Nafalia Corporation mempersembahkan Filem Showtime 1958

Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan
Suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukkan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi. Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul ‘Showtime 1958’. Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem ‘Showtime 1958’ adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.
Filem ‘Showtime 1958’ akan memaparkan beberapa kisah yang disampaikan secara kejadian yang berlaku dalam tempoh dua puluh empat jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu. 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal daripada Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid, filem ‘Showtime 1958’ merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan.
 
Filem ‘Showtime 1958’ bakal memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020.

Ikuti perkembangan terkini mengenai Showtime 1958 di:

Instagram: www.instagram.com/showtime.1958
Facebook: www.facebook.com/showtime.1958

Untuk temuramah atau pertanyaan media, sila hubungi:

Didz Squad Studios
Didie A. Samueil
M: 019-700 0170
E: didzsquadstudios@gmail.com

MENGENAI NAFALIA CORPORATION SDN BHD
Nafalia Corporation adalah sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan pada tahun 2002 yang terlibat dalam pengeluaran dan pembekalan program TV tempatan serta pengagihan program sindiket daripada negara luar. Nafalia menghasilkan program dalam pelbagai kategori seperti travelog, hiburan, dokumentari, memasak, permainan, sukan, rekreasi, pameran majalah am, infotainment, program yang ditaja dan program khas. Selain daripada stesen TV tempatan, Nafalia juga pernah bekerjasama dan berusaha sama dengan stesen TV asing seperti Radio Televisyen Brunei (RTB), Jiangsu Broadcasting Corporation Nanjing, China (JSBC), Suria TV, Singapura dan lain-lain lagi.

Dipelopori dan diketuai oleh kakitangan yang berpengalaman dengan sokongan tenaga kerja yang sangat kompeten, Nafalia bersedia untuk terus maju menghasilkan program yang berkualiti tinggi, menarik dan unik bagi tayangan tempatan dan luar negara.

SENARAI KREW PRODUKSI SHOWTIME 1958

Penerbit:
FARID K AHMAD
ANWARDI JAMIL

Penerbit Bersama:
SARAH TANG YEN YEN

Penulis & Pengarah:
ANWARDI JAMIL

Penolong Pengarah:
CHRIS ARUEL

Pengarah Sinematografi:
NORAZAM MOHD YUSOFF

Pengarah Seni:
JIE IBRAHIM

Editor:
NOORHAFIZ MOHAMAD NOR

Pengurus Produksi:
RAZIF KAMAL

Pengurus Kewangan:
AZLISHAM ABDULLAH

Penyelaras Produksi:
AHMAD SAFWAN AZEMI
SOFEA AMALINA ISHAK

Pakaian:
COUTURE CLASSIC (M) SDN. BHD.

Pereka Pakaian:
AKMA SURIATI AWANG

Rambut & Solekan:
ANGGUN KASIH

Pengarah Muzik:
RAJA ISKANDAR RAJA IBRAHIM
EBBY SAIFULLAH ALI

Kumpulan Tarian:
TARIAN RUMBIA

Comments

  1. Nanti nak tgk la...kdg best gak sesekali layan citer berlatar belakang zaman dulu2..

    ReplyDelete
  2. Nampak macam best jalan cerita showtimes 1958 ni. Belum ada lagi movie melayu cerita pasal perjalanan seniman melayu ni. Harap ada keluar dekat astro bo

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.