KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja) dan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).

RM 7.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

RM 10.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE
Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadan termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MAINJ telah menetapkan kaedah pembayaran adalah melalui atas talian (ONLINE) sahaja dan tidak akan ada bayaran zakat fitrah melalui Amil Fitrah.
Untuk kaedah bayaran zakat fitrah melalui atas talian, MAINJ menyediakan kemudahan seperti berikut:

Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my/

Fastpay
http://fitrah.maij.gov.my/

Johor Online Payment (JOP).
https://onlinepayment.johor.gov.my/

SnapNPay
https://snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/zakatfitrah/

Waktu operasi: bermula 1 Ramadan 1441H sehingga 8.00 pagi 1 Syawal 1441H

Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akaun untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Zakat Johor Online Payment di alamat http://www.maij.gov.my/zakatjohoronline/.

Comments

  1. e.. lamanya tak singgah sini.. hee~ cantiknya blog mak !!!!!!

    ReplyDelete
  2. As salam. Lama Mak x update. Busy ko dekat2 raya ni? Ni abe kie tag mak utk join giveaway ni. Harap sudi la join deh? TQ. Alhamdulillah. Dah settle byr fitrah thn ni.

    http://www.zukidin.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.