Weekly Update: Pasar Malam Jalan Siantan
Dekat area rumah Mak dah ada macam-macam kedai baru buka, tapak penjaja pun ada termasuklah pasar malam setiap hari Khamis. On top of Mixue, Mr. DIY and kedai Eco, ada juga Baker's Cottage. Senang nak beli ayam time malas masak. HOHOHO.
So as usual every week kami pergi pasar malam. Bila anak ramai ni, budget RM50 memang tak cukup. But it's okay. Seminggu sekali splurge apa salahnya kan? Adam dengan Iman nak makan nasi goreng, Fateh dengan Yusuf makan murtabak daging. Mak beli youtiao (or cakoi) dengan cucur udang banyak-banyak sebab suka frozenkan and panaskan je dalam air fryer bila-bila nak makan.
Selain tu kita beli sambal garing yang cedok-cedok tu. Ada peria, pegaga, bayam, paru, sambal jawa, pucuk ubi etc. Satu bekas plastik penuh cost RM10 sahaja. Makan dengan nasi dengan telur mata campur ni pun dah cukup, berselera makan.
Sebelum ni beli dekat TikTok. To be honest, lebih sedap la dari yang kat pasar malam ni tapi kuantiti dia sikit sangat and it cost about RM16 per 140gm.
Ada nursery juga jual pokok-pokok. Dari hari tu nak beli daun kunyit sebab senang nak masak lemak cili padi, asyik tak terbeli. Pokok pandan pun dah mati tak bersiram masa Mak tak sihat bebrulan hari tu. Segan asyik nak minta jiran setiap kali nak buat nasi lemak even jiran kata dia tak kisah.
Other than that. I don't know what's behind the FOMO feeling but all of this bukan dah ada dari dulu ke: Mochi bites, strawberry chocolate dips, ayam susu, sukiya, jacket potato, 1001 dessert etc.?
Tapi tulah, kalau dah banyak kali tengok, teringin juga. I did buy mochi bites for the first time. We can choose from range or different flavour of mochi, filling or no filling, topping and it's dips. Mak beli yang chocolate. Sebenarnya teringin nak makan muah chee tapi manalah nak cari dekat PG ni. Nak buat, penyakit malas tu memang sukar nak explain. So I pay RM12 for this chocolate mochoi bites with dipping and honey crumble topping:
I'll be like; Biasa je rasanya and super overpriced. RM12 for this 8 small bites? Ikutkan semua bahan dah ada kat pantry. Tinggal buat. Boleh makan sampai muntah. Okay ini last.
Okaylah, sebenarnya banyak benda nak cerita (mostly pasal makan-makan). Awak orang suka beli apa dekat pasar malam?


Comments
Post a Comment