Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji

Isu yang sekian lama menjadi tanda tanya akhirnya mendapat jawapan rasmi apabila Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kini telah rasmi dinyahklasifikasikan sebagai dokumen TERBUKA di bawah Seksyen 2C, Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].

Suruhanjaya Siasatan Diraja ini sebenarnya telah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 20 Januari 2022 bagi meneliti pengurusan dan operasi Tabung Haji.
 
Hasil mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai 2026, kerajaan telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiarkan laporan penuh ini kepada umum. Langkah ini diambil demi ketelusan dan memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

Jadinya, dokumen ini BUKAN LAGI SULIT / RAHSIA dan boleh dibaca serta dimuat turun oleh sesiapa sahaja secara sah.

Muka depan dokumen Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI Tabung Haji terbitan rasmi JAKIM


Kenapa Laporan Ini Penting?
  1. Ketelusan Akauntabiliti
    Memahami isu pengurusan dan operasi TH dari tempoh terdahulu.  

  2. Masa Depan Tabung Haji
    Melihat langkah pemulihan dan penambahbaikan yang disyorkan oleh RCI bagi memelihara institusi Islam ini.

  3. Ketenangan Fikiran
    Sebagai pendeposit, kita berhak tahu sejauh mana dana dan operasi Tabung Haji dijaga dengan amanah.
Ringkasnya, Dilema Utama TH:

Isu Kewangan
  • Aset TH kurang berbanding liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit) sejak 2014
  • Bagi tahun kewangan 2017: TH umumkan untung RM3.4 bilion, tapi kalau MFRS dipatuhi sepenuhnya, sepatutnya rugi bersih RM1.4 bilion
  • Hibah tetap dibayar (RM2.75 bilion pada 2017 sahaja) walaupun rizab sudah negatif — pada asasnya, guna simpanan pendeposit baru untuk "bayar keuntungan" kepada pendeposit sedia ada
Isu Politik dan Persepsi
  • Takut berlaku pengeluaran besar-besaran (bank run) — dan ini bukan andaian kosong: bila hibah dipotong ke 1.25% pada 2019, deposit TH terus susut dari ~RM73 bilion ke RM69 bilion dalam masa singkat
  • Takut hilang kepercayaan pendeposit
  • TH "too big to fail" — bukan sekadar dana pelaburan macam PNB atau KWSP, tapi institusi yang pegang emosi, maruah dan impian keagamaan jutaan umat Islam Malaysia
Kesannya: "Perakaunan Kreatif"

Dan ini bukan istilah made-up: RCI sendiri guna perkataan ini dalam laporan. Maksud mudahnya: mengeksploitasi kelonggaran atau ruang samar-samar dalam piawaian perakaunan untuk buat kedudukan kewangan syarikat nampak jauh lebih kukuh dari keadaan sebenar. Grey area; tolak had maksimum, tapi secara teknikal tak melanggar undang-undang.

Antara amalannya yang didedahkan RCI:
  • Guna kaedah penilaian aset (Realisable Asset Value) yang tak selaras dengan Seksyen 22 Akta TH
  • Rekod "pendapatan dividen" dari anak syarikat walaupun dividen tersebut tak pernah dibayar
  • Jabatan Audit Negara beri Sijil Audit Bersih 2014–2017 walaupun ada isu ketara yang patut dipersoalkan
Kalau Kita Di Tempat TH...

Susah juga nak buat keputusan. Berterus terang "sorry, tahun ni tak ada untung" bermakna tiada hibah, pendeposit hilang kepercayaan, risiko bank run boleh lumpuhkan TH dalam sekelip mata. Atau pilih jalan yang diambil: untung atas kertas, beli masa tunggu pasaran pulih, elak panik awam dan krisis politik— yang certain pihak akan kata: ilusi jangka pendek.

Tapi ini bahagian yang ramai tersalah anggap: ada yang tanya, "Takkan tak ada yang fikir nak minta Sovereign Guarantee (Jaminan Kerajaan) awal-awal?"

Jawapannya, jaminan kerajaan tu sudah wujud sejak dulu, di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, kini bernilai RM88 billion. Malah RCI sendiri dedahkan yang kerajaan memang pertimbangkan mengaktifkan jaminan ini sebagai salah satu daripada 4 opsyen pemulihan yang dibincangkan sebelum keputusan dibuat.

Cuma masalahnya RCI sendiri kata mengaktifkan jaminan ini bukan penyelesaian sebenar. Ia cuma tukar defisit TH jadi hutang TH kepada kerajaan, tak selesaikan jurang aset-liabiliti pun. Sebab itu opsyen yang dipilih akhirnya ialah tubuh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), syarikat tujuan khas untuk ambil alih aset-aset bermasalah TH.

Jadi bukannya tiada sesiapa fikir pasal exit plan atau jaminan kerajaan. Mereka fikir cuma setiap opsyen ada limitasi struktur sendiri, dan RCI sendiri akui benda ni.

Yang masih boleh dipersoalkan, kenapa 14 pelaburan bermasalah (FGV, Trurich Resources, TH Marine, dan lain-lain) sampai boleh susut nilai sebegitu teruk tanpa cut-loss awal? RCI sendiri syor audit forensik dijalankan ke atas semua ini. Jadi soalan tu sah, dan belum sepenuhnya terjawab.

Entahlah. Kita husnuzon sahaja sebab mereka lebih pakar dalam hal teknikal ini. Cuma kita petik kata-kata Ayah kita: jadi pemimpin di paling "atas" ni, paling sukar sekali bila kita nak buat keputusan yang tak boleh puaskan semua pihak. Most of the time, nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. #iykwim

Kesimpulannya apa? Jangan jadi pemimpin lah, jangan jadi orang yang buat keputusan. Senang. K bai.

Comments