Selamat Hari Raya Aidilfitri

selamat hari raya malaysia
Raya kali ini, baju raya Mak dan anak-anak bertemakan baju warna maroon. Separuh nyawa juga tempoh hari membuat persiapan pakaian, makanan dan berkemas. Maklumlah, semuanya sendiri. Sebenarnya dari bulan lepas plan nak berkebaya tahun ni. Tapi tak ada yang menepati citarasa, tambahan pula design baju raya tahun ni agak "glam" sangat bagi Mak. Berambu-ramba, berenda lace, bermanik penuh; dah macam pakaian nak nikah. Tapi Mak relax je, baju and jubah tahun-tahun lepas ada lagi. So, kita recycle sahajalah. Malas nak pening-pening.

Dengan Nenek (my mom) and adik Mak paling kecik beraya di Indonesia. Memang kuranglah juadah hari raya tidak seperti hari raya yang lepas. Nasib baik satu-satunya adik perempuan Mak pandai merendang! Kalau harap Mak, dengan superheroes 4 orang ni; alamat dapat makan rendang hangitlah di pagi raya. Kuih raya pun Mak tak sempat buat tahun ni. Mungkin beli sahaja nanti.

Juadah Hari Raya
Di Johor, makanan yang memang wajib ialah ketupat atau nasi impit/lontong atau lemang dimakan bersama dengan kuah lodeh, kuah kacang, sambal ayam, sambal tumis, rendang, serunding, sambal goreng jawa dan lain-lain. 
ketupat lemang lodeh sambal jawa sambal tumis
Mak sempat masak kuah lodeh, kuah kacang dan sambal tumis sahaja. Nasi impit mak beli dah siap. Lauk lain semua adik dengan adik ipar Mak yang masak. Plan nak masak kurma ayam pun kelaut juga. Tak apa, kita masak lain kali.

Masuk hari raya kedua dan seterusnya, biasanya tuan rumah sediakan mee/mihun atau soto nasi. Johor kalau bab makan memang macam-macam lah. Belum yang belah Jawa, Bugis. Dengan nasi ambengnya, dengan burasaknya, dengan ayam masak likunya. Kalau masa ni berazam nak diet, Mak syorkan tidak perlulah. Rugi tak dapat makan sedap.

Pagi raya, selepas makan dan bermaaf-maafan bersama keluarga, kami terus balik Kampung di Kota Tinggi, mengunjungi sanak-saudara (dan sambung makan lagi). Letih, tapi seronok. Tetamu tak putus-putus. That's all entri raya kali ini. Raya anda macam mana pula?

P/S: Banyak hari dah bercuti, To-do list berjela, entri banyak pending, emel pun tak sempat balas semua lagi. Tak tahu nak start dari mana. Pening kepala Mak. #WAHM

Comments

  1. salam aidilfitri maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
  2. wahhhh sedapnya lontong! Dah lama tak makan sebab susah nak jumpa. Selamat Hari Raya kak :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya mak,bila nak datang beraya

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya..menu hari rayalah menu yang paling special untuk semuaaa..😊

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya mak.. sedap-sedap semua makanan tu fuhhh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. perghh juadah makanan semua awesome belakaa! selamat hari raya makk :D nak duit raya hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.