dan diakui sana lebib maju lani
Emily said…
It's really exciting times to be Johorian. Visited some months ago and the development is massive.
Qeela said…
wow untung betul jadi rakyat Johor ni kan, macam2 beneficial program dibuat untuk mereka. Moga negeri2 lain boleh jadikan panduan / ikutan jugak hehe.
Wawa Ashihara said…
suka cara MB Johor ni.. sbb dia merealisasikan apa yang dia rancang dan fokus.... harap yg johor islami itu masih kekal supaya tidak lupus suatu hari nanti..sbb johor dikenali dgn sekolah2 agama...
Rodiah Amir said…
Alhamdulillah untuk pencapaian dan pembangunan Johor yang pesat. Walau bukan warga Johor tapi tumpang bangga. Semoga pembangunan dan kekayaan merebak ke negeri lain dalam malaysia ni hihiihih
Yanty Lee said…
Wah , semakin maju lagi negeri Johor. Bertuah anak jati Johor..
Khir Khalid said…
Saya kelahiran Johor dan membesar di Johor, tapi dah bermastautin di Selangor. Mmg nampak pembangunan dan kemajuan Johor dari masa ke semasa setiap kali balik kampung. Semoga Johor terus maju.
Hasif Hamsyari said…
Seronok sangat tengok kemajuan negeri2 di Malaysia macam di Johor ni. Secara tak langsung mencerminkan komited pemimpin dalam mengutamakan rakyat dan usaha bersepadu antara rakyat dan pemimpin demi kemajuan negeri dan negara secara amnya.


Saya dah follow blog! Salam kenal dan jemput singgah ke www.hasifhamsyari.com ya! ;)
nikkhazami said…
power la johor. patut la anak anak johor sgt bangga dengan negeri mereka
Mimie said…
Seronok rakyat Johor sebab Johor semakin membangun dengan pesatnya. Tak mustahil Johor akan jadi negeri yang kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati sekaligus menjana pendapatan negeri
irrayyan said…
Makcik pakcik mommy kat jb. Skudai. Banyak kali juga turun ke jb. Dah ke hello kitty. Legoland. Best. Memang nampak pembangunan johor yang pesat. Johor kaya kan. Haha
irrayyan said…
Johor lagi membangun dari selangor. Tengok jalan sahaja dah boleh tahu. Hehe . Banyak kali juga la dah ke johor. Part time cashier kat UTM skudai..legoland best. Hello kitty best.. tahniah johorian
Untungnya macam ni. Kalau sistem teratur macam ni, semua rakyat Johor merasa duit negeri.
Maria Firdz said…
Nice info... baru 3 tahun dok Johor ni.. masih tak familiar dgn Johor ni
Nadia Johari said…
Siapa duk johor beruntung sangat sebab ada sultan dan menteri yang prihatin. Johoe berkembang maju sekarang dan macam2 tempat ada untuk dilawati. Nad pergi legoland je..belum pergi tempat lain dekat johir tu
April P. said…
Wow, it's so lucky to be a Johorian! Wish they can apply all these to here in KL too!
irrayyan said…
Kekayaanjohor boleh ditengok pada tiang-tiang jalan..suka tengok johor membangun..orang ramai boleh pergi legoland, tengok hello kitty..satu lagi apa tu eh..memang best dan kopak la bila g johor..hahahaha
Huda Halid said…
Wah bagus yer kerajaan negeri johor. Banyak manfaat yang warga johor dapat nikmati ni mengikut peringkat umur masing2. Bangga jadi anak johor.

Suria Amanda said…
Bertuah warga johor. Sekarang dah maju..pemimpin pun utamakan rakyat..akak nak migrate ke Johor agak2 ok x?sektor pekwrjaan macam mana ye kat sana.
Syafiera Yamin said…
wah tahniah sape yang tinggal di johor macam-macam dah kemudahan yang ada di situ dapat pula sultan dan menteri yang memahami keperluaan rakyat, setakat ni pergi discovered beberapa buah mall aeon di johorrr
Hanny Abdullh said…
Lama gila tak ke Johor..sis mmg suka ke sana sb makanan dia sedap, kalau ke sana sure pagi petang siang malam cari makan je keja..hahaha.
Mesti dah macam2 tarikan yg ada kat Johor kan? Rindu pulak nak ke sana.kena cari masa sesuailah utk ke sana
hebat pencapaian johor. makin hari semakin membangun. tampuk kepimpinan yang tidak pernah mengecewakan..
Bebelan Cik Min said…
Tahniah rakyat Johor. Bagus betul benefit yang warga johor dapat. Trus rasa macam nak pindah ke johor..hahaha..
Thanks for sharing these helpful information. WE need to spread this awareness.
dr-Life said…
It is great to know that every state is improving their infrastructure and nevertheless Johor also having the initiative in improving and upgrading the safety and security in order to reduce the crime rate. This has been the main worried for everyone.
Unknown said…
Johor is one of my favourite states.. nampakla pembangunnan kat johor mmg meningkat these past few years and there's more and more attraction there too!
cik tom said…
banyak kan pencapaian bagus oleh kerajaan negeri di johor..cik tom nampak perbezaan kemajuan johor sejak duduk sini beberapa tahun lepas..
JMR said…
kagum dengan pencapaian kerajaan Johor. Semoga pemerintah di sana terus dirahmati & disayangi oleh rakyat selamanya. Harapnya negeri negeri lain juga boleh ikut jejak langkah kemajuan negeri Johor la kan
sitirohaida said…
alhamdulillah...bangga jadi anak Johor...Johor semakin pesat membangun
Unknown said…
Great post!! This is very informative. Thanks for sharing this kind of awareness.
Shiv B said…
This is definitely a development for Johor and its great to see them achieving so much lately. Certainly proud of how far they have come :)
Alia Farhan said…
Tahniah orang joho...
Seronok tengok pembangunan kt joho skrg ni...
Mcm2 ada...kita teringin nak ke legoland tu bwk anak2
Sharon Lee said…
Thanks for this informative post! Johor really has grown a lot and is really happy and exciting to see a place growing and benefit the people!
Wow! It so powerful! Tqs for sharing.