Penyampaian Hadiah Marrybrown "Makan & Menang" 2019 - #CeritaMak

Thursday, March 5, 2020

Penyampaian Hadiah Marrybrown "Makan & Menang" 2019

Marrybrown Makan & Menang Kaw Kaw
Pada 4 Mac 2020, satu majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan "Makan & Menang" 2019 telah diadakan di Ibupejabat Marrybrown - School of QSR. Seramai 1,300 pemenang bertuah dari merata Malaysia memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM380,000.
Pertandingan "Makan & Menang"merupakan acara tahunan Marrybrown yang berlansung sejak tahun 2017 lagi. Ianya bertujuan menghargai para pelanggan yang sentiasa setia menyokong Marrybrown - restoran rantaian makanan segera halal terbesar di dunia sejak 1981 lagi yang kini mempunyai 500 oulet yang beroperasi dalam di 16 negara dunia.
Pertandingan yang diadakan bermula 29 November 2019 dan tamat pada 12 Januari 2020 ini memerlukan pelanggan membelanjakan RM25 dalam satu resit bagi layak menyertai pertandingan ini. Kemudian, mereka akan menerima satu kad peraduan dengan kod unik untuk dimasukkan ke dalam laman sesawang Marrybrown "Makan & Menang" KAW KAW.
Kali ini, hadiah utama yang berupa Proton X70 dimenangi oleh pemenang bertuah, Muhammad Muzamil bin Jailani. Selain itu, pemenang-pemenang lain memenangi pelbagai hadiah sepert:
6 x RM10,000 tunai
6 x 65" LG UM series bernilai RM4,099 setiap satu
12 x GoPro Hero 8 bernilai RM1,800 setiap satu
12 x Vivo V17 Pro bernilah RM1,699 setiap satu
18 x Sony earphone WF1000xm3 bernilah RM949
120 x RM500 tunai
1,200 x baucer tunai RM50 Marrybrown

Tahniah para pemenang, dan bagi peserta yang tidak berjaya, kita cuba lagi tahun ini!

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.