Resepi Kimchi Jjigae / Spicy Kimchi Stew

Sebenarnya dah lama teringin nak makan Kimchi Jjigae. Selalu tengok kakak awak orang; Sally Samsaiman buat macam sedap je. Mak bukan tak pandai buat, cuma tak tahu apa rasa Kimchi Jjigae tu. Kita tahu kimchi masam, so supposely soup dia masam ke macam mana? Macam tomyam? At that time Mak tak pernah makan, jadi macam mana nak tahu kita buat sedap ke tidak kan. Betul tak? 

So, end up Mak pergilah one of the Korean Restaurant near me (Taknak sebut nama). Then barulah tahu yang Kimchi Jjigae ni lebih kurang macam stew or soup je, tapi sedap. Cukup masam, masin dan pedas. Comfort food la kiranya, lagi-lagi bila hirup sup tu time-time hujan. Kalau perut lapar, partnerkan pula dengan nasi. Memang heaven!

Berikut Mak kongsikan Resepi Kimchi Jjigae / Spicy Kimchi Stew.

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam dipotong kecil 
1 sdb minyak bijan - 1/2 sdb untuk tumis ayam, 1/2 sdb untuk masuk dalam kuah.
2 cawan kimchi 
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdb Gochujang
1 sdb Gochugaru - Korea Chilli Flakes, tapi Mak tak ada, Mak pakai chilli flakes biasa sahaja
1 sdb kicap manis
2 blok tauhu lembut dipotong kiub
Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara Memasak:
1. Tumiskan ayam dengan minyak bijan.
2. Masukkan kimchi dan sambung menumis dalam 5 minit.
3. Masukkan minyak bijan, bawang, bawang putih, gochujang, gochugaru dan kicap. Gaulkan semua dan bubuh air. Biarkan mendidih,
4. Bila dah mendidih, kecilkan api. Biar dia merenih ikut kepekatan yang awak suka. Masak selama 20 hingga ke 30 minit. 
5. Bubuh tauhu masa minit ke-10. Perlahan-lahan, kang hancur tauhu lebut tu.
6. Last sekali, baru taburkan daun bawang sebagai hiasan.
7. Sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi panas. Yummy!

Senangkan buat dia? Ayam tu boleh gantikan dengan kepah, daging or apa-apa yang awak suka tau. Nak bubuh semua sekali dalam satu periuk pun boleh. Nak letak cendawan enoki yang panjang-panjang tu pun boleh. Till then, selamat memasak!

Comments

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.